omniture

Pameran Canton ke-118 "Inisiatif baharu bakal jadikan pameran dagangan terbaik China lebih baik"

Canton Fair
2015-10-13 13:06 343

GUANGZHOU, China, 13 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Perusahaan terkemuka dari China dan seluruh dunia akan berhimpun di Guangzhou tidak lama lagi sempena Pameran Canton ke-118, yang dijadualkan bermula pada 15 Oktober. Hasil daripada pelbagai usaha naik taraf dan inisiatif baharu, edisi terkini bagi pameran dagangan paling berprestij di China itu menjanjikan acara yang lebih pelbagai, mesra pengguna serta menguntungkan berbanding sebelumnya.

Sebagai jendela kepada pasaran China, Pameran Canton merupakan platform terulung untuk menjana perniagaan. Pada Oktober ini, lebih banyak produk akan ditampilkan sempena acara tersebut, dengan 25 bahagian seperti perkebunan, pencahayaan dan spa terbuka dipecahkan kepada zon-zon yang lebih kecil. Buat julung kalinya, Pameran Canton akan turut mempromosikan produk-produk pempamer melalui rangkaian platform medianya yang lengkap.

Dengan hampir 1,000 reruai, Pameran Canton ke-118 ini akan menampilkan Pavilion Antarabangsa yang jauh lebih besar. Pavilion Nasional Australia akan mengadakan pameran di sini buat pertama kali, sementara pelbagai negara - seperti Amerika Syarikat, Itali, United Kingdom dan Denmark - akan turut diwakili dengan mantap.

Bergaul dalam ruang pameran perkakasan rumah dan tekstil, syarikat-syarikat antarabangsa dan China akan terus memainkan peranan mereka dalam mempertingkatkan jumlah import-eksport, sementara Pusat Promosi Rekaan & Dagangan Produk Pameran Canton akan berusaha meningkatkan tahap inovasi serta kecemerlangan rekaan para pempamer dengan lebih jauh lagi.

Pameran Canton ke-118 akan menjadi sesi yang paling pintar dan canggih dari segi teknologi setakat ini. Pihak penganjur telah memperkenalkan perkhidmatan berasaskan telefon pintar, mempertingkatkan kefungsian akaun WeChat dan laman sesawang rasmi acara tersebut.

Pengumpulan dan analisis data juga telah diperkukuhkan, berserta pusat pintar dalam talian baharu yang menyediakan maklumat masa nyata yang bernilai tentang trend pembelian. Facebook telah dimanfaatkan untuk mempelajari lebih lanjut tentang para pembeli dan mengenal pasti keperluan mereka, selain mempromosikan Pameran itu sendiri.

Seiring dengan inisiatif Satu Lingkaran, Satu Jalan (OBOR) China, aktiviti pautan video promosi telah dijalankan di 8 buah negara OBOR, sementara acara yang serupa telah dianjurkan di 15 buah negara lain. Pelbagai program undangan dan kerjasama tiket berdiskaun bagi Pameran itu bersama China Southern Airlines terus memperlihatkan kejayaan hebatnya.

Akhir sekali, Pameran Canton ke-118 akan menjadi bersih, hijau dan selamat, dengan 80 peratus reruai menggunakan teknologi hijau.

Untuk maklumat lanjut tentang Pameran Canton ke-118 sila kunjungi: 

http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Source: Canton Fair
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Trade show news