omniture

TCL Corporation Pamer Barisan Lengkap Produk Inovatif di CES 2016

Inovasi bantu TCL uar-uar strategi antarabangsa mereka
TCL Corporation
2016-01-12 21:54 446

SHENZHEN, China, 12 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- TCL, antara pengeluar terkemuka dunia barangan elektronik pengguna, mempamerkan barisan lengkap produk inovatifnya di Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa 2016 (International Consumer Electronics Show 2016, CES 2016) di Las Vegas, Nevada, dari 6 hingga 9 Januari 2016. TV Definisi Ultra Tinggi Dengan Teknologi Quantum Dot (QUHD) daripada TCL, iaitu set televisyen yang dianggap sebagai definisi TV pintar generasi seterusnya, telah membuat kemunculan sulung di pameran itu.

Reruai TCL di CES 2016
Reruai TCL di CES 2016

QUHD TV daripada TCL, menarik perhatian ramai di pameran tersebut dan menjadi piawaian terbaharu dalam pasaran TV pintar

Di CES, acara tahunan yang dikhususkan untuk mempamerkan inovasi teknologi untuk dilihat dan dinilaikan oleh pasaran, TCL mempamerkan pencapaian terkini dalam industri TV, iaitu siri TV QUHD baharu dengan teknologi QUHD.

Reruai TCL di CES 2016
Reruai TCL di CES 2016

Sebagai salah satu produk dalam rangkaian TV QUHD, pilihan produk canggih oleh TCL, X1 QUHD TV yang diumumkan oleh pihak syarikat sebelum CES dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri TV terbaik termasuk perkakasan terhebat dalam industri, sistem audio H/K dan sistem TV+OS pintar selain daripada teknologi QUHD. Dengan memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri kuantuam dalam bahan-bahan tertentu, digabungkan dengan sokongan daripada enjin pemprosesan kualiti imej kuantum selain beberap teknologi yang disepadukan, termasuk enjin IDP (proses paparan Pintar), pembahagian lengkap bagi kawalan lampu belakang yang tepat, paparan HDR selain teknologi pemprosesan isyarat bersepadu, kesemua teknologi ini menghasilkan kehebatan dari segi kualiti imej, termasuk liputan gamut warna paling luas, pelbagai kilauan dinamik yang tinggi, kontras yang sangat tinggi, padanan warna yang tepat serta kawalan lampu belakang yang mengagumkan.

Siri TV QUHD keluaran mereka yang mempunyai teknologi lampu belakang asas yang inovatif telah meletakkan standard yang tinggi untuk generasi TV yang seterusnya dan merungkaikan perbalahan tentang teknologi TV generasi baharu. TV QUHD, yang mengambil manfaat sepenuhnya daripada teknologi kuantum unik itu, melangkaui keupayaan TV LED dari segi kesan paparannya dan juga mengatasi teknologi TV OLED dalam beberapa ciri-ciri termasuk definisi dan keaslian warna. Selain itu, TV QUHD juga bebas daripada sisa bayangan dan memiliki jangka hayat lebih panjang selain mempunyai kecekapan tenaga yang lebih tinggi, antara kelebihannya, berbanding jenis teknologi televisyen yang lain. Hal ini memberikan pilihan yang lebih mampu milik dan sesuai untuk bakal pembeli TV pintar. TCL merancang untuk meluaskan siri TV QUHD mereka yang kini terdiri daripada dua model yang berbeza: model X1 dan C2 bagi menyediakan lebih banyak produk canggih, sebagai langkah untuk mewujudkan portfolio canggih yang paling kukuh dalam industri.

TCL, salah satu pengeluar TV kuantum pertama dari China dan telah banyak melabur serta meraih kejayaan paling hebat dalam bidang teknologi kuantum, berkembang menjadi pembuat TV bersepadu vertikal dengan aktiviti perniagaan yang meliputi keseluruhan spektrum industri TV, daripada modul LCD kepada panel LCD hingga set TV yang lengkap. Dengan kelebihan unik dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) serta pengeluaran TV, TCL menjadi satu-satunya pengeluar TV di China yang berupaya untuk menghasilkan TV kuantum dan benar-benar mempamerkan kelebihan daya saing yang dimiliki oleh syarikat itu dalam inovasi produk berbanding pengeluar TV yang lain.

TCL Communication lancarkan rangkaian tablet Win10 pertama, PIXI

TCL Communication Technology mempamerkan beberapa peranti mudah alih pintar baharu dan produk inovatif mereka di CES tahun ini, termasuk dua tablet 8 inci yang dilengkapi sistem pengendalian Windows 10: PIXI 3 dan PIXI 4 serta jam tangan pintar CareTime untuk kanak-kanak. PIXI 3 adalah tablet Windows 10 pertama keluaran TCL yang dijana oleh cip 4G daripada Qualcomm, memiliki skrin sebesar 8 inci dengan kamera hadapan dan belakang serta sistem GPS selain menyokong fungsi panggilan suara. Tablet ini boleh dihubungkan kepada TV dan berfungsi sebagai alat kawalan jauh TV. Selain itu, terdapat juga penutup belakang berwarna warni yang boleh disuaikan dan pelindung keselamatan boleh lipat untuk menjadikan tablet ini dapat disesuaikan dengan keperluan individu tertentu.

Selain daripada kelebihan teknologinya untuk membangunkan terminal pintar yang menyokong pelbagai sistem pengendalian, TCL Communication juga sering mengeluarkan satu barisan produk dalam pelbagai saiz untuk memenuhi permintaan pengguna khusus. PIXI 4 yang dipamerkan di pameran tersebut mengandungi empat telefon pintar dan tablet yang bersaiz antara 3.5 hingga 7.0 inci yang semuanya direka dengan penuh bergaya selain mempunyai sistem audio dan kamera berkualiti tinggi.

Tonly Electronics milik TCL pamerkan peralatan kediaman pintar di CES

Tonly Electronics Holdings Limited milik TCL juga mempamerkan peranti IOT daripada siri Tonenic dan peralatan audio semasa CES tahun ini di Las Vegas termasuk sistem pembesar suara bluetooth, sistem pembesar suara pintar, fon telinga jenis palam, fon kepala tanpa wayar dan sistem kediaman pintar. Fon kepala penyaring hingar yang dilancarkan pihak Tonly tahun ini, mempamerkan rekaan luaran yang bergaya dan ergonomik. Penutup telinga dengan kulit lembut dan unit pembesar suara HD keluaran Tonly, teknologi pengurangan hingar bersimulasi yang canggih, penghantaran tanpa wayar bluetooth, butang sesentuh serta kawalan suara memberikan tumpuan hebat kepada fon kepala tersebut daripada pameran Tonly.

Ini bukanlah kali pertama Tonly melancarkan pelbagai peranti kediaman pintar. Selain itu, untuk memenuhi permintaan produk pintar yang semakin meningkat, Tonly mengintegrasikan dan melancarkan beberapa rangkaian produk serta penyelesaian bagi tujuan pemantauan keselamatan, pengurusan kesihatan serta pengurusan kuasa dan juga tenaga.

TCL, peneraju dalam globalisasi dorong kalangan pengeluar barangan elektronik pengguna di China

TCL memberi komitmen terhadap inovasi sejak bertahun-tahun, kata Li Dongsheng, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekuitf TCL Corporation. Pada tahun 2014, kumpulan itu memohon 2,971 paten termasuk lebih 2,100 paten penciptaan, meletakkan TCL dalam kalangan lima syarikat China paling banyak memohon paten. CSOT, salah sebuah syarikat di bawah TCL, adalah antara empat pengeluar China terbaik yang memegang paten antarabangsa yang difailkan di bawah Perjanjian Kerjasama Paten.

Pada tahun 2015, TCL mula megah di persada antarabangsa apabila perniagaan peranti mudah alih mereka mencatatkan prestasi memberangsangkan. TCL Communication Technology kini memasarkan produk mereka di lebih 170 buah negara dan rantau, serta memiliki kelebihan daya saing di Amerika Utara, Amerika Latin, dan Eropah selain dalam beberapa pasaran membangun yang lain. TCL berjaya menubuhkan usaha sama penting dengan beberapa pengendali telekomunikasi terbesar di AS termasuk AT&T, T-Mobile dan Sprint sejak memasuki pasaran Amerika Utara pada tahun 2010. Dengan kelebihan dalam saluran pengendali, kapasiti operasi dan produk, TCL Communication Technology diletakkan pada tangga keempat untuk bahagian pasaran di AS sejak tahun 2014. Semasa tiga suku pertama 2015, penghantaran peranti mudah alih TCL berada pada kedudukan kelima di dunia, menurut data terbaharu. TCL Communication Technology mengaut jumlah jualan di Amerika Utara sebanyak 10.6 juta unit pada tiga suku pertama, satu peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun sebelumnya, menurut statistik yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan pasaran Amerika IDC. Jumlah jualan di Amerika Latin pula meningkat kepada 17.6 juta unit, manakala di Eropah pula berjumlah 13.5 juta unit yang menyaksikan penjualan terminal pintar meningkat 31% berbanding tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, jualan oleh pihak TCL untuk tiga suku pertama 2015 dicatatkan melebihi 74 bilion yuan, 7.1% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Selain daripada perniagaan komunikasi, perkembangan perniagaan multimedia TCL dan operasi mereka di CSOT juga adalah mengagumkan. Jualan yang dicapai oleh TV LCD multimedia keluaran kumpulan itu berada pada tangga ketiga global semasa tiga suku pertama manakala panel TV LCD keluaran CSOT mendaki tangga kelima.

Li Dongsheng berkata "matlamat baharu TCL adalah untuk menjadi pengeluar produk pintar global dan penyedia perkhidmatan aplikasi Internet terkemuka. Bagi meraih kemajuan, kami akan berusaha untuk mencapai matlamat ini. Dengan memanfaatkan kelebihan kami, kami akan mengukuhkan usaha perluasan di pentas antarabangsa dan mewujudkan kehadiran dalam pasaran tempatan, membina lebih banyak rangkaian industri yang lengkap serta berusaha mewujudkan situasi yang saling memberi manfaat antara syarikat kami dan juga ekonomi setempat yang terlibat."

Hubungi:
Marta Chen
+86-755-3331-3868
chenxuejun@tcl.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160111/0861600308-a 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160111/0861600308-b

Source: TCL Corporation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Telecommunications Television Trade show news