omniture

Asia Plantation Capital Bantu Masyarakat Tempatan di Sri Lanka

Asia Plantation Capital
2015-11-19 12:14 597

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 November 2015 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap kemampanan holistik, baru-baru ini Asia Plantation Capital yang memenangi anugerah menghulurkan bantuan bagi menyokong masyarakat di Sri Lanka.

'Kemampanan holistik' - suatu aspirasi yang diamalkan sepenuhnya oleh Asia Plantation Capital - merangkumi jalinan kerjasama yang rapat serta sokongan terhadap masyarakat tempatan di dalam dan di sekeliling kawasan tempat syarikat itu beroperasi, dengan menyediakan pelaburan selain sokongan sosial dan juga budaya.

Barisan penderma kempen derma darah Asia Plantation Capital di Estet Kathiran Kattu, sedang menunggu untuk menjalani ujian perubatan oleh pasukan perubatan Hospital Besar Puttalam.
Barisan penderma kempen derma darah Asia Plantation Capital di Estet Kathiran Kattu, sedang menunggu untuk menjalani ujian perubatan oleh pasukan perubatan Hospital Besar Puttalam.

Salah sebuah masyarakat yang memperoleh faedah daripada penglibatan Asia Plantation Capital ialah Estet Kathiran Kattu - sebuah ladang yang terletak di kawasan pendalaman Sri Lanka. Baru-baru ini ia mengadakan kempen derma darah tahunannya bagi menyambut ulang tahun kelima salah sebuah ladangnya, dan berikutan kejayaannya pada tahun lepas, Asia Plantation Capital berbesar hati kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat itu dengan memberi galakan kepada masyarakat untuk membantu dirinya sendiri.

Kempen derma darah itu diadakan di Dewan Kuil Sri Bodhimalu, Puttalam, pada pagi 11 Oktober 2015, dan diadakan bersama pasukan perubatan Hospital Besar Puttalam. Selepas melakukan perancangan rapi dan pemeriksaan teliti terhadap kesesuaian penderma, kempen derma darah itu diteruskan dengan pemberian satu pain darah daripada setiap penderma. Jumlah individu yang menghadiri kempen itu mencatat rekod tertinggi, dan turut menggembirakan untuk melihat anggota pasukan polis Sri Lanka merupakan antara penderma yang hadir.

Memandangkan agama Buddha merupakan pegangan kebanyakan penduduk di Sri Lanka, derma darah merupakan amalan kebudayaan dan keagamaan yang signifikan, kerana dasarnya yang pemurah menggalakkan pemberian sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Sri Lanka merupakan hos global untuk Hari Penderma Darah Sedunia pada tahun 2014, sebuah acara yang menarik ribuan orang ke ibu negaranya, dan diiktiraf sebagai kempen derma darah terbesar di Asia Selatan.

En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, dan En. Satianathan, pelanggan Asia Plantation Capital, merestui kanak-kanak Sekolah Rendah Morapathawa.
En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, dan En. Satianathan, pelanggan Asia Plantation Capital, merestui kanak-kanak Sekolah Rendah Morapathawa.

Dalam satu acara berasingan, En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, berada di Sekolah Rendah Morapathawa, Sri Lanka, bagi menyampaikan barangan keperluan sekolah - seperti alat tulis, beg, dan bekas air - kepada pelajar kurang bernasib baik, bagi memberi mereka peralatan yang diperlukan oleh mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka serta mewujudkan persekitaran yang lebih sesuai untuk pembelajaran. Semua hadiah itu didermakan oleh Asia Plantation Capital serta sebilangan pelanggan dan kakitangan mereka yang bermurah hati.

"Di negara-negara membangun seperti Sri Lanka," kata Rawlinson, "memang mudah untuk hanya memberi bantuan dari segi kewangan. Di Asia Plantation Capital, kami percaya yang kita semua boleh memainkan peranan dalam menyumbang kepada masyarakat dengan melabur untuk masyarakat itu. Kemampanan holistik dalam Asia Plantation Capital menzahirkan penjagaan dan galakan yang seimbang diberikan kepada semua ahli kakitangan; daripada peringkat atasan sehinggalah kepada pekerja ladang serta keluarga mereka."

"Kebanyakan pelajar di sekolah ini," tambah beliau lagi, "menjalani kehidupan di bawah garis kemiskinan, dan bagi mewujudkan impak berkekalan ke atas kemampanan masyarakat, kesihatan dan kesejahteraan populasi tempatan serta generasi masa hadapannya adalah sangat penting dan perlu ditangani. Saya percaya, terdapat kebaikannya apabila saya sendiri memberi hadiah kepada kanak-kanak itu. Bagi pihak syarikat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan kakitangan kami atas derma yang diberikan oleh mereka serta usaha mereka tanpa mengenal penat lelah untuk menganjurkan acara ini."

"Saya sentiasa berbesar hati apabila dapat membantu," kata En. Satianathan, seorang pelanggan Asia Plantation Capital yang dihargai, dan mantan pengetua sekolah di Singapura. "Senyuman yang terukir pada kanak-kanak ini tidak ternilai, dan hadiah kecil kepada mereka membawa makna yang besar apabila ia dapat mempertingkat kehidupan. Saya sangat berbangga kerana dapat menjadi pelanggan Asia Plantation Capital – hanya sedikit syarikat yang benar-benar mengamalkan kemampanan sehingga ke terasnya - dan saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada acara ini." Tahun lalu, En. Satianathan turut menyediakan bahan mengajar untuk membantu kanak-kanak apabila mengikuti sukatan pelajaran mereka.

En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, menyampaikan hadiah tajaan kepada kanak-kanak Sekolah Rendah Morapathawa.
En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, menyampaikan hadiah tajaan kepada kanak-kanak Sekolah Rendah Morapathawa.

Tahap kemiskinan di Sri Lanka sedang menurun, tetapi tetap menjadi isu. Asia Plantation Capital telah menyokong sekolah-sekolah dan para pelajarnya sejak enam tahun lalu, dan telah berikrar untuk meneruskan sokongannya bagi tahun-tahun akan datang, dengan rancangan untuk membekalkan basikal baharu, komputer, serta bekalan pendidikan penting yang lain pada tahun 2016 dan selanjutnya. Syarikat itu menjalankan komitmennya untuk menyediakan projek pelaburan dan prasarana untuk semua masyarakat di dalam dan sekeliling tempat ia beroperasi.

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (namun beroperasi secara swasta sejak tahun 2002), Asia Plantation Capital mempunyai lebih 2,000 ahli kakitangan di seluruh dunia, iaitu di Singapura, Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah. Sehingga ke hari ini, Asia Plantation Capital mempunyai 126 ladang dan projek di seluruh dunia - dengan kebanyakan ladangnya terletak di Sri Lanka dan Thailand - yang merupakan tempat asal pokok Aquilaria yang kian terancam serta bernilai tinggi.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zureina.maidin@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +60-13-774-1009

Samantha Tham
Eksekutif Pemasaran, Singapura
E-mel:samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +65-9144-0933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Menerajui usaha dalam pengurusan ladang yang mampan, syarikat Asia Plantation Capital yang memenangi anugerah merupakan pemilik dan pengendali pelbagai pertanian komersial dan perniagaan ladang merentasi rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap pelbagai projek ladangnya yang diusahakan bagi memenuhi permintaan dari dalam dan luar negara merentasi pelbagai benua.

Bekerjasama rapat bersama, dan menyokong masyarakat tempatan merupakan prinsip teras dasar perniagaan Asia Plantation Capital, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, bagi membawa masyarakat ini menjauhi aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia.

Dengan projek ladang dan pertanian yang terdapat di seluruh dunia iaitu di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah, Asia Plantation Capital merupakan salah satu daripada pengeluar bersepadu vertikal terbesar bagi minyak Oud dan kayu gaharu di Asia Tenggara - buktinya adalah pembukaan kilang pemprosesan kayu gaharu terbesar baru-baru ini di rantau ini.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151117/8521507836-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151117/8521507836-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151117/8521507836-c

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Education Paper/Forest Products/Containers Children-related news Corporate Social Responsibility