omniture

Pameran Pencahayaan Guzhen yang Amat Dinanti-nantikan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi

China (Guzhen) International Lighting Fair
2015-10-19 19:46 551

ZHONGSHAN, China, 19 Oktober /PRNewswire/ -- Pada 22 hingga 26 Oktober 2015, dianjurkan oleh Pertubuhan Industri Pencahayaan China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhongshan, Pameran Pencahayaan Antarabangsa Guzhen China kali ke-16 (Pameran Musim Luruh, selepas ini dirujuk sebagai Pameran Pencahayaan Guzhen) akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Ibu Kota Pencahayaan Guzhen di Zhongshan, Guangdong. Pameran Pencahayaan Guzhen adalah berasaskan sumber perindustrian pencahayaan yang diperkaya di ibu kota pencahayaan itu. Pameran itu adalah berorientasikan eksport, tetapi turut menjalankan jualan domestik. Pameran itu merupakan platform yang menghimpunkan produk-produk berkualiti tinggi dan bergaya baharu dengan harga yang kompetitif, menumpukan kepada trend perindustrian terkini dalam industri pencahayaan, selain menggunakan mod pelaksanaan pameran "Pautan Kedai Pameran" yang inovatif untuk membina platform pemerolehan serta dagangan pencahayaan dan lampu sehenti berskala besar dengan ruang pameran seluas 700,000 meter persegi bagi mengadakan perayaan pencahayaan untuk industri itu.

Pameran Pencahayaan Guzhen yang Amat Dinanti-nantikan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi
Pameran Pencahayaan Guzhen yang Amat Dinanti-nantikan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi

Lokasi utama (Pusat Konvensyen dan Pameran dan Ibu Kota Pencahayaan Guzhen) mempunyai ruang pameran melebihi 30,000 meter persegi, ruang gerai seluas 12,717 meter persegi, serta 1,413 reruai standard. Hasil daripada asas perindustrian Guzhen yang hebat, selain sumber perindustrian daripada pihak penganjur, Pertubuhan Industri Pencahayaan China, platform tercanggih serta pelbagai kelebihan lain telah menarik banyak syarikat untuk menyertai Pameran secara berturut-turut.

Dengan nilai output tahunan melebihi seratus bilion RMB, Guzhen menikmati kluster industri amat besar yang menyepadukan pengeluaran dan perdagangan lampu, serta telah menjadi salah satu daripada empat tapak pengeluaran profesional pencahayaan serta pasaran jualan terbesar di dunia. Dengan persekitaran pasaran yang sesuai yang bergantung kepada sumber perindustrian pencahayaannya sendiri yang hebat, Pameran Pencahayaan Guzhen sekali lagi menyepadukan sumber-sumber berbeza, dan berorientasikan eksport, di samping turut terlibat dalam pasaran tempatan.

Wajar disebutkan di sini Pameran Pencahayaan Guzhen akan melancarkan 'Perjumpaan Pemadanan Perniagaan Pembeli Luar Negara' yang serba baharu untuk mengoptimumkan kesan pameran, menambah baik jumlah dagangan, dan memperkayakan pengalaman para tetamu. Nilai Pameran itu akan dimaksimumkan dengan memadankan pempamer dengan pembeli dari luar negara, mengaturkan perjumpaan semasa Pameran itu, menggalakkan padanan dagangan satu-dengan-satu, selain membantu pembeli serta pembekal menyempurnakan urus niaga melalui perkhidmatan yang pantas dan cekap!

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi Pameran ini: http://www.gzlightingfair.com/en

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151016/0861509832

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news