omniture

honor 5X Diperkenalkan di CES Antarabangsa 2016

Telefon pintar honor 5X dan gelang tangan Z1 mula dijual di AS bermula pada 31 Januari
honor
2016-01-06 13:20 582

LAS VEGAS, 6 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Penantian generasi alaf ini yang mementingkan Internet bagi menikmati telefon pintar yang dibina khas untuk gaya hidup mereka akhirnya berakhir. Pelancaran honor 5X daripada honor di A.S., jenama bertenaga dan terkenal dalam talian, menandakan pengguna yang muda, bergaya dan gemarkan cabaran mampu memiliki sebuah peranti pintar yang memiliki kesemua ciri-ciri yang perlu pada sebuah peranti – binaan badan besi yang berkualiti tinggi, teknologi cap jari generasi baharu dan rekaan badan yang menarik – untuk menikmati dan berkongsi pengembaraan seharian mereka.

honor 5X – tiada yang sia-sia, semuanya penting
honor 5X – tiada yang sia-sia, semuanya penting

"honor 5X ialah sebuah telefon pintar yang memiliki ciri-ciri penting yang menyediakan keinginan dan keperluan yang kritikal untuk pengguna milenium dalam sesebuah peranti," kata George Zhao, presiden honor. "Kami mencipta honor 5X untuk menjadi sebahagian daripada personaliti penggunanya – menarik, bergaya dan ikonik – serta dipadukan dengan teknologi kreatif supaya pengguna dapat menggunakan peranti mereka secara sepenuhnya dan dapat menikmati pengalaman melayari Internet yang hebat, kesemuanya pada harga yang berpatutan."

honor 5X hadir dalam tiga warna – emas, perak dan kelabu – bermula pada 31 Januari. Ia akan dijual melalui Amazon.com, Newegg.com dan HiHonor.com/us dengan harga USD 199.99

"Sejak dilancarkan dua tahun lalu, jenama honor berkembang dengan amat pesat dengan memfokuskan pasaran dalam talian untuk memasarkan peranti alaf baharu mereka yang sesuai dengan gaya hidup digital," kata Zhao. "Kejayaan ini memacu perkembangan sehingga melangkaui sempadan China. Kami teruja kerana A.S. akan menjadi pasaran global pertama untuk honor 5X."

Berbadan Besi

Mengambil insipirasi daripada bentuk dan rekaan Guggenheim Museum Bilbao yang terkenal di Sepanyol, badan aloi aluminium honor 5X menggabungkan rekaan melengkung tersendiri dengan prinsip ergonomik untuk memberi keselesaan apabila dipegang. Dibuat daripada aloi aluminum yang digilap dengan berlian dan diserlahkan lagi dengan lapisan seramik menggunakan teknik pemberusan khas, honor 5X mempunyai satu kemasan yang unik untuk diperagakan.

Sensor Cap Jari

Panel belakang honor 5X menempatkan sensor cap jari generasi kedua tanpa bingkai yang menawarkan prestasi dan kejituan yang cemerlang serta mampu membuka kunci telefon sepantas 0.5 saat. Sensor yang mampu beradaptasi memilki keupayaan untuk belajar sendiri yang dapat meningkatkan ketepatan mengimbas dari masa ke masa. Sensor juga menyokong kawalan gerak jari yang intuitif untuk membuat panggilan atau memulakan sesuatu aplikasi dalam mod berkunci, mengambil gambar, menurunkan dan menyembunyikan palang pemberitahuan serta mematikan pengera.

Kamera dan Paparan

honor 5X memiliki kamera bergred profesional untuk mengambil gambar berkualiti tinggi dengan kejelasan tinggi serta penghasilan semula warna yang dinamik. Kamera belakang 13MP memiliki apertur F2.0, lensa bersudut luas 28mm, penapis inframerah kaca biru, dan mod makro untuk mengambil gambar secara jarak dekat. Dengan pemproses imej SmartImage 3.0 dan lapisan antipantulan pada lensa kamera, honor 5X mampu mengambil gambar yang jelas dengan mudah walaupun dalam persekitaran yang malap.

Kamera hadapan 5MP memiliki apertur F2.4, lensa bersudut luas 22mm serta memiliki sudut pandangan sehingga 88 darjah, menjadikan honor 5X sebagai telefon yang sempurna untuk selfie.

Pengguna boleh menikmati gambar dan video pada paparan berkeluasan 5.5 inci, paparan IPS HD penuh dengan 10 titik berbilang sentuhan. honor 5X memancarkan gambar yang jelas dengan kawalan pelarasan kontras yang dinamik untuk menambah baik kontras dalam keadaan cahaya yang berbeza.

Spesifikasi Tambahan

  • 1.5 GHz Qualcomm® Snapdragon™ 615, pemproses Octa teras.
  • 2GB RAM dan 16GB memori dalam telefon
  • Bateri 3,000 mAh
  • SIM Nano, SIM Mikro, dan bekas mikroSD

honor b dan Z1 serta fon telinga hibrid honor

Turut menyertai honor 5X di A.S ialah gelang tangan honor Z1, peranti boleh pakai yang ringan, kalis cuaca, kalis air dan memiliki keupayaan untuk merekod kesihatan, aktiviti sukan dan tahap kecergasan.

Direka dengan memberi penekanan yang sama kepada ketahanan, prestasi dan gaya, gelang tangan honor Z1 mampu merekodkan aktiviti harian, mengenal pasti aktiviti berjalan dan berlari secara automatik serta mengira jumlah kalori yang dibakar. Badannya diperbuat daripada besi tahan calar manakala paparan sentuh OLED mempunyai resolusi 128 kali 128 piksel, gelang tangan honor Z1 juga kalis air pada kadar IP68 yang boleh digunakan dalam hujan dan keadaan lembab.

Dengan hayat bateri yang mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali pengecasan, gelang tangan honor Z1 juga boleh digunakan untuk memaparkan pemberitahuan untuk panggilan masuk, penggera pintar dan boleh digunakan pada peranti yang menjalankan sistem pengendalian Android 4.4.4 atau ke atas dan iOS 7.0 ke atas.

Gelang tangan honor Z1 hadir dengan tali bercorak berlian yang tahan lasak dan boleh didapati dalam tiga warna - hitam, krim dan putih - serta boleh mula dibeli di HiHonor.com/us bermula pada 31 Januari dengan harga USD 79.99.

Menyediakan pengalaman lengkap kepada kepada pengguna digital di A.S., honor juga melancarkan fon telinga hibrid honor kepada pengguna. Dengan menggabungkan gaya dengan keselesaan, fon telinga itu memiliki teknologi hibrid dengan pemandu armatur daripada Knowles yang dinamik serta seimbang untuk menghasilkan bunyi yang jelas dan juga tepat dengan prestasi pengasingan bunyi yang mengagumkan.

Fon telinga hibrid honor juga akan mula dijual di Hihonor.com/us bermula pada 31 Januari dengan harga USD 59.99.

Latar Belakang honor

honor ialah e-jenama untuk peranti mudah alih terkemuka di bawah Huawei. Selari dengan slogan, "untuk yang berani" ("for the brave"), jenama itu berusaha untuk memenuhi keperluan para pengguna dunia digital melalui produk yang dioptimumkan untuk Internet yang memberikan pengalaman pengguna terbaik, menyediakan aksi yang memberi inspirasi, memupuk kreativiti, serta memperkasakan generasi muda untuk mencapai impian mereka. honor membawa gaya tersendiri dengan menonjolkan keberanian untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza serta menawarkan teknologi dan inovasi terkini kepada pelanggan.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160104/8521508845

Source: honor
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news