omniture

Pameran Teknologi Tinggi China 2015: Mencerahkan Masa Depan

Shenzhen Convention & Exhibition Center Management Co. Ltd.
2015-11-10 13:32 413

SHENZHEN, China, 10 November 2015 /PRNewswire/ -- Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF) 2015 akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen pada 16-21 November. Ia menyasarkan untuk menarik sumber inovatif, menggalakkan bidang keusahawanan dan inovasi dengan meluas, mendorong penyepaduan rentas sempadan, serta memudahkan pertukaran dan juga kerjasama di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi.

Selamat datang ke Pameran Teknologi Tinggi China 2015 pada 16-21 Nov di Shenzhen China
Selamat datang ke Pameran Teknologi Tinggi China 2015 pada 16-21 Nov di Shenzhen China

CHTF telah membawa banyak faedah baharu yang menarik pelbagai perusahaan untuk menyertainya setiap tahun. Melalui CHTF 2015, lebih 400 buah syarikat dari dalam dan luar negara, seperti Tencent, Baidu, VIA, CEC, ECOVACS, iFLY TEK, Vanke, NEXFAIR, KOCCA, TEEMA, HK Software dan 5 astaka antarabangsa lain telah mengesahkan kehadiran mereka. Tencent, Baidu dan ekugou serta beberapa buah syarikat Internet terkemuka yang lain akan membuat kemunculan dalam seksyen "Internet +", untuk memperlihatkan produk-produk terbaharu yang mengubah kehidupan dan tugas kita melalui jalinan kerjasama dengan industri-industri tradisional seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, kewangan, automobil serta perumahan.

Sempena CHTF 2015 tahun ini, terdapat beberapa sorotan baharu, khususnya CIUBS untuk CHTF (Pameran Perdagangan China untuk Sistem Kenderaan Tanpa Pemandu Antarabangsa), yang akan diasingkan kepada Kawasan Pameran Statik dan Kawasan Penerbangan Aerobatik. Selain itu, sebagai sebahagian daripada CHTF, persidangan dan acara yang pelbagai telah meraih reputasi luar biasa oleh profilnya yang tinggi. Para pegawai kerajaan asing, para saintis, para usahawan dan wakil-wakil daripada syarikat-syarikat Multinasional akan menjadi tetamu kehormat dan memberi ucapan dengan topik Inovasi & Keusahawanan serta Penyepaduan Rentas Sempadan semasa CHTF 2015.

"Ia bukan sahaja menjadi inti pati tetapi juga masa hadapan China. Seperti yang saya telah lihat, teknologi tinggi dan baharu di China sedang berkembang pesat," kata John Prescott, mantan timbalan perdana menteri UK. Pameran teknologi tinggi terbesar di China memberi anda peluang tanpa batasan untuk membangunkan Pasaran China. Selain itu, orang ramai memang gemarkan teknologi. Rakan-rakan dari seluruh dunia dialu-alukan untuk mengunjungi CHTF 2015!"

Latar Belakang CHTF:

Diperakui oleh Majlis Negeri Republik Rakyat China pada tahun 1999, Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF) diadakan di Shenzhen mulai 16 hingga 21 November setiap tahun. Ia dianjurkan bersama Kementerian Perdagangan dan kementerian-kementerian negeri lain serta Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen. Ia merupakan pameran teknikal terbesar dan paling berpengaruh di China, yang dikenali sebagai "Pameran Teknologi No. 1 di China."

Untuk maklumat terkini tentang CHTF, sila lawati: www.chtf.com/english.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151109/0861510851

Source: Shenzhen Convention & Exhibition Center Management Co. Ltd.
Keywords: