omniture

Harbour City Dipilih Carian Destinasi Terbanyak di Hong Kong oleh Google

Harbour City
2015-12-19 03:15 518

HONG KONG, 19 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Harbour City, pusat beli belah terbesar di Hong Kong, dipilih oleh Carian Tahunan Google (Google's Year in Search) sebagai Carian Mudah Alih Terbanyak untuk Destinasi Tempatan 2015. Terletak di Tsim Sha Tsui, iaitu sebuah daerah pelancongan utama di Hong Kong, pusat beli belah itu juga diletakkan pada tangga keenam bagi Kata Kunci Paling Banyak Dicari di Peranti Mudah Alih. Keputusan menunjukkan "Harbour City" menjadi destinasi yang paling dicari di peranti mudah alih sejak 12 bulan yang lalu di Hong Kong. Harbour City ialah pusat beli belah bersaiz besar yang pertama di Hong Kong ketika dibuka pada tahun 1966.

Pusat beli belah terbesar bandar tersebut diletakkan pada kedudukan nombor satu oleh Carian Tahunan Google bagi Carian Mudah Alih Terbanyak untuk Destinasi Tempatan 2015
Pusat beli belah terbesar bandar tersebut diletakkan pada kedudukan nombor satu oleh Carian Tahunan Google bagi Carian Mudah Alih Terbanyak untuk Destinasi Tempatan 2015

Harbour City berada di kedudukan teratas dalam enjin gelintar memandangkan tiga restoran yang terletak di dalamnya - Lady M, House of Jasmine dan Coffee Academics - masing-masing berada di kedudukan ketiga, keenam, dan kelapan bagi Tempat Makan Terkenal dalam Carian Mudah Alih.

Pihak Google menyatakan kepelbagaian promosi dan acara di Harbour City seperti "Where's Wally?" dan Minggu Permainan Google Play (Google Play Game Week), melonjakkan pusat beli belah itu ke tempat teratas. Pusat beli belah tersebut kini mengadakan pameran Krismas sempena ulang tahun Disneyland Hong Kong yang ke-10.

Latar Belakang Harbour City 

Berkeluasan 2 juta kaki persegi di atas hartanah bernilai tinggi, Harbour City adalah pusat beli belah terbesar dan paling pelbagai di Hong Kong. Harbour City terletak di tengah-tengah Hong Kong berhampiran Victoria Harbour yang indah serta menawarkan pelbagai tarikan seperti pusat beli belah, kedai makan, hiburan, dan panorama. Harbour City telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat beli belah utama dan pusat tarikan utama di Hong Kong.

Hiasan Krismas di Harbour City menjadi tempat bergambar yang menjadi tumpuan di kalangan warga tempatan dan pengunjung
Hiasan Krismas di Harbour City menjadi tempat bergambar yang menjadi tumpuan di kalangan warga tempatan dan pengunjung

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151217/8521508671-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151217/8521508671-b

Source: Harbour City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Fashion Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Retail Travel Survey, Polls & Research