omniture

APC Group SA Tubuh Pejabat Baharu di Geneva untuk Pasaran Eropah, Afrika dan Amerika

APC Group SA
2016-02-10 22:15 860

GENEVA, 10 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- APC Group SA, sebahagian yang penting untuk Plantation Capital Group global dan sebuah syarikat pengurusan ladang lestari yang memenangi anugerah, dengan rasminya membuka Ibu Pejabat pengurusan baharu mereka pada bulan ini di Geneva, Switzerland. Sebagai hab ekonomi global utama, Geneva dikenal pasti sebagai lokasi yang ideal untuk menjalankan tindakan strategik dalam memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap pelbagai pilihan produk keluaran Asia Plantation Capital dan Kumpulan itu yang bertambah dalam pasaran Eropah.

Pejabat baharu APC Group SA di Geneva Switzerland, menghadap Tasik Geneva dan Jet d'Eau, mercu tanda bandar itu.
Pejabat baharu APC Group SA di Geneva Switzerland, menghadap Tasik Geneva dan Jet d'Eau, mercu tanda bandar itu.

Pejabat itu akan bertanggungjawab untuk memasarkan dan mengedarkan minyak Oud 100% tulen dan semula jadi, minyak pati, bakhoor (nama Arab bagi serpihan kayu yang direndam dalam minyak wangi), serpai kayu gaharu, setangi dan produk kayu-kayan yang lain seperti buluh, lantai kayu keras, papan binaan dan arang lestari di samping pelbagai produk mesra alam oleh Kumpulan tersebut daripada rakan syarikatnya iaitu Eco Tech Asia, Boo-Tex serta rakan kongsinya, iaitu pengeluar minyak wangi mewah nic dari Perancis, Fragrance Du Bois.

Serpai kayu gaharu daripada syarikat pengurusan ladang lestari yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital
Serpai kayu gaharu daripada syarikat pengurusan ladang lestari yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital

Sebagai sebahagian rancangan perkembangan Kumpulan itu yang lebih luas, pejabat tersebut juga akan berperanan sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran bebas untuk operasi global Kumpulan itu, termasuk Africa Plantation Capital dan America Plantation Capital, serta akan menempatkan pasukan pentadbiran korporat dan juga pasukan pematuhan.

Terletak di kawasan pusat komersial Geneva, Quai Gustave-Ador yang bersejarah, pejabat itu menghadap Tasik Geneva dan ikon bandar itu, Jet d'Eau. Geneva menjadi pangkalan kepada beberapa jenama termewah dan terkenal di dunia, selain daripada institusi kewangan, kerajaan dan alam sekitar.

Gary Crates, Ketua Pegawai Eksekutif, APC Group Europe, berkata, "Kami teruja untuk mula beroperasi di Geneva dan berasa yakin ibu pejabat kami di Switzerland ini akan menghubungkan Eropah, Amerika, Afrika dan Asia bagi mencungkil lebih banyak peluang untuk maju ke hadapan. Kami juga amat yakin Geneva adalah satu lokasi yang baik untuk mengukuhkan pasukan pemasaran kami yang memfokuskan terhadap pengedaran barisan produk lestari kami yang pelbagai. Ini termasuk APC 'Boo Bike', bagasi buluh, dan fabrik lestari revolusioner 'Boo-Tex' baharu, selain produk lantai jati dan kayu keras, minyak Oud kami yang 100% tulen dan semula jadi serta minyak pati lain. Geneva juga adalah lokasi yang strategik untuk kami kerana CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar) juga berpangkalan di sini. Semua produk Oud (Gaharu) kami diperakui dan diluluskan oleh badan ini yang menjadi amat penting untuk membenteras perdagangan haram dan kami juga berkongsi visi ke arah kelestarian dan kepentingan mengetahui sumber asalnya.

Salah satu produk mesra alam sekitar keluaran Asia Plantation Capital - APC 'Boo-Bike', dibina sepenuhnya daripada buluh dan bahan lestari yang lain
Salah satu produk mesra alam sekitar keluaran Asia Plantation Capital - APC 'Boo-Bike', dibina sepenuhnya daripada buluh dan bahan lestari yang lain

"Satu lagi faktor penentu," sambung beliau, "adalah adanya tenaga kerja berkemahiran serta reputasi Geneva yang cemerlang dalam bidang logistik, selain reputasi globalnya terhadap ketelusan dan kesaksamaan; memperlihatkan pendirian kami sebagai sebuah syarikat. Dengan pertambahan bilangan pelanggan di Eropah, ibu pejabat ini juga akan dikhaskan untuk memenuhi keperluan spesifik dalam pasaran Eropah, selain memberikan sokongan setempat serta pentadbiran kepada Asia Plantation Capital dan juga kumpulan pelanggan Plantation Capital Group yang terus berkembang di rantau ini."

"Kami berharap dapat menerima kunjungan daripada pelanggan sedia dan pelanggan prospek kami ke pejabat kami di Geneva," beliau menyimpulkan. "Pejabat baharu ini adalah lambang kepada pertumbuhan cemerlang kami sebagai sebuah organisasi, serta wawasan yang perlu kami sasarkan dengan lebih jauh pada masa akan datang."

Sekumpulan pelanggan dari Eropah mengikuti lawatan ke Asia Plantation Capital di Thailand
Sekumpulan pelanggan dari Eropah mengikuti lawatan ke Asia Plantation Capital di Thailand

Sejak beberapa bulan yang lalu, Asia Plantation Capital menerima lawatan daripada pemilik ladang yang berpangkalan di Eropah serta beberapa pengurus pelaburan dan dana yang paling berpengaruh di Eropah ke kemudahan kilang Asia Tenggara mereka di Thailand, Malaysia, dan Singapura. Bersama-sama pegawai tempatan dan pengurus bank peribadi, ramai tenaga penggerak dan pendorong dari Eropah telah mengaturkan serta menyajikan pengalaman 'Dari Tanah, kepada Minyak, kepada Anda'.

Plantation Capital Group yang lebih besar, melibatkan Africa Plantation Capital dan America Plantation Capital sedang bersiap sedia untuk mengumumkan beberapa projek dan pelaburan utama pada masa hadapan yang memfokuskan penghasilan produk biojisim lestari dan pembangunan produk baharu yang menarik di AS serta Afrika.

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002), Plantation Capital Group memiliki lebih 2,000 kakitangan di seluruh dunia, iaitu di Singaura, Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah. Dengan 126 ladang di seluruh dunia, syarikat itu turut membuka kilang pemprosesan kayu gaharu terbesar di Asia Tenggara, untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap kayu gaharu dan minyak Oud.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Charlotte Médigue
E-mel:
charlotte.medigue@apcgroup.ch
Tel: +41 22 707 7330

Latar Belakang Plantation Capital Group

Plantation Capital Group adalah syarikat pengendali dan pengurusan ladang lestari yang merangkul pelbagai anugerah dan menjalankan projek merentasi empat benua iaitu di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Vietnam, Amerika Utara, Afrika dan Eropah selain mempunyai lebih 2,000 orang kakitangan di serata dunia.

Dengan fokus kepada projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu vertikal yang menyatupadukan manfaat komersial, alam sekitar dan masyarakat, ia menjadi salah satu pengeluar minyak oud, kayu gaharu dan buluh terbesar hari ini -  terbukti dengan pembukaan kilang pemprosesan kayu gaharu terbesar di Asia Tenggara baru-baru ini serta pembukaan pejabat baharu di Geneva, Switzerland.

Kumpulan tersebut kini berkembang dengan projek-projek pelaburan khususnya di Afrika dan AS, selain usah perluasan yang berterusan dan mampan di Asia, dengan penyertaan 2 entiti baharu ke dalam Asia Plantation Capital iaitu Africa Plantation Capital di Kenya dan America Plantation Capital di AS.

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian nic mewah yang dilahirkan daripada kekayaan sari alam semula jadi, dihasilkan oleh pembuat wangian generasi kelima daripada tradisi Perancis Grasse pada abad ke-17. Semua wangian Du Bois dicipta menggunakan 100% minyak oud tulen yang organik serta bahan-bahan lain yang disumberkan secara lestari daripada ladang-ladang yang diuruskan oleh syarikat yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital.

Sejak awal tahun 2015, Fragrance Du Bois meluaskan penawaran produk mereka hasil daripada kerjasama dengan jenama-jenama wangian antarabangsa yang berkongsi nilai dan komitmen yang sama terhadap kualiti, dalam sektor pembuatan wangian mewah.

Melalui butik-butik utama di Singapura dan Malaysia, Fragrance Du Bois berharap untuk terus berkembang ke Eropah, dan ruang wangian sedia ada iaitu di Dubai, Hong King dan Thailand. Fragrance Du Bois mewujudkan hanya pengalaman terbaik dalam penghasilan wangian buatan khas, sambil mengekalkan etosnya, 'kemewahan peribadi dengan rasa prihatin'.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160126/8521600525-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160126/8521600525-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160126/8521600525-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160126/8521600525-d

Source: APC Group SA
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Paper/Forest Products/Containers Awards Corporate Expansion