omniture

Schindler raih Anugerah "Projek Terbaik Tahun Ini" Elevator World 2016 untuk Pemodenan Lif dengan Teknologi PORT

Jardine Schindler Group
2015-11-24 13:00 719

HONG KONG, Nov. 24, 2015 /PRNewswire/ -- Schindler telah diiktiraf sebagai "Projek Terbaik Tahun Ini" Elevator World 2016 dalam kategori Pemodenan Lif untuk pemodenan sistem lif Great Eagle Centre di Hong Kong. Anugerah daripada Elevator World mengiktiraf pencapaian luar biasa dalam rekaan inovatif, kegunaan atau pendekatan istimewa yang telah menyelesaikan masalah besar, atau mengatasi cabaran yang unik. Projek yang dihantar telah dinilai berdasarkan kreativiti, cabaran yang telah diatasi, kaedah dan teknik pemasangan, penggunaan teknologi maju, serta kualiti pembentangan keseluruhan.

Siap pada tahun 1983, Great Eagle Centre setinggi 33 tingkat merupakan bangunan pejabat dan niaga ikonik di Hong Kong. Schindler memodenkan 14 buah lif dalam tiga zon lif.
Siap pada tahun 1983, Great Eagle Centre setinggi 33 tingkat merupakan bangunan pejabat dan niaga ikonik di Hong Kong. Schindler memodenkan 14 buah lif dalam tiga zon lif.

"Kami berbesar hati kerana usaha pemodenan lif kami dalam projek Great Eagle Centre diiktiraf sebagai "Projek Terbaik Tahun Ini" oleh Elevator World. Anugerah ini membuktikan dedikasi tanpa jemu Schindler untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan dan menyediakan teknologi yang terbaik dalam kategorinya, serta perkhidmatan berkualiti premium," kata Jujudhan Jena, Ketua Eksekutif Jardine Schindler Group.

Schindler menukarkan lif konvensional Great Eagle Centre kepada sistem lif moden yang menampilkan Teknologi PORT terkini, seterusnya membantu menjimatkan tenaga dengan ketara, meningkatkan prestasi dan pengalaman menaiki lif, meningkatkan keselamatan serta memendekkan masa henti penyelenggaraan.
Schindler menukarkan lif konvensional Great Eagle Centre kepada sistem lif moden yang menampilkan Teknologi PORT terkini, seterusnya membantu menjimatkan tenaga dengan ketara, meningkatkan prestasi dan pengalaman menaiki lif, meningkatkan keselamatan serta memendekkan masa henti penyelenggaraan.

Great Eagle Centre, setinggi 33 tingkat, bangunan pejabat dan niaga ikonik di daerah komersial Wan Chai yang popular, terletak bersebelahan Pusat Konvensyen & Pameran Hong Kong, telah disiapkan pada tahun 1983. Pasukan Schindler memodenkan 14 lif yang asal, yang sebelum ini dilengkapi dengan pengawal Aconic dan set motor-penjana generasi sebelum ini, dengan pengawal baharu, mesin tanpa gear, pemacu jana semula yang sangat cekap dengan pembalik Power Factor One (PF1), dan Teknologi PORT, sistem pengurusan transit pintar termaju, bagi mempertingkatkan kecekapan lalu lintas selain menyediakan pengalaman menaiki lif yang lancar dan moden kepada para penyewa.

Kerja-kerja pemodenan dimulakan pada Oktober 2013 dan disiapkan pada Mei 2015 dengan gangguan minimum kepada penyewa bangunan namun tetap memuaskan hati pelanggan. "Cabaran utama kami adalah untuk menukarkan lif konvensional dalam bangunan komersial mercu tanda berkepadatan tinggi ini kepada sistem termaju yang terkini, tetapi pada masa yang sama, tidak menjejaskan pengendalian lif secara keseluruhan. Kejayaan projek ini sangat bergantung kepada perancangan teliti dan penyelarasan tinggi dengan pelanggan. Anugerah "Projek Terbaik Tahun Ini" oleh Elevator World ini merupakan pengiktirafan yang dialu-alukan kepada pasukan kami yang telah bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan pelaksanaan projek yang lancar dan menepati masa," kata Noky Wong, Pengarah Urusan Schindler Lifts Hong Kong.

Latar Belakang Jardine Schindler Group

Jardine Schindler Group (JSG) merupakan satu Usaha Sama antara Jardine Matheson dari Hong Kong dan Schindler Group dari Switzerland, yang bersama membawakan sejumlah pengalaman melebihi 300 tahun dalam pengurusan perniagaan, fokus serantau, dan kecemerlangan dalam kejuruteraan. JSG beribu pejabat di Hong Kong dan mencipta, mereka bentuk, memasang, menyelenggara, serta memodenkan lif, tangga bergerak, dan juga laluan bergerak di Brunei, Kemboja, Hong Kong, Macau, Malaysia, Myanmar, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam. JSG menggajikan seramai 4,500 profesional dalam pelbagai bidang kepakaran, daripada rekaan kejuruteraan sehinggalah pengurusan pembinaan. Pengendalian dibahagikan kepada dua divisyen utama: Pemasangan Baharu, yang memfokuskan projek pembinaan baharu, dan Pemasangan Sedia Ada, yang menyediakan khidmat penyelenggaraan dan pemodenan. Secara purata, lebih 100 juta orang di seluruh rantau Asia Pasifik pada bila-bila masa, telah menggunakan peralatan yang dibekalkan dan diselenggara oleh JSG. www.jardineschindler.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151116/8521507783-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151116/8521507783-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO

Source: Jardine Schindler Group
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Real Estate Asian-related news Awards