omniture

Miaozhen Systems merupakan Satu-satunya Syarikat Pemasaran Digital China yang diundang ke Sidang Kemuncak Global IAB 2015 Akan Datang

Ini merupakan kali kedua mereka menjadi syarikat tunggal dari China yang diundang ke acara tahunan itu
Miaozhen Systems
2015-09-16 16:41 435

NEW YORK, 16 September 2015 /PRNewswire/ -- Miaozhen Systems sekali lagi menjadi satu-satunya syarikat pemasaran digital China yang diundang ke Sidang Kemuncak Global IAB tahunan. Pemasar digital China itu akan berucap pada acara yang berlangsung dari 30 September hingga 1 Oktober, berikutan kehadiran syarikat itu di Sidang Kemuncak Global IAB tahun lalu sebagai wakil tunggal syarikat pemasaran digital China sebagai sebuah kumpulan. Ravikumar (Ravi) Shankar, naib presiden pembangunan perniagaan global di Miaozhen Systems, akan menyampaikan ucapan bertajuk "Pembelian Berprogram di China" pada sidang kemuncak 2015 itu, bagi pihak syarikat-syarikat China yang lain.

Ravikumar Shankar, naib presiden pembangunan perniagaan global, Miaozhen Systems
Ravikumar Shankar, naib presiden pembangunan perniagaan global, Miaozhen Systems

Sidang Kemuncak Global IAB, salah satu acara terpenting dalam era digital, menyatukan jenama-jenama global utama, agensi-agensi kreatif dan media selain syarikat-syarikat teknologi yang menjadi penggerak bagi dunia digital. Mereka yang berpandangan jauh akan berhimpun untuk membincangkan masa depan industri digital dan berkongsi pengalaman teknikal serta hasil yang serba canggih, dalam usaha untuk merintis kemajuan bagi tujuan pembangunan masa depan industri.

Miaozhen Systems, syarikat teknologi pemasaran data pihak ketiga yang terkemuka di China, sejak awal operasinya, menganggap data dan teknologi sebagai pendorong asas serta kemajuannya. Teknologi Penjejakan Momen (Moment Tracking) unik syarikat itu membantu firma-firma dan agensi-agensi serta outlet media dalam talian menilai serta mengoptimumkan kecekapan penggunaan data secara berkesan dan juga mempertingkat pulangan pelaburan. Atas sebab ini, banyak jenama utama dunia, antaranya, Procter & Gamble, Microsoft, Volkswagen, L'Oreal, Coca-Cola dan Yili, menggunakan produk-produk serta perkhidmatan Miaozhen Systems untuk mengoptimumkan data pelaburan dan juga mempertingkat pulangan pelaburan.

Sebagai satu-satunya pemasar digital China yang diundang selama dua tahun berturut-turut, ini memperlihatkan pengiktirafan IAB terhadap usaha Miaozhen Systems dalam menggalakkan pembangunan perniagaan digital China, dan mengharapkan syarikat itu, mewakili syarikat-syarikat pemasaran digital China, dapat berkongsi teknologi pemasaran data yang paling mewakili China, amalan terbaik dan hasil penyelidikan dengan syarikat-syarikat seumpamanya dari seluruh dunia, dalam usaha untuk mempiawaikan dan terus bersama-sama mengembangkan sektor pemasaran digital global. Ucapan Ravi tentang pembelian berprogram dijangka menjadi sesuatu yang menggalakkan dan amat dinanti-nantikan.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150914/0861508609-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150914/0861508609-b

 

Source: Miaozhen Systems
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Trade show news