omniture

Cachet Hotel Group bakal Lancar Jenama Kemegahan Mereka di Benua Amerika Dengan Hartanah Resort Pertama, Cachet Corazon, di Cabo San Lucas, Mexico

Cachet bakal menawarkan pengalaman destinasi resort serba lengkap.
Cachet Hotel Group
2015-11-19 08:35 491

LOS ANGELES, California, 19 November 2015 /PRNewswire/ -- CACHET Hotel Group (CHG) hari ini mengumumkan pembangunan resort pertama mereka yang julung-julung kali, Cachet Corazon, dekat Cabo San Lucas, Mexico. Dimiliki dan dibangunkan oleh Cabo Villas Beach Resort and Spa (CVBR), projek yang amat dinantikan itu bakal menjadi projek destinasi resort CHG yang pertama di dunia.

Cachet bakal tawarkan pengalaman destinasi resort serba lengkap
Cachet bakal tawarkan pengalaman destinasi resort serba lengkap

Berlatarbelakangkan permandangan Laut Cortez yang mengagumkan, Cachet Corazon akan berdiri di Pantai Medano yang tersohor, yang lokasinya cuma dalam lingkungan jarak berjalan kaki ke Cabo San Lucas Marina, Puerto Paraiso Mall, serta pelbagai lokasi hiburan malam dan hiburan lain di pusat bandar. Resort serba lengkap itu akan mendukung misi jenama itu dalam menyediakan rekaan inovatif, perkhidmatan tersuai, dan pengalaman setempat.

Resort tersebut akan menjadi pembangunan hotel bagi dua jenama iaitu Cachet Beach dan Cachet Deluxe yang masing-masing dijadualkan beroperasi pada akhir tahun 2016 dan awal tahun 2018, serta akan menyediakan pelbagai jenis restoran, teres kolam renang, kelab pantai, dan ruang mesyuarat serta acara yang luas.

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan CHG untuk membawa jenama terkenal itu ke Cabo," kata Ilda Ledesma, pemaju untuk CVBR. "Cachet akan membawakan tahap inovasi yang lebih tinggi dan menawarkan hospitaliti terbaik, rekaan, dan hiburan malam yang akan menarik minat pelancong percutian generasi baharu. Pelancaran resort ini adalah suatu pembaharuan untuk pantai utama Cabo dan akan mengubah landskapnya, menjadi peneraju dalam pasaran hospitaliti menerusi resort yang pintar, cekap, dan rapi rekaannya.

Sebagai salah satu pemaju awal yang berwawasan, pemilik dan pembangun CVBR bertanggungjawab dalam pembinaan kawasan dan destinasi yang kini dikenali sebagai Cabo San Lucas. Pada tahun 2000, Kumpulan tersebut telah membeli hartanah pertama mereka dan mengubah hotel dengan 6 buah bilik kepada resort dengan 142 buah bilik yang dikenali sebagai Cabo Villas Beach Resort & Spa. Sejak itu, Kumpulan itu membina reputasi Mexico dalam hospitaliti yang mesra, kerja keras, dan dedikasi selain menyokong usaha kebajikan setempat.

Christopher Erickson, pemaju untuk CVBR mengulas, "ini adalah usaha yang dilakukan selama bertahun-tahun dan merupakan kolaborasi sebenar selain usaha pasukan antara kakitangan kami yang hebat dengan pemilik. 'La Familia Cabo Villas' dan Cachet Hotel Group amat berbangga untuk mendirikan projek yang ikonik ini di atas pantai utama Cabo selain untuk para pelanggannya yang setia."

Hasil rekaan Rabago Artiquitectors & Consultores dengan bantuan Cachet Interior Design (CID), bahagian dalamannya akan dihiasi inspirasi daripada mitos dan legenda Laut Cortez. Laut itu menjadi landskap yang menarik untuk digandingkan dengan hasil campuran pelbagai kesenian rakyat Mexico, corak kebudayaan, dan warna terang dalam seni bina serta rekaan hotel itu.

CHG akan mengubah suai menara sedia ada menjadi Cachet Beach dengan 77 buah bilik. Dibuka pada musim luruh tahun 2016, Cachet Beach akan menawarkan pengalaman menyeronokan dan penuh sosial kepada tetamu dengan rekaan dalaman yang diolah bergaya, program hiburan malam, dan ruangan bumbung untuk bersosial. Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan untuk menara hotel baharu yang dibina daripada asas yang akan dikenali sebagai Cachet Deluxe pada January 2018. Menara pembangunan baharu itu akan menempatkan 204 bilik tetamu dan suite yang bersaiz antara 624 hingga 645 kaki persegi yang direka dengan kelompok gaya banglo dengan 3 unit setiap satu untuk memberikan tetamu dengan pengalaman resort tepi pantai yang sebenar dan nyaman. Bilik tetamu pula akan dilengkapi teknologi dan hiburan terkini serta halaman peribadi termasuk beberapa Jakuzi yang terletak di luar.

Lima buah restoran dirancang untuk dibuka, terdiri daripada restoran sepanjang hari bertemakan Mediterranean, Laris Kitchen and Bar hingga hidangan asli bertemakan Asia yang menampilkan konsep restoran terkenal jenama Le Sheng Noir yang akan menjadi restoran makanan Cina pertama dan terbesar di Cabo dengan ruang istirehat berkolam di atas bumbung. Selain daripada kolam dan teres yang luas, hartanah itu juga akan menubuhkan kelab pantai yang akan diuruskan oleh pengendali hiburan malam bertaraf dunia.

Lebih 20,000 kaki persegi ruang mesyuarat dalam dan luar banggunan serta kemudahan acara akan menjadi lokasi yang tidak mungkin dilupakan untuk acara mesyuarat, berkumpulan, mahupun perkahwinan, selain menyediakan kawasan untuk berhimpun dan bersosial di sekitar resort.

Resort tersebut akan beroperasi melalui platform teknologi revolusioner daripada CHG, Cachet World yang merupakan komuniti gaya hidup yang memiliki enjin carian dan tempahan untuk hotel butik, hotel gaya hidup, dan kediaman mewah di seluruh dunia. Resort itu akan mempunyai ciri-ciri penting seperti fungsi Bilik Hotel Tersuai yang membolehkan tetamu mengubah bilik mereka atau menaik taraf alat tambah seperti kelengkapa tempat tidur berjenama, produk mandian dan tubuh berjenama, keperluan kecantikan dan kemudahan lain. Tetamu juga akan mendapat faedah dengan fungsi Mobiliti Interaktif yang memudahkan perkhidmatan dengan mendaftar masuk dan keluar secara mudah alih, memanggil perkhidmatan bilik, mengawal TV dalam bilik, suhu, hiburan, suhu dan banyak lagi. Selain itu, fungsi Makanan dan Minuman Tersuai pula menawarkan pengalaman tempatan dan saranan berdasarkan kecenderungan individu atau kumpulan semasa menjamu hidangan di dalam bilik, restoran hotel atau katering sosial.

"Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan peneraju yang memiliki puluhan tahun pengetahuan dalam pasaran ini," kata Alexander Mirza, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Cachet Hotel Group. "Oleh sebab industry pelancongan gaya hidup terus berkembang, Cachet Corazon akan memenuhi keperluan yang unik dalam pasaran ini melalui hiburan, kandungan, dan pengalaman sosial bertaraf dunia."

Dengan peluang yang cerah untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, Cachet Hotel Group akan mengukuhkan kedudukannya menjadi peneraju jenama antarabangsa. Resort Cachet Corazon akan membuka laluan untuk usaha perkembangan yang pesat ke benua Amerika.

Untuk maklumat lanjut tentang Cachet Corazon, sila lawati: www.cachethotelgroup.com

Latar Belakang Cachet Hotel Group:

Cachet Hotel Group (CHG) ialah syarikat penjenamaan dan pengurusan hotel serta kediaman yang berpangkalan di Hong Kong. Misi CHG adalah menjadi syarikat hospitaliti di Asia yang paling inovatif dan melaksanakan tanggung jawab sosial. Dengan pelbagai projek yang sedang dibangunkan, CHG memfokuskan untuk mewujudkan hartanah di China, Asia Tenggara, Asia Timur Laut, dan benua Amerika. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.cachethotelgroup.com

Latar Belakang Cabo Villas Beach Resort and Spa Development Group

Cabo Villas Group diketuai oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Christopher Erickson, Ilda Ledesma Martinez, Jed Erickson, dan Claudia Erickson. Erickson sekeluarga berada di tapak pembinaan setiap hari dan terlibat secara langsung dalam setiap fasa operasi dan pembangunan. Syarikat itu adalah gabungan antara hospitaliti Mexico dengan etika kerja kawasan Barat Tengah, dan distrukturkan ke dalam 12 bahagian khas korporat yang diwujudkan secara strategik untuk mengurus dan membangunkan setiap aspek resort itu ke potensi maksimum. Cabo Villas Group membina reputasi mereka melalui cara tradisional; kerja keras, dedikasi menjadi keutamaan, selain kemampuan mereka untuk benar-benar menguasai seni membangunkan resort menggunakan tahap kepekaan tinggi terhadap kualiti, perincian, dan khidmat pelanggan. Semua nilai ini dibawa dan diamalkan setiap hari oleh kakitangan paling setia dalam industri itu.

Latar Belakang Rabago Architects & Consultants

Rabago Architects & Consultants (RACO) pada asalnya ditubuhkan melalui hasil usaha sama dalam pelbagai disiplin iaitu Seni Bina, Grafik dan Rekaan Industri serta menggabungkan sains komputer, kejuruteraan, dan pengkhususan dalam pembinaan untuk mewujudkan Reka Bentuk Seni Bina. Mengambil inspirasi daripada tipografi semula jadi, rekaan berkomputer, dan sains gunaan, RACO berusaha untuk mempamerkan proses semula jadi rekaan dalam pembangunan, evolusi, dan integrasi rekaan, memperlihatkan saringan dan ekspresi utama bagi setiap bidang yang terlibat dalam prosesnya.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151117/0861511329

Source: Cachet Hotel Group
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion