omniture

Grey Group bersetuju ambil alih nudeJEH

Grey Group
2015-09-02 19:03 261

SINGAPURA, 2 September 2015 /PRNewswire/ -- Grey Group hari ini mengumumkan pengambilalihan nudeJEH, sebuah agensi pengiklanan dan digital butik terkemuka serta memenangi anugerah di Thailand. Berikutan daripada pengambilalihan ini, nudeJEH akan menyertai Grey Group Thailand dan akan dikenali sebagai GREYnJ United.

Ditubuhkan pada tahun 2011 melalui penggabungan Nude Communication dan JEH United, nudeJEH menyediakan perkhidmatan kreatif, penjenamaan, rundingan strategi, rekaan web dan penerbitan serta mempunyai cabang digital mereka sendiri, Nine Dotz.

Agensi itu mempunyai seramai lebih 60 kakitangan sepenuh masa serta senarai pelanggan yang hebat termasuk BIO Consumer (Fineline, Tros, D-nee dan Vivite ), Cutepress, Bar-B-Q plaza, Ananda Development, Bangkok Airways, Bangkok Dusit Medical Services dan Tesco Lotus.

"Kami mengalu-alukan kedatangan nudeJEH kepada Grey Group. Reputasi agensi itu menerusi kecemerlangan sesuai dengan budaya 'Terkenal Berkesan' ('Famously Effective') kami," kata James R. Heekin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Grey Group. "Ini akan meningkatkan pertumbuhan kami dalam ekonomi yang penting ini."

Pengambilalihan itu akan memberi faedah serta merta kepada pelanggan nudeJEH, termasuk akses kepada tawaran daripada Grey Group seperti kemudahan penerbitan siarannya sendiri, GreyWorks, agensi digital dan media sosial khidmat penuhnya, Grey Digital dan agensi pemasaran pembelinya yang berpusat di Hong Kong, Grey DPI. Pelanggan-pelanggan Grey Group dari seluruh dunia juga boleh menikmati faedah daripada kreativiti dan kepakaran tempatan nudeJEH.

"Pengambilalihan ini memperlihatkan komitmen kami untuk sentiasa memberi perkhidmatan lebih nilai kepada pelanggan kami," kata Nirvik Singh, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Grey Group Asia Pacific. "Grey Group sedang menetapkan kedudukan kepimpinan yang kukuh dengan pesat dalam industri pengiklanan Thailand dan perkongsian dengan nudeJEH ini merupakan padanan strategik yang bagus untuk menerajui industri dengan hasil kreatif yang memecah kebiasaan."

"Ini merupakan saat yang mengujakan untuk kami. Kami sentiasa mencari penyelesaian perniagaan inovatif untuk para pelanggan. Melalui kerjasama bersama Grey Group, kami boleh memanfaatkan kelebihan yang saling melengkapi antara kedua-dua syarikat dan mencipta strategi kukuh serta kreativiti yang luar biasa bagi memenuhi keperluan perniagaan pelanggan," kata Thor Santisiri, Pengerusi nudeJEH.

"Kami menanti-nantikan peluang ini untuk melanjutkan operasi kami dalam industri pengiklanan Thailand. Sejak dahulu lagi, Grey Group sudah menjadi pelopor dalam penghasilan karya kreatif, dan dengan wawasan yang kami kongsi bersama, kami tidak sabar-sabar lagi untuk menghasilkan karya yang terkenal dengan keberkesanannya untuk generasi seterusnya," kata Jureeporn Thaidumrong, Pengerusi Kreatif nudeJEH.

"Kami teruja dan bersemangat dengan pengembaraan baharu bersama Grey ini. Dengan menggabungkan bakat dan teknologi, kami akan tentu melihat pertumbuhan yang pantas dan tahap kreativiti terbaik," kata Kanaporn Hutcheson, Pengarah Urusan nudeJEH.

Latar Belakang Grey Group
Grey Group diperingkatkan antara syarikat komunikasi global yang terbesar. Syarikat induknya ialah WPP (NASDAQ:WPPGY). Dengan slogan "Grey Terkenal Berkesan Sejak Tahun 1917" ("Grey Famously Effective Since 1917"), agensi itu berkhidmat untuk senarai pelanggan terbaik untuk kebanyakan syarikat yang paling dikenali di dunia: Procter & Gamble, GlaxoSmithKline, Diageo, Pfizer, Canon, 3M dan Boehringer Ingelheim. Grey telah diiktiraf sebagai "Agensi Global Terbaik Tahun Ini" ADWEEK dan "Agensi Terbaik Tahun Ini" AD AGE pada tahun 2014. Di Asia, Grey Group meliputi 28 buah bandar di dalam 16 buah negara serta bekerjasama dengan antara jenama terbesar dalam rantau itu: Lembaga Pelancongan Hong Kong, HSBC, Volvo, Lenovo, Mengniu, Proya dan Qatar Airways. (www.grey.com/asiapacific)

* * * * *

Karya kreatif terbaharu daripada GREYnJ United (sebelum ini dikenali sebagai nudeJEH)

Thailand, 1 September 2015Tontoni karya kreatif terbaru GREYnJ United, "The Waiter's Mom." Semasa mereka menyiarkan video ini untuk Bar B Q Plaza, satu rantaian restoran yang besar di Asia Tenggara, ia terus tersebar hampir serta merta. Jumlah tontonan di YouTube dan Facebook adalah sebanyak lebih 1.4 juta dalam masa 24 jam dan hal ini hanya berlaku di Thailand sahaja. Dalam masa seminggu, jumlahnya menjadi 3.2 juta dan masih bertambah lagi...

Video
https://www.youtube.com/watch?v=WK5NYCekCVM&app=desktop

Di sebalik tabir "The Waiter's Mom"
https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=EMX_MMhsZgI

Bar-B-Q Plaza menanyakan kakitangan mereka beberapa soalan mudah

Sinopsis
Hari Ibu di Thailand diraikan pada 12 Ogos, dan merupakan cuti umum. Dalam budaya Thailand, kebiasaannya adalah makan bersama ibu dan menghabiskan masa bersama ibu kita pada hari itu. Malangnya, bukan semua orang berpeluang untuk bersama ibu mereka pada hari itu, terutamanya mereka yang bekerja dalam industri hospitaliti, dan mereka yang meninggalkan kampung halaman mereka untuk bekerja di bandar bagi menyara keluarga mereka. Bar-B-Q Plaza merupakan salah satu rantaian restoran terbesar di rantau Asia Tenggara, dengan lebih 100 cawangan di Thailand, Malaysia dan Indonesia. Kepercayaan jenama kami adalah untuk 'memanfaatkan sepenuhnya masa sekarang' dan pada Hari Ibu, kami ingin semua orang memanfaatkan sepenuhnya waktu makan bersama ibu mereka, termasuk kakitangan kami. Namun begitu, oleh kerana hari tersebut merupakan salah satu hari tersibuk sepanjang tahun bagi semua restoran di dalam negara ini, kakitangan kami bekerja keras sementara orang lain berpeluang untuk menghabiskan masa bersama ibu mereka. Sebagai penyelesaiannya, Bar-B-Q Plaza telah merancang sedikit kejutan kecil untuk para kakitangan mereka yang paling rajin, terutamanya mereka yang tinggal jauh dari kampung halaman dan keluarga mereka. Sebulan sebelum Hari Ibu, kami memberi mereka peluang untuk makan bersama dan menghabiskan masa dengan ibu mereka. Tetapi, bagi membuatkan saat itu benar-benar bermakna, mula-mula kami menanyakan kakitangan kami beberapa soalan mudah. Beberapa soalan mudah yang patut ditanyakan kepada diri kita sendiri juga.

Penghargaan
Pelanggan: Bar-B-Q Plaza
Chataya Supanpong, Ruangshine Supanpong, Boonyanuch Boonbumrungsup, Rate Takulthai, MayureeChitrakorn, Panadda Ritthiruengdej
Agensi: GREYnJ United (sebelum ini dikenali sebagai nudeJEH )
Pengerusi Kreatif: Jureeporn Thaidumrong
Pengarah Kreatif: Andrew Chu
Bakat Kreatift: Matthana Saetiaw, Arnon Kantawang, Worrawan Chailert
Perkhidmatan Akaun: Kanaporn Hutcheson (MD), Konthamas Ratanasuvan, Kodchakorn Walaphon
Penerbit: Kanoksak kanchanachutha
Perancang: Jongkoch Dusittanakarin
Syarikat Penerbitan: Phenomena
Pengarah: Thanonchai Sornsrivichai
Penerbit: Panida Ngamsompong
Editor: Duriyin Nadesuwan, Sarayoot soodsama
Grey Group Asia Pacific
Pengarah, Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat Serantau: Huma Qureshi
Eksekutif Komunikasi Korporat Serantau: Yanrong Pang

Latar Belakang Grey Group
Grey Group diperingkatkan antara syarikat komunikasi global yang terbesar. Syarikat induknya ialah WPP (NASDAQ:WPPGY). Dengan slogan "Grey Terkenal Berkesan Sejak Tahun 1917" ("Grey Famously Effective Since 1917"), agensi itu berkhidmat untuk senarai pelanggan terbaik untuk kebanyakan syarikat yang paling dikenali di dunia: Procter & Gamble, GlaxoSmithKline, Diageo, Pfizer, Canon, 3M dan Boehringer Ingelheim. Grey telah diiktiraf sebagai "Agensi Global Terbaik Tahun Ini" ADWEEK dan "Agensi Terbaik Tahun Ini" AD AGE pada tahun 2014. Di Asia, Grey Group meliputi 28 buah bandar di dalam 16 buah negara serta bekerjasama dengan antara jenama terbesar dalam rantau itu: Lembaga Pelancongan Hong Kong, HSBC, Volvo, Lenovo, Mengniu, Proya dan Qatar Airways. (www.grey.com/asiapacific)

Wakil Media
Huma Qureshi
Pengarah Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat Serantau
Grey Group Asia Pacific
E-mel: huma.qureshi@grey.com
Tel: (65) 6511-7624
Telefon Bimbit: (65) 91141253

Yanrong Pang
Eksekutif
Komunikasi korporat serantau
E-mel: yanrong.pang@grey.com
Tel: (65) 6499-4217
Telefon Bimbit: (65) 8223 8157

Source: Grey Group
Related Stocks:
NASDAQ:WPPGY
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Acquisitions, mergers, takeovers