omniture

Pelancaran Filem Pendek yang Dibintangi Aarif Lee dan Permainan Interaktif dengan Hadiah untuk Meraikan Ulang Tahun Pertama iclub Hotels

Regal Hotels International Limited
2015-11-25 11:00 592

HONG KONG, 25 November 2015 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan ulang tahun pertama pembukaan dua buah hotel khidmat terpilih Regal Hotels International (Regal) -- iclub Sheung Wan Hotel dan iclub Fortress Hill Hotel, selain untuk memberi sorotan kepada imej iclub yang mahir teknologi, bergaya semasa, dan antarabangsa, Regal memperkenalkan sebuah filem pendek "Inspired Choice @ iclub", yang menampilkan selebriti terkenal daripada rantau itu. Penerbitan bernilai jutaan dolar itu membuat tayangan perdananya secara rasmi pada hari ini di tanah besar China, Hong Kong, Korea Selatan dan Asia Tenggara. Sebagai usaha untuk terus memperlihatkan penghargaannya kepada pelanggannya yang setia, Regal turut melancarkan satu permainan interaktif yang mana penonton boleh mengundi dan memilih kesudahan filem pendek itu serta berpeluang memenangi hadiah berteknologi tinggi yang hebat bernilai lebih HK$300,000.

Filem pendek "Inspired Choice @ iclub" dibintangi oleh Aarif Lee (tengah) dan Janelle Sing (kiri) sebagai pasangan kekasih, dengan artis Korea Sunbin Lee (kanan) yang mengganggu hubungan mereka. Aarif mula dihantui dilema antara impian dan cinta.

Artis dari China, Hong Kong dan Korea Selatan membintangi "Inspired Choice @ iclub" yang mengukuhkan lagi imej mahir teknologi, bergaya semasa, dan antarabangsa bagi iclub Hotels.
Artis dari China, Hong Kong dan Korea Selatan membintangi "Inspired Choice @ iclub" yang mengukuhkan lagi imej mahir teknologi, bergaya semasa, dan antarabangsa bagi iclub Hotels.

iclub Hotels, jenama hotel khidmat terpilih yang dikendalikan oleh Regal, terkenal dengan lokasinya yang strategik dan gaya hidup mesra alam rendah karbon untuk pelancong mahir teknologi yang bercita rasa.

Peserta boleh melayari laman sesawang khusus dan menikmati tontonan penuh filem pendek itu, buat pilihan untuk Aarif dan pada masa yang sama berpeluang memenangi hadiah.
Peserta boleh melayari laman sesawang khusus dan menikmati tontonan penuh filem pendek itu, buat pilihan untuk Aarif dan pada masa yang sama berpeluang memenangi hadiah.

Potret filem Aarif Lee dalam "Inspired Choice @ iclub".
Potret filem Aarif Lee dalam "Inspired Choice @ iclub".

Filem pendek "Inspired Choice @ iclub", yang diilhamkan oleh Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan Regal Hotels International Cik Poman Lo, dibintangi oleh Aarif Lee, bintang bersinar pujaan ramai yang berbakat, yang memainkan watak pasangan kekasih dilamun cinta bersama Janelle Sing yang jelita. Bintang Korea Sunbin Lee, seorang pelabur kacak yang berkongsi semangat Aarif terhadap inovasi, mencipta tarikan yang berkuasa dengan Aarif - membawanya kepada keputusan yang mencabar dan mengubah kehidupan. Jalan cerita itu menggalakkan orang ramai untuk mengejar impian mereka dengan penuh tekad dan keazaman. Virginia Lau, Hugo Wong dan Crystal Zhou melengkapkan barisan pelakon untuk menghasilkan filem pendek yang romantik dan penuh inspirasi ini.

Mulai sekarang hingga 14 Disember 2015, peserta boleh melayari www.iclub-hotels.com/inspiredchoice/, tonton filem pendek yang hebat itu dan bantu Aarif membuat pilihan paling sukar dalam hidupnya serta kongsikan sebab anda membuat pilihan itu. Regal Hotels International akan memilih 25 pemenang yang akan menerima penginapan dua malam setiap seorang di iclub Hotels* dan sebuah kamera Ricoh Theta. Kemudian 25 pemenang itu akan bersaing bagi merebut Hadiah Utama termasuk dron udara, projektor mini, dan banyak lagi.

*

Semua hadiah tertakluk kepada terma dan syarat.

Latar Belakang iclub Hotels:

iclub Hotels merupakan jenama hotel khidmat terpilih di bawah pengurusan Regal Hotels International. Hotel tersebut menawarkan Wi-Fi percuma dan iLounge 24 jam serta gaya hidup mesra alam karbon rendah untuk pelancong mahir teknologi yang bercita rasa.

Buat masa ini, terdapat tiga iclub Hotels di Hong Kong, iaitu iclub Wan Chai Hotel, hotel neutral karbon pertama di Hong Kong; iclub Sheung Wan Hotel dan iclub Fortress Hill Hotel, hotel pertama di Hong Kong yang menyediakan "Perkhidmatan Daftar Masuk Kunci Mudah Alih".

www.iclub-hotels.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151123/8521508002-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151123/8521508002-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151123/8521508002-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151123/8521508002-d
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151123/8521508002-e
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151123/8521508002LOGO-f

Source: Regal Hotels International Limited
Keywords: