omniture

Huawei Mengumumkan Wawasan untuk Rangkaian Dipacu Aplikasi untuk Mencipta Semula Konsep Seni Bina Rangkaian Tradisional

Huawei
2015-12-10 23:19 514

SAN DIEGO, 10 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini mengumumkan wawasan dan konsep baharu yang radikal untuk seni bina rangkaian pembawa – Rangkaian Dipacu Aplikasi (ADN) - sempena IEEE Globecom 2015 di San Diego. Dibangunkan di dalam Makmal Teori Rangkaian Masa Depan untuk Makmal 2012 Huawei, ADN akan mengutamakan aplikasi rangkaian dan permintaan perkhidmatan dalam rekaan serta evolusi rangkaian, tidak seperti pendekatan tradisional yang memfokuskan penggunaan sumber dan juga pengoptimuman operasi rangkaian. Huawei merupakan syarikat pertama yang mengusulkan idea iaitu rangkaian seharusnya mengutamakan aplikasi, dan yakin konsep ini akan mengubah secara radikal sejauh mana rangkaian, sama ada tetap mahupun wayarles, akan dibangunkan dan dibina pada masa depan.

Felow Huawei Dr. Wen Tong mengumumkan inovasi ADN di Globecom 2015
Felow Huawei Dr. Wen Tong mengumumkan inovasi ADN di Globecom 2015

Felow Huawei Dr. Wen Tong berkata: "Wawasan seni bina ADN kami yang inovatif meletakkan aplikasi sebagai teras rangkaian yang memberi kelebihan kecekapan yang signifikan untuk aplikasi rangkaian. Tidak seperti seni bina rangkaian tradisional, ADN akan menyokong peniskalaan aplikasi, penyusunan semula rangkaian, penyelarasan global serta tempatan untuk sumber rangkaian, dan juga penyahgandingan aplikasi dengan pelapisan perkhidmatan. Dengan kelebihan ini, ADN bersedia untuk memenuhi pelbagai permintaan aplikasi masa depan, contohnya, dalam rangkaian 5G."

Apa yang membezakan ADN adalah rekaan seni bina rangkaian lapisan atasnya: Ia bukan sekadar memetakan beberapa aplikasi pada rangkaian fizikal, yang bertindak sebagai penyalur dengan fungsi terhad. Sebaliknya, ADN membolehkan rangkaian yang boleh disesuaikan daripada hujung ke hujung bergantung pada permintaan aplikasi untuk memberikan pengalaman pengguna yang hebat.

Menerusi seni bina yang fleksibel untuk pengurusan berhierarki, ADN akan beradaptasi secara dinamik kepada perubahan rangkaian yang mengikuti kesan peraturan kuasa. Huawei membuktikan secara teori yang seni bina ADN boleh mencipta rangkaian yang lebih stabil, mampu memenuhi permintaan perubahan yang dipacu aplikasi untuk masa depan, dan menangani impak ketidaktentuan lain dengan lebih baik. Selain itu, ADN akan mengubah model operasi rangkaian, membolehkan peralihan fokus asas dilakukan daripada KPI yang dipacu oleh rangkaian kepada KPI yang didorong oleh pengalaman perkhidmatan dan ini membolehkan pembawa mempertingkat aliran perolehan rangkaian.

Wawasan baharu yang menggabungkan teknologi NFV dan SDN

ADN akan menyokong penghirisan rangkaian 5G dan akan mengukuhkan evolusi rangkaian bagi tempoh jangka pendek serta jangka panjang. ADN berbeza daripada konsep NFV dan SDN sedia ada, tetapi akan menggabungkan teknologi NFV dan SDN yang masih belum memberikan sebarang faedah ekonomi kepada seni bina rangkaian menyeluruh yang memfokuskan pengalaman pengguna. Memandangkan ADN menumpukan kepada seni bina rangkaian, NFV merupakan teknologi sokongan yang digunakan untuk pelaksanaan, manakala SDN pula berkaitan dengan kejuruteraan.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151210/0861512243

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news