omniture

AWE, Ekspo Perkakas Rumah dan Elektronik Terbesar China Mengundang anda ke Shanghai pada Mac 2016

China Household Electrical Appliances Association
2015-11-25 00:35 350

SHANGHAI, 25 November 2015 /PRNewswire/ -- Ekspo Perkakas & Elektronik Dunia (Appliance & Electronics World Expo, AWE) akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai mulai 9-12 Mac 2016. Pameran itu akan merangkumi ruang seluas lebih 100,000 m2, dengan anggaran 600 pempamer dan lebih 20,000 produk. Kategori produk terdiri daripada: elektronik pengguna, perkakas persekitaran & kesihatan, produk pintar, perkakas dapur & mandian, barangan putih, aksesori serta komponen. Bilangan pengunjung yang dijangkakan adalah sekitar 150,000 orang.

AWE, dianjurkan oleh Persatuan Perkakas Elektrik Kediaman China (CHEAA), kini mempunyai lebih 20 tahun sejarah. AWE, bersama CES dan IFA, dikenali sebagai tiga pameran terpenting bagi industri perkakas & elektronik global.

Susunan Reruai Pameran AWE

AWE2016 merangkumi 7 astaka di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

W1: Barangan Putih & Komponen;
W2 dan W3: Elektronik pengguna dan Kategori Komprehensif (Jenama Terkenal dengan barisan produk lengkap)
W4: Perkakas Kecil;
W5: Perkakas Persekitaran & Kesihatan;
E1: Perkakas Dapur & Mandian;
E2: Kediaman Pintar

Pempamer terdiri daripada Haier, Midea, Samsung, LG, Sharp, Bosch, Siemens, Panasonic, Hitachi, Whirlpool, Daewoo, Gree, TCL, Alibaba, JD.com, Hisense, Fotile, Robam, Embraco, Skyworth, Karcher dan iRobot.

Peta Reruai Pameran AWE2015: http://awe.com.cn/en/contents/112/3159.html

Pintar, kata kunci untuk AWE2016

AWE2016 akan merangkumi ruang seluas 100,000 m2. Firma huluan dan hiliran (Internet Mudah Alih, Data Besar, Pengkomputeran Awan, dll.) bagi sistem pintar akan turut serta dalam pameran itu. MIUI, Spotmau, Wulian, GizWits, Broadlink dan banyak firma lain dalam bidang pintar, bersama pengeluar perkakas seperti Haier dan Midea, akan menunjukkan trend kediaman pintar. Alibaba dan JD.com akan turut membangunkan bilik pameran pintar yang menggabungkan konsep dan realiti kediaman pintar dalam cara organik, supaya pengunjung dapat mengalami kehidupan keluarga pintar masa depan.

Ulasan Pempamer

Liang Haishan, Pengerusi bertugas bagi Haier Appliance Industry Group:

"Sebagai wakil bagi industri pengeluaran China, Haier terus berusaha memesatkan perubahan dan inovasi baharu. Kami gembira kerana dapat mengambil bahagian di AWE yang terus berkembang, dan memaparkan produk baharu daripada Haier sambil menggalakkan serta memacu inovasi dalam era Internet."

Lan Ye, Ketua Pegawai Pemasaran JD Group:

"Kami telah bekerjasama dengan AWE selama tiga tahun. Saya berpendapat AWE telah menjadi pameran perkakas komprehensif yang disegani dengan pengaruh global. JD.com sangat bersedia untuk berkongsi dengan lebih banyak perusahaan cemerlang secara mendalam dan belajar daripada satu sama lain melalui platform ini."

Isao Sakai, Presiden SHARP Electronics Sales (China) Co., Ltd.:

"Pada masa depan, SHARP akan menyediakan lebih banyak produk untuk pengguna China, selain terus memperkenalkan perkakas domestik dan import Jepun, apa yang lebih penting adalah Sharp akan terus menjadikan komoditi lebih sesuai untuk pengguna China. Inilah sebabnya AWE akan menjadi pilihan tetap kami."

Jin Yontak, Presiden Divisyen CE, Samsung Electronics China HQ:

"Di AWE2015, Samsung telah memberikan input julung kalinya dengan astaka 700m2, bagi menampilkan produk terkininya. Ia telah menarik perhatian keseluruhan industri. Ketika AWE terus berkembang, Samsung akan terus meningkatkan inputnya."

Roland Gerke, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliances Holding (China) Co., Ltd.:

"Siemens telah mengambil bahagian dalam AWE selama bertahun-tahun, menyaksikan kemajuan AWE yang kini menjadi salah satu daripada tiga pameran perkakas dan elektronik antarabangsa terbesar, yang turut membuktikan ia merupakan pilihan yang hebat untuk Siemens bagi menjalin kerjasama dengan AWE!"

Pendaftaran secara dalam talian kini dibuka. Pengunjung yang membuat prapendaftaran akan mendapat tiket masuk secara percuma.  

Pendaftaran Pengunjung: http://awe.com.cn/en/channels/119.html 
Pendaftaran Pempamer: http://awe.com.cn/en/channels/115.html 
Video AWE: http://awe.com.cn/en/contents/101/3154.html 
Laman Sesawang Rasmi AWE: http://awe.com.cn/en/

Hubungi:
Cik Cara WANG
Tel: +86-10-6709-3609
E-mel: cara.wang@cheaa.com

Source: China Household Electrical Appliances Association
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Trade show news