omniture

Mandarin Orchard Singapore Dinamakan Hotel Bandar Terbaik Tahun Ketiga Berturut-turut di Anugerah Pelancongan TTG

Meritus International Pte Ltd
2015-10-26 11:46 519

SINGAPURA, 26 Oktober, 2015 /PRNewswire/ -- Mandarin Orchard Singapore yang terkemuka milik Meritus Hotels & Resorts muncul sebagai Hotel Bandar Terbaik – Singapura melalui Kategori Anugerah Pembekal Pelancongan sempena Anugerah Pelancongan TTG Tahunan 2015 kali ke-26 yang baru selesai.

Eksekutif PATA Mario Hardy menyampaikan anugerah Hotel Bandar Terbaik – Singapura kepada Jennifer Chin, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan untuk Mandarin Orchard Singapore
Eksekutif PATA Mario Hardy menyampaikan anugerah Hotel Bandar Terbaik – Singapura kepada Jennifer Chin, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan untuk Mandarin Orchard Singapore

 

Dianjurkan oleh TTG Asia, Anugerah Pelancongan TTG memberi penghormatan kepada yang terbaik antara yang terbaik untuk perniagaan pelancongan Asia Pasifik, dengan pembaca TTG Asia, TTG India, TTG China, TTGmice, TTGassociations, TTG-Btmice China dan TTG Asia Luxury mengundi organisasi pelancongan dan perniagaan kegemaran mereka.

Ini adalah tahun ketiga berturut-turut Mandarin Orchard Singapore dianugerahkan penghormatan berprestij ini, pertama kali merangkul gelaran itu pada tahun 2010 dan kemudian pada tahun 2013 dan 2014.

"Kemenangan ini membuktikan kuasa berkekalan jenama kami dan hubungan berterusan kami bersama rakan-rakan kongsi serta para pelanggan kami di pasaran yang mana persaingan adalah amat hebat dan jangkaan sentiasa berubah," kata Danny Wong, Pengurus Hotel, Mandarin Orchard Singapore. "Kami amat berterima kasih kepada semua yang mengundi kami, dan kami menyedari yang anugerah ini juga hadir dengan tanggungjawab penting untuk terus berevolusi sebagai jenama dan menyumbang secara positif kepada industri."

Dengan menarik para tetamu melalui keanggunan, kemesraan dan layanan Asia jenama itu yang tersendiri selama lebih 40 tahun, Mandarin Orchard Singapore dengan 1,077 buah bilik kekal sebagai penginapan pilihan dalam kalangan pelancong antarabangsa bercita rasa yang mencari pengalaman runcit dan hospitaliti menyeluruh di tengah-tengah daerah beli belah Singapura yang tersohor di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Mandarin Orchard Singapore, kunjungi www.mandarinorchard.com.sg.

Wakil Akhbar 

Ikram Zainy
Pengurus, Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus
T: +65 6831 6051
E: ikram.zainy@meritushotels.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151021/8521507021 
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2011/12/09/20111209194931399475-l.jpg

Source: Meritus International Pte Ltd
Keywords: