omniture

Nexen Tire Lantik Presiden Travis Kang sebagai KPE Baharu

- Presiden Kang menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu untuk Nexen Tire
- Meningkatkan jangkaan untuk pendekatan pelaburan yang pantas dan mendadak melalui kepimpinan baharu
Nexen Tire
2016-02-19 12:35 362

SEOUL, Korea Selatan, 19 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global terkemuka, mengumumkan Presiden Travis Kang, anak pengerusi Nexen Tire Byung-Joong Kang, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu semasa mesyuarat agung pemegang saham yang diadakan pada 17 Februari.

Nexen Tire Lantik Presiden Travis Kang sebagai KPE Baharu
Nexen Tire Lantik Presiden Travis Kang sebagai KPE Baharu

Keputusan syarikat itu untuk membawakan kepimpinan baharu kini meningkatkan harapan kepada syarikat itu. "Kami menjangkakan kepimpinan Presiden Kang yang mantap akan membantu kami mengambil pendekatan yang pantas dan mendadak dalam polisi perniagaan mengikut pelan jangka panjang agar dapat membuat pelaburan yang cepat serta berani untuk syarikat ini," kata Nexen Tire.

Selepas menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Yonsei dan menerima ijazah sarjana daripada Kolej Perniagaan Universiti Kebangsaan Seoul, Presiden Kang menyertai Nexen Tire pada Mac 2001. Sejak itu, beliau memegang pelbagai jawatan termasuklah sebagai Pengarah Urusan Pejabat Perancangan Perniagaan, Presiden Bahagian Jualan, serta Presiden Perancangan Strategik.

Sepanjang kerjaya beliau di Nexen Tire selama 15 tahun, beliau menjalin kerjasama yang erat dengan kakitangan beliau bagi memudahkan aktiviti jualan, terutamanya dalam pasaran tayar antarabangsa dan peralatan asal (OE), dan ini menyumbang kepada pengembangan perniagaan Nexen Tire. Beliau juga memimpin pelbagai aktiviti pemasaran sukan syarikat itu seperti penajaan Kelab Bola Sepak Manchester City pada tahun 2015 untuk mengukuhkan kuasa jenama Nexen Tire di peringkat global.

Sementara itu, Nexen Tire mengukuhkan kehadiran globalnya dengan memfokuskan pasaran Eropah. Pada Oktober 2015, syarikat itu memulakan pembinaan kilang pengeluaran tayar baharu di Republik Czech, yang akan menggunakan sistem pengautomatan yang paling canggih di samping teknologi mesra alam. Operasi komersialnya dirancang untuk dimulakan pada tahun 2018.

Latar Belakang Nexen Tire 

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang berkembang paling pesat di dunia, berurusan dengan 491 pengedar yang berada di 141 buah negara serata dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Sebuah lagi kilang di Zatec, Republik Czech, akan beroperasi menjelang tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat itu turut memfokuskan pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi canggih. Nexen Tire membekalkan tayar peralatan asal (OE) kepada pembuat kereta global di pelbagai negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat itu menggondol gelaran idaman sebagai pemegang 4 anugerah rekaan terbaik dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.nexentire.com.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160218/8521601017

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Personnel announcements