omniture

Perdana Menteri Victoria, Yang Berhormat Daniel Andrews MP Melawat Ibu Pejabat Air China

Air China
2015-09-24 22:15 520

BEIJING, 24 September 2015 /PRNewswire/ -- Perdana Menteri Victoria, Australia, Yang Berhormat Daniel Andrews MP, berada di Beijing sempena satu pengumuman yang dibuat di ibu pejabat Air China. Naib Presiden Air China, En. Wang Ming Yuan, menyambut kedatangan En. Andrews serta ahli delegasi beliau.

Naib Presiden Air China, En. Wang Ming Yuan, bertukar-tukar hadiah dengan Perdana Menteri Victoria, Australia, Yang Berhormat Daniel Andrews MP.
Naib Presiden Air China, En. Wang Ming Yuan, bertukar-tukar hadiah dengan Perdana Menteri Victoria, Australia, Yang Berhormat Daniel Andrews MP.

Hubungan antara China dan Australia telah dikukuhkan dengan menandatangani satu Persetujuan Perdagangan Bebas pada bulan November tahun lalu. CHAFTA bakal menyaksikan kemajuan dalam kerjasama dan pertukaran antara kedua-dua negara dalam hubungan kerajaan, aktiviti perdagangan, perniagaan serta kebudayaan. Sepanjang tahun 2015, Air China akan meningkatkan kapasitinya dari Melbourne sebanyak 60%, peningkatan terbesar dalam satu tahun sejak mula Air China memasuki pasaran Australia 30 tahun lalu.

Air China mengumumkan satu perkhidmatan terus setiap hari antara Beijing dan Melbourne yang akan bermula pada 25 Oktober 2015. Air China merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan terus antara Melbourne dan Beijing. Ia juga mengendalikan perkhidmatan tanpa henti dari Melbourne ke Shanghai empat kali seminggu. Kedua-dua laluan dikendalikan oleh pesawat Airbus A330-200 terbaharu yang menawarkan 28 tempat duduk baring kelas perniagaan dan 199 tempat duduk kelas ekonomi dengan keluasan kerusi 32 inci.

Para penumpang kelas perniagaan Air China boleh menikmati khidmat limosin dengan pemandu secara percuma di Beijing dan lapan bandar utama lain di China serta khidmat Ruang Istirehat semasa ketibaan dengan kemudahan mandi dan juga bilik persalinan. Air China turut menawarkan salah satu daripada elaun bagasi yang paling lumayan berbanding mana-mana syarikat penerbangan yang terbang dari Australia ke China, Eropah, Jepun, dan Amerika Utara.

Latar Belakang Air China

Air China merupakan satu-satunya syarikat penerbangan kebangsaan China dan syarikat penerbangan ahli rangkaian syarikat penerbangan terbesar dunia - Star Alliance. Pada Ogos 2015, Air China mempunyai armada dengan 523 pesawat penumpang dan pesawat angkut yang kebanyakannya adalah daripada rangkaian Boeing dan Airbus (termasuk syarikat penerbangan yang saham majoritinya dimiliki oleh Air China). Ia mengendalikan 350 laluan, termasuk 87 laluan antarabangsa, 16 laluan rantau dan 247 laluan domestik. Ia berkhidmat untuk 168 buah bandar di 35 buah negara dan wilayah, termasuk 58 buah bandar antarabangsa, 4 buah bandar serantau, dan 106 buah bandar domestik. Setiap minggu, Air China menawarkan lebih 1.47 juta tempat duduk dalam lebih 7700 penerbangan setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.airchina.com.au

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150923/0861509044
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services