omniture

Rohde & Schwarz Pertingkat Kepakaran Keselamatan Siber

Rohde & Schwarz
2016-02-11 21:20 286

MUNICH, 11 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Kumpulan elektronik menggabungkan anak syarikat IT dan rangkaian keselamatan di bawah satu entiti, Rohde & Schwarz Cybersecurity GmbH. Ammar Alkassar dan Reik Hesselbarth akan bertanggungjawab dalam memperluaskan aktiviti syarikat itu serta membangunkan portfolio syarikat yang komprehensif dengan penyelesaian teknikal yang canggih demi keperluan masa depan. Rohde & Schwarz Cybersecurity akan menggunakan konsep teknologi keselamatan melalui rekaan untuk memberikan perlindungan yang proaktif daripada serangan luar.

Rohde & Schwarz bergiat aktif dalam bidang keselamatan IT sejak 20 tahun. Pada tahun 2014 dan 2015, kumpulan itu menambah baik kepakaran mereka melalui pengambilalihan Adyton GmbH, gateprotect GmbH dan Sirrix AG. Anak syarikat mereka yang sudah lama ditubuhkan, ipoque GmbH dan Rohde & Schwarz SIT GmbH akan terus menyumbang dalam portfolio menerusi kepakaran dan penyelesaian mereka. Kumpulan elektronik yang berpangkalan di Munich itu akan memanfaatkan jenama Rohde & Schwarz Cybersecurity untuk memperkukuh kedudukan mereka sebagai penyedia perkhidmatan terbaik, berteknologi tinggi dari Jerman untuk Eropah. Kepakaran keselamatan siber sedia kumpulan itu akan ditambah baik dengan bantuan pihak luar.

Rohde & Schwarz Cybersecurity menawarkan pelbagai perkhidmatan keselamatan maklumat dan rangkaian berteknologi. Penyelesaian penyulitan yang sangat selamat, tembok api generasi baharu dan perisian untuk analisis rangkaian selain keselamatan pada titik akhir mampu melindungi perusahaan serta institusi awam di seluruh dunia daripada pengintipan dan juga serangan siber. Penyelesaian keselamatan IT yang pernah memenangi anugerah dan dibangunkan di Jerman itu terdiri daripada rangkaian produk yang padat dan menyeluruh hinggalah kepada penyelesaian tersuai untuk infrastruktur yang rumit. Pembangunan penyelesaian IT yang dipercayai memfokuskan konsep keselamatan melalui rekaan baharu yang berteknologi untuk menghalang serangan dari luar secara proaktif, bukan secara reaktif. Serangan seperti eksploitasi hari sifar (zero day), yang mengambil kesempatan terhadap kerentanan yang tidak boleh ditangani oleh alatan reaktif seperti perisian antivirus atau tembok api biasa, kian meningkat. Rohde & Schwarz Cybersecurity mampu memberikan penyelesaian keselamatan yang mengambil kira cabaran yang dihadapi dalam aplikasi IT canggih pada masa kini dan masa depan.

Kini secara dalam talian: http://www.cybersecurity.rohde-schwarz.com

Lawati Rohde & Schwarz Cybersecurity di CeBIT 2016 di Hannover serta Persidangan RSA 2016 di San Francisco:

  • CeBIT 2016, 14-18 Mac 2016, Hannover/Jerman, dewan 6, reruai G16.
  • Persidangan RSA 2016, 29 Februari - 04 Mac 2016, San Francisco/AS, German Pavilion, North Expo, #N4020.

Simone Kneifl, Telefon: +49-89-4129-16510, E-mel: press@rohde-schwarz.com

SUMBER  Rohde & Schwarz

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Trade show news