omniture

Hisense Menurunkan Tanda Tangan Sebagai Rakan Kongsi Global ke-10 UEFA EURO 2016

Hisense
2016-01-15 10:21 728

BEIJING, 15 Januari 2016 /PRNewswire/ -- UEFA dan Hisense Group dengan bangganya mengumumkan syarikat gergasi elektronik China Hisense telah mengisi kedudukan terakhir sebagai Rakan Kongsi Global Kejohanan Eropah UEFA 2016, iaitu persetujuan penajaan yang pertama bersama sebuah syarikat China sepanjang sejarah kejohanan itu selama 56 tahun.

Hisense menurunkan tanda tangan sebagai Rakan Kongsi Global ke-10 UEFA EURO 2016™
Hisense menurunkan tanda tangan sebagai Rakan Kongsi Global ke-10 UEFA EURO 2016™

Hisense juga akan turut menaja pertandingan bola sepak pasukan kebangsaan anjuran UEFA yang lain sehingga akhir tahun 2017, termasuk Pusingan Kelayakan Eropah untuk Piala Dunia 2018 FIFA, UEFA Futsal EURO 2016, Kejohanan Bawah 21 Tahun Eropah UEFA 2017, dan EURO 2017 Wanita UEFA.

Pegawai UEFA menyampaikan sijil penajaan Hisense
Pegawai UEFA menyampaikan sijil penajaan Hisense

Mengulas tentang perjanjian itu, Guy-Laurent Epstein, Pengarah Pemasaran UEFA Events SA, berkata: "Kami teruja kerana dapat mengalu-alukan Hisense, salah satu jenama China yang paling pantas berkembang di Eropah dan Amerika, sebagai sebahagian daripada kumpulan rakan kongsi UEFA EURO 2016 kami. Kejohanan ini akan menawarkan platform terunggul kepada Hisense untuk meneruskan pertumbuhan antarabangsa mereka dengan tarikan global serta nilai jenama yang mantap. Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan mereka dalam perkongsian yang saling memberi faedah ini yang akan terus mempromosikan bola sepak Eropah yang terbaik kepada jutaan peminat di China."

Dengan hak penajaan ini, Hisense akan menganjurkan satu siri acara tontonan awam di samping UEFA EURO 2016 mulai Jun hingga Julai di seluruh Eropah, dan merancang mahu menjemput 100 orang peminat bola sepak China bagi meraikan Kejohanan itu di Perancis sebagai sebahagian daripada kempen itu.

Latar Belakang Hisense

Ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai sebuah kilang radio kecil di China, Hisense berkembang menjadi konglomerat global bernilai multibilion dolar dengan tenaga kerja seramai lebih 69,000 orang seluruh dunia. Syarikat itu merupakan peneraju dunia bagi TV panel rata, perkakasan rumah, dan peranti komunikasi mudah alih. Pada tahun 2015, Hisense berada pada kedudukan ke-3 dalam pasaran TV global; Hisense menjadi jenama sebutan ramai di China dan sebagai peneraju pasaran negara bagi TV panel rata selama dua belas tahun berturut-turut sejak tahun 2004.

Hisense mempunyai banyak anak syarikat dalam industri barangan elektronik pengguna, perkakasan rumah, komunikasi mudah alih, teknologi maklumat, dan harta tanah. Dengan 13 kemudahan pengeluaran dan 13 pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) seluruh dunia, syarikat-syarikatnya yang berada luar negara terletak di Amerika Utara, Eropah, Australia, Afrika, Timur Tengah dan Asia. Produk Hisense dijual di lebih 130 buah negara dengan hasil jualan mencecah USD 16 bilion pada tahun 2014. Selain itu, Hisense menjalin perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat global yang dipercayai, seperti IBM, Hitachi dan Whirlpool bagi tujuan pembangunan dan pemasaran pelbagai produk serta perkhidmatan.

Hubungi:

Jiang Shan
+86-532-8087-8024
jiangshan5@hisense.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160114/0861600414-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160114/0861600414-b

 

 

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Sporting Events Sports Television Licensing/marketing agreements