omniture

Penerbangan Komersial Awan KuangChi Satu Pencapaian dalam Inovasi Ruang Bandar

KuangChi Science
2016-01-05 00:18 434

DONGGUAN, China, 5 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Dengan kontrak komersial bernilai HK$180 juta, platform maklumat ruang Awan peringkat bandar, produk tersohor daripada perniagaan ruang bandar pintar KuangChi Science (00439.HK), melengkapkan penerbangan komersial globalnya yang pertama dan memulakan operasi komersial pertamanya pada 28 Disember 2015 di Dongguan, Wilayah Guangdong China Selatan. Kira-kira 100 orang, termasuk datuk bandar Dongguan Yuan Baocheng dan pengerusi KuangChi Liu Ruopeng, menyaksikan kenaikan Awan di Dongguan Eco Park.

Platform maklumat ruang Awan peringkat bandar terbang di Dongguan Eco Park, Guangdong, China pada 28 Dis. 2015.
Platform maklumat ruang Awan peringkat bandar terbang di Dongguan Eco Park, Guangdong, China pada 28 Dis. 2015.

Penerbangan itu menandakan pencapaian yang penting dalam teknologi ruang bandar. Dengan saiz 48 meter panjang dan hampir 20 meter tinggi, platform hebat itu yang diapungkan oleh gas helium terbang setinggi 300 meter dari tanah, menyediakan perkhidmatan bersepadu seperti komunikasi, akses Internet, serta pengumpulan dan analisis data besar.

Dilesenkan untuk terbang di dalam taman eko itu, Awan itu boleh dibandingkan dengan menara komunikasi yang sangat tinggi atau satelit yang terbang rendah. Ia dilabuhkan ke darat melalui satu kabel sintetik, yang juga berfungsi sebagai portal untuk mengakses pusat pemprosesan data. Kalis air, direka dengan perlindungan daripada kilat dan mampu menahan perubahan akibat tekanan dan suhu, kapal udara itu mengambil masa tiga jam untuk diisi. Ia boleh menahan angin pada kelajuan 20 meter per saat semasa terbang dan kelajuan 25 meter per saat semasa dilabuhkan.

Luan Lin, ketua pegawai teknologi KuangChi Science, berkata sistem itu boleh digunakan secara meluas dalam pengukuran geografi, pemantauan lalu lintas dan kebakaran hutan, bencana alam serta misi menyelamat.

Teknologi dan peralatan utama yang digunakan dalam Awan membantu menyelamatkan nyawa Tian Zeming, mangsa yang terselamat daripada kemalangan tanah runtuh dahsyat yang berlaku di Guangming, Shenzhen. Monitor beresolusi tinggi pelbagai fungsi daripada Awan itu membantu mencari kedudukan bangunan yang tertimbus dalam tanah runtuh itu dan menyimpan rekod penggalian. Dengan bantuan monitor dan Awan mini -- versi padat Awan yang digunakan dalam keadaan kecemasan, pihak penyelamat mengenal pasti 22 lokasi untuk melakukan penggalian lanjut. Tian ditemui di dalam bangunan pada lokasi bernombor 1.

Selamat, menjimatkan kos dan mesra alam, Awan itu boleh terbang setinggi 1,000 dan 2,000 meter dari atas darat dengan membawa muatan seberat 400 kilogram. Disuaikan mengikut pelbagai keperluan berbeza, muatan itu boleh menjadi stesen pangkalan wayarles, peralatan Super Wi-Fi, atau pemancar TV dan Radio, yang membolehkan sistem itu digunakan untuk pelbagai misi seperti telekomunikasi, perancangan dan pengurusan bandar, pemantauan pencemaran udara, serta pemantauan maritim.

Terbang tinggi di udara, Awan tersebut meliputi julat kawasan yang lebih luas dan memindahkan isyarat dengan jauh lebih baik berbanding sistem darat. Dalam kes Dongguan, kemampuan komunikasi Wi-Fi daripada sistem itu meliputi lingkungan 30 kilometer, dan jumlah kawasan yang diliputi boleh mencecah 3,000 kilometer persegi apabila digabungkan dengan pemindahan darat.

Teknologi terkini yang digunakan dalam Awan adalah mirip dengan teknologi yang dibangunkan oleh Raytheon Company, kontraktor pertahanan A.S., namun teknologi Raytheon adalah terhad untuk kegunaan ketenteraan sahaja. Awan itu merupakan yang pertama seumpamanya di kawasan awam.

Sewaktu pelancaran ujian di Shenzhen pada bulan Februari, Awan itu berjaya melakukan tugasnya dalam liputan komunikasi Wi-Fi, pemantauan darat dan pengumpulan data maritim.

Dengan lebih banyak fungsi dan prestasi yang lebih stabil, sistem yang digunakan di Dongguan akan membantu memantau paras PM 2.5 di dalam udara, menjamin keselamatan di kawasan sesak, dan mengemudi secara pintar dalam lalu lintas di bandar. Rangkaian Internet of things dan liputan Wi-Fi yang disediakan oleh sistem itu akan memudahkan kehidupan dan menjadikannya lebih baik untuk warga Dongguan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif "Komuniti Inovasi Global" (GCI) oleh KuangChi, Awan ini merupakan satu lagi percubaan untuk menjadikan teknologi sains fiksyen suatu kenyataan. Rakan kongsi GCI terdiri daripada Martin Jetpack, Near Space Traveller, Space Levitation Station, Solarship, Zwipe, HyalRoute Broadband, Parallel World, iPhoton, Super WiFi dan Smart Structure.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160104/0861600002

Source: KuangChi Science
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Asian-related news New products/services