omniture

Fragrance Du Bois Membuka Kaunter Baharu di Robinsons, Kuala Lumpur sempena sambutan Krismas

Fragrance Du Bois
2015-12-18 16:58 661

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Jenama wangian mewah, Fragrance Du Bois, dengan bangganya mengumumkan pembukaan kaunter wangian pertamanya di Robinsons, di The Gardens Mall, Kuala Lumpur. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi jenama ini bersama Robinsons baru-baru ini, kaunter baharu yang terletak di Tingkat Bawah gedung membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur itu akan mula beroperasi mulai 12 Disember 2015.

Keistimewaan meja cloche Fragrance Du Bois di Atrium Krismas Robinsons di The Gardens Mall untuk para pengunjung dan penggemar wangian menikmati wangian berasaskan Oud
Keistimewaan meja cloche Fragrance Du Bois di Atrium Krismas Robinsons di The Gardens Mall untuk para pengunjung dan penggemar wangian menikmati wangian berasaskan Oud

 

Dari pandangan atas: Fragrance Du Bois di Atrium Krismas Robinsons bermula 11 hingga 17 Disember di The Gardens Mall, Kuala Lumpur
Dari pandangan atas: Fragrance Du Bois di Atrium Krismas Robinsons bermula 11 hingga 17 Disember di The Gardens Mall, Kuala Lumpur

Fragrance Du Bois semakin terkenal dikalangan penggemar wangian di seluruh dunia. Dengan rangkaian produknya yang unik – kesemuanya mengandungi bahan mistik, Oud – Fragrance Du Bois telah memperkukuhkan perusahaannya, terutamanya di Asia Tenggara dalam masa yang singkat. Pembukaan kaunter Fragrance Du Bois di Robinsons adalah peluang yang baik dalam menawarkan pengalaman langsung wangian mewah, dan dapat mempamerkan kemewahan wangian Fragrance Du Bois, yang berasaskan Oud tulen 100%, disumberkan secara lestari dan semula jadi.

"Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan syarikat gergasi beli-belah seperti Robinsons," kata Pengarah Jenama Fragrance Du Bois, Nicola Parker, yang meluahkan rasa keterujaannya."Mereka sudah dikenali kerana bercita rasa tinggi dan sofisikated, yang juga merupakan ciri Fragrance Du Bois. Kami percaya yang kami telah berjaya menemui kombinasi hebat yang terdiri daripada kemewahan, eksklusif, dan sofisikated, yang sepadan dengan salah satu nilai-nilai teras kami; mesra alam. Dengan kehadiran Fragrance Du Bois di Robinsons," simpul beliau, "ini memberikan kami satu lagi peluang yang bagus untuk meningkatkan jenama dan mengajar pelanggan-pelanggan kami tentang falsafah kami, terutamanya apa yang membezakan kami deripada jenama wangian terkenal yang lain.

Terkenal dengan wangian berasaskan Oud yang semula jadi dan diperakui CITES, Fragrance Du Bois telah menggegarkan pentas pasaran antarabangsa, mengumpul sejumlah besar peminat, terutamanya dalam kalangan mereka yang mempunyai kesedaran alam semula jadi. Fragrance Du Bois hanya menggunakan minyak Oud yang 100% tulen , lestari dan berkualiti tinggi di dalam kesemua penghasilan wangiannya, kesemuanya disumberkan dengan beretika dan daripada asal usul yang diketahui. Asia Plantation Capital, sebuah syarikat perladangan lestari yang telah memenangi anugerah yang beroperasi di empat buah benua dan peneraju global dalam penghasilan bahan luar biasa itu menggunakan kaedah yang beretika dan mampan, merupakan sumber yang dipercayai bagi Oud yang digunakan dalam penghasilan produk-produk Fragrance Du Bois. Asia Plantation Capital juga telah mebuktikan bahawa mereka adalah sebuah syarikat yang menghormati alam sekitar dan komited untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat yang tinggal di dalam dan juga disekitar ladang mereka.

Dengan impian untuk mewujudkan sebuah platform untuk wangian lain, Fragrance Du Bois akan turut mempamerkan enam jenama wangian berkualiti tinggi yang terbaharu dalam pasaran di Robinsons, menampilkan ciptaan terbaik daripada jenama global yang terkemuka. Ini termasuklah label UK Illuminum, Xerjoff yang terkenal di Itali, House of Sillage dan Sue Wong dari Amerika Syarikat, serta syarikat wangian dari Paris iaitu Perfums De Marly, Isabey dan Jovoy. Kesemua jenama terkemuka ini kini membuat kemunculan sulung mereka di Asia Tenggara dan dijual secara eksklusif di kesemua outlet Fragrance Du Bois.

Raikan Krismas tahun ini di Fragrance Du Bois dengan keriangan selama tujuh hari di Atrium Krismas Robinsons di Robinsons North Court mulai 11 hingga 17 Disember 2015, dengan pemberian hadiah istimewa kepada pengunjung-pengunjung yang bertuah. Lihat sendiri koleksi Oud tulen, dan nikmati kehidupan dengan wangian mewah Du Bois.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zureina Maidin
Pengarah Perhubungan Awam & Pemasaran Malaysia
E-mel:zureina@fragrancedubois.com
Telefon Bimbit: +60-137-741-009

Zaahira Muhammad
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran Kanan Malaysia
E-mel:zaahira@fragrancedubois.com
Telefon Bimbit: +60-122-035-344

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian mewah yang bekerjasama rapat dengan ladang lestari di Asia, membawakan wangian berasaskan minyak Oud organic 100% baharu yang mengujakan ke pasaran eksklusif di seluruh dunia. Memperoleh sumber bahan mentah terbaik secara lestari di seluruh dunia, bekerjasama dengan pembuat wangian Perancis untuk menghasilkan rangkaian penuh produk, dan turut menyediakan khidmat wangian buatan khas, Fragrance Du Bois adalah kemewahan peribadi dengan rasa prihatin. Dengan butik-butik eksklusif di seluruh dunia iaitu di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois mewujudkan hanya pengalaman terbaik dalam penghasilan wangian buatan khas.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis dan ianya dikenali sebagai Fragrance Du Bois di negara-negara lain.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital merupakan pemilik dan pengendali rangkaian luas perniagaan perladangan dan pertanian komersial di seluruh Asia Pasifik dan di seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat gabungan Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek-projek perladangan yang pelbagai, ditujukan kepada permintaan domestik dan global merentasi pelbagai benua.  Bekerjasama rapat dan turut menyokong komuniti tempatan, merupakan prinsip teras perniagaan Asia Plantation Capital, menyediakan sokongan sosial dan kebudayaan, selain pelaburan, untuk menjauhkan masyarakat ini daripada melakukan aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia.

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), kumpulan ini kini memiliki projek-projek perladangan dan pertanian di empat buah benua, dengan projek-projek beroperasi di pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara, dan Eropah.

Asia Plantation Capital menggalakkan penggunaan kayu yang lestari dan diperakui cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian biologi, dan membasmi kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Dalam sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati), yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah juga terlibat dalam usaha perlindungan alam semulajadi. Ini adalah cara untuk memastikan bahawa kayu yang digunakan bukan daripada pembalakan haram.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151215/8521508575-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151215/8521508575-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Leisure/Travel/Hotels Retail Travel Licensing/marketing agreements New products/services