omniture

Hari-hari Musim Luruh di Daerah Wuyuan Jiangxi: Daun Mapel di Kampung Shicheng Masuki Tempoh Kemuncak Warna Musim Luruh

Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
2015-11-09 08:31 476

WUYUAN, China, 9 November 2015 /PRNewswire/ -- Pada 13 November 2015, Kampung Shicheng di Daerah Wuyuan akan mengalu-alukan gelombang pelawat pertama yang telah datang ke rantau itu untuk menyaksikan warna musim luruh daun mapel dalam keindahan sepenuhnya. Kumpulan-kumpulan pelancong yang telah tiba dengan kereta api laju yang menyediakan perkhidmatannya di rantau ini, kelab-kelab fotografi dan kumpulan-kumpulan wartawan daripada organisasi-organisasi media terkemuka bercadang untuk berhimpun di Kampung Shicheng pada hari itu, hari yang secara tradisinya melambangkan permulaan musim pelancongan bagi musim luruh di Daerah Wuyuan.

Kabus pagi menyelubungi Kampung Shicheng di Daerah Wuyuan
Kabus pagi menyelubungi Kampung Shicheng di Daerah Wuyuan

Bunga-bunga keemasan yang tersebar di kawasan gunung-ganang dan dataran adalah apa yang terlintas di fikiran kebanyakan orang apabila Daerah Wuyuan disebut. Setiap bulan November, Kampung Shicheng mengalu-alukan beberapa hari istimewa ini apabila kepelbagaian warna daun-daun mapel berada pada kemuncaknya. Daun mapel musim luruh telah menjadi satu lagi tarikan untuk para pengunjung ke daerah ini.

Daun mapel kemerah-merahan menyerlahkan keindahannya melatari dinding berwarna putih dan jubin hitam di rumah-rumah Kampung Shicheng
Daun mapel kemerah-merahan menyerlahkan keindahannya melatari dinding berwarna putih dan jubin hitam di rumah-rumah Kampung Shicheng

Kampung Shicheng dinamakan sempena dinding-dinding batu di pintu masuk perkampungan itu. Banyak pokok lama yang kini terkenal tumbuh di kedua-dua belah dinding itu, yang paling mengagumkan adalah kira-kira seratus batang pokok mapel yang tingginya melebihi 35 meter, jauh lebih tinggi berbanding bumbung rumah-rumah di kampung itu. Rumah-rumah tersebut mempunyai dinding putih dan jubin hitam tersendiri yang kelihatan seperti kiub-kiub permainan berlatarkan pokok-pokok yang tinggi menegak itu.

Kampung Shicheng juga terbukti menjadi syurga untuk jurugambar amatur semasa tempoh kemuncak warna musim luruh dari 10 November hingga penghujung November. Daun-daun mapel yang berwarna merah menyala, kabus pagi kelabu yang terapung bersebelahan batang-batang pokok dan kepulan asap putih yang naik daripada corong asap dapur pada waktu pagi mengubah perkampungan itu menjadi sebuah dunia fantasi musim luruh. Kampung ini sering digelar oleh akhbar China sebagai Destinasi Pelancongan Paling Terkenal untuk Menikmati Daun Mapel di China dan Syurga untuk Jurugambar Amatur.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151106/0861510779-a 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151106/0861510779-b

Source: Jiangxi Wuyuan Tourism Co., Ltd.
Keywords: