omniture

Pameran Dagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa (Shanghai) Siarkan Tarikan Susun Atur Dewan Pameran

International Building & Construction Trade Fair
2016-01-28 22:00 578

SHANGHAI, 28 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Bermula pada Mac ini, Pameran Dagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 ("CBD-IBCTF (Shanghai)") mengumumkan tema pameran tahun ini akan memberi tumpuan pada pintu dan tingkap serta fungsi-fungsi penyesuaian, yang akan dibahagikan kepada enam bahagian iaitu kelengkapan perabot kediaman tersuai, pintu dan tingkap, perkakasan, kediaman pintar, jentera serta hiasan dinding untuk menyediakan satu pilihan yang menyeluruh kepada industri bangunan dan perhiasan.

Bermula pada Mac ini, Pameran Dagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 ("CBD-IBCTF (Shanghai)") mengumumkan tema pameran tahun ini akan memberi tumpuan pada pintu dan tingkap serta fungsi-fungsi penyesuaian, yang akan dibahagikan kepada enam bahagian iaitu kelengkapan perabot kediaman tersuai, pintu dan tingkap, perkakasan, kediaman pintar, jentera serta hiasan dinding untuk menyediakan satu pilihan yang menyeluruh kepada industri bangunan dan perhiasan.
Bermula pada Mac ini, Pameran Dagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 ("CBD-IBCTF (Shanghai)") mengumumkan tema pameran tahun ini akan memberi tumpuan pada pintu dan tingkap serta fungsi-fungsi penyesuaian, yang akan dibahagikan kepada enam bahagian iaitu kelengkapan perabot kediaman tersuai, pintu dan tingkap, perkakasan, kediaman pintar, jentera serta hiasan dinding untuk menyediakan satu pilihan yang menyeluruh kepada industri bangunan dan perhiasan.

Bermula pada Mac ini, Pameran Dagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 juga dikenali sebagai CBD-IBCTF (Shanghai) mengumumkan tema pameran tahun ini akan memberi tumpuan pada pintu dan tingkap serta fungsi-fungsi penyesuaian, yang akan dibahagikan kepada enam bahagian iaitu kelengkapan perabot kediaman tersuai, pintu dan tingkap, perkakasan, kediaman pintar, jentera serta hiasan dinding

CBD-IBCTF (Shanghai) akan dibahagikan kepada tiga bahagian:

  • Produk pintu dan tinggap aloi aluminum akan dipamerkan di astaka pertama dan menghimpunkan jenama-jenama utama dari China seperti Paiya dan Phonpa.
  • Astaka kedua dikhaskan kepada produk perkakasan dan jentera yang akan mempamerkan produk industri paling komprehensif dalam sektor bangunan dan pembinaan. Sejumlah besar syarikat akan melancarkan produk baharu untuk tahun 2016. Pada pameran produk pintu besar dan tingkap dengan kawasan seluas 10,000 meter persegi, jenama-jenama terkenal bukan sahaja melibatkan pengeluar pintu kayu terkemuka Goldea, malah jenama-jenama Moresun, Xiying dan Longyong akan turut serta
  • Astaka ketiga adalah bahagian produk penyesuaian bercampur dan bersepadu istimewa yang bukan sahaja mempamerkan perabot seperti almari pakaian, kabinet dan juga almari, malah rekaan serta produk siling tergantung dan juga perhiasan dinding yang memperlihatkan hiasan mewah. Di kawasan pameran kediaman pintar, sebuah pemandu pintar yang membawa bakul baju akan dipamerkan di atas pentas

"Sebagai salah satu pameran bangunan dan perhiasan terkemuka, CBD-IBCTF (Shanghai) bergantung pada sumber daripada industri di Shanghai dan bandar-bandar di sekitar selain pengaruh antarabangsa dari seluruh kawasan untuk menarik pelawat dari seluruh dunia ke China. Kami akan memfokuskan pengoptimuman kualiti serta seluruh ciri-ciri penyesuaian rumah untuk mempamerkan produk, rekaan dan gaya baharu dalam industri perhiasan bangunan. Salah satu keunikan yang terdapat dalam pameran ini ialah 'pindah silang dan penyesuaian' yang akan memberikan satu penyelesiaan lengkap serta pengalaman membeli setempat untuk pengunjung," kata En. Li Deying, presiden CBD-IBCTF (Shanghai).

Latar Belakang CBD-IBCTF

Pameran Dagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 ("CBD-IBCTF (Shanghai)") akan berlangsung pada 23 Mac 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) sehingga 26 Mac.

Sebagai salah satu pameran perhiasan bangunan yang terbesar dan paling penting di China, CBD-IBCTF 2016 (Shanghai) akan menyediakan ruang pameran seluas 100,000 meter persegi dan mengumpulkan lebih 600 pempamer. Dijangkakan 40,000 orang pengunjung akan hadir ke pameran itu pada tahun 2016.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160122/0861600689

Source: International Building & Construction Trade Fair
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Trade show news