omniture

Cachet Hotel Group Umum Perkongsian dengan Qingdao Izunco Inn Investment Company Lancar SAVANT HOTEL, Jenama Gaya Hidup Pertengahan, di Wilayah Shandong

Penambahan terkini dalam portfolio hotel Cachet bakal menjadi jenama terbesar mereka
Cachet Hotel Group
2016-03-01 01:10 395

HONG KONG, 1 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Cachet Hotel Group hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian pembangunan yang eksklusif di Wilayah Shandong dengan Qingdao Izunco Inn Investment Company (Izunco), salah sebuah syarikat hartanah dan pengurusan hotel paling pantas berkembang di China. Objektif utama kerjasama itu adalah untuk melancarkan SAVANT Hotel by Cachet, jenama gaya hidup pertengahan, di Tanah Besar China. Pengenalan SAVANT Hotel by Cachet menandakan pencapaian penting dalam usaha perluasan CHG di seluruh China serta berjanji untuk melengkapkan portfolio geografi yang pelbagai dengan menembusi pasaran baharu dalam pasaran ekonomi kedua terbesar di dunia.

SAVANT Hotel
SAVANT Hotel

"Kita kini menyaksikan perubahan penting dalam landskap hartanah China kerana pihak pemaju kini berminat untuk membina hotel butik dan hotel kelas sederhana yang mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pelancongan domestik yang berkualiti lebih tinggi. Selain itu, peningkatan jumlah pelancong perniagaan dan pegawai kerajaan yang bijak namun mementingkan kos akan membawakan jumlah pengguna yang stabil untuk hotel gaya hidup pertengahan yang memfokuskan bandar tahap 2 dan tahap 3 di seluruh China," ulas Alexander Mirza, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CHG. "Kewujudan segmen gaya hidup kelas pertengahan ini bertujuan untuk menarik perbelanjaan daripada pelancong kelas pertengahan yang semakin bertambah, yang ingin menikmati rekaan moden pada harga yang berpatutan."

Segmen hotel pertengahan yang disasarkan ialah segmen hotel terbesar di China dengan jumlah perolehan bilik sebanyak AS$36.3 bilion pada tahun 2015 serta mencatatkan pertumbuhan terpantas dengan pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 12.5% sejak empat tahun lalu. Trend ini dijangka akan berterusan pada masa depan, dengan pertumbuhan paling ketara berlaku di bandar tahap 2 dan tahap 3.

Sebagai tambahan terkini dalam portfolio Cachet, SAVANT bersedia untuk menerima kunjungan pengembara yang mencari pengalaman yang lancar, unik dan intuitif. SAVANT akan menawarkan tetamu dengan ruang yang selesa dan berteknologi tinggi menerusi rekaan yang menarik pada harga yang berpatutan.

Bersandarkan legasi dan kepakaran CHG dalam kelestarian alam sekitar di China, SAVANT by CACHET bebas daripada karbon. Biliknya telah dipasang siap, modul dipasang di luar lokasi pembinaan dan dihantar lengkap bersama permaidani, lampu, malah pancuran air, untuk mengurangkan sumber pembinaan dan tenaga kerja melebihi 50%.

Hotel prototaip SAVANT akan mempunyai jumlah kawasan lantai secara kasar seluas 4,110 meter persegi yang dibahagikan kepada 105 bilik tetamu dengan purata kos sebilik sebanyak RMB 80,000 termasuk perabot dan perkakas tetap. Antara ciri-ciri menariknya ialah Platform Teknologi Mudah Alih (Mobile Technological Platform), bilik tetamu Brilliant Cabin dengan keluasan purata 24 meter persegi, sebuah Scholar Bar yang interaktif, lobi tingkat pertama yang luas dikenali sebagai The Habitat, gimnasium yang amat bertenaga iaitu Cardio Zone manakala Green Roofs pula menempatkan panel suria dan tumbuh-tumbuhan yang memberikan tenaga serta kecekapan bahan api untuk hotel itu sambil mengurangkan kos tenaga. 

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan CHG yang berdedikasi untuk menyediakan reka bentuk dan pengalaman tetamu yang terbaik," kata Zhang Yuyong, Pengerusi lembaga Qingdao Izunco Inn Investment Management Company Limited. "Matlamat kami adalah untuk membuka sekurang-kurangnya dua puluh buah SAVANT Hotel dalam tempoh tiga tahun akan datang di wilayah Shandong. Hasil gabungan pengetahuan kami yang mendalam tentang wilayah ini dengan pasukan pengurusan antarabangsa Cachet yang berpengalaman, kami yakin dapat menjadikan SAVANT sebagai jenama terkemuka dalam segmen hotel pertengahan di China."

CHG merancang untuk mengembangkan SAVANT menjadi portfolio yang terdiri daripada 200 buah hotel jagaan dan francais di seluruh bandar Tahap 1, Tahap 2, dan Tahap 3 di China. Hartanah tersebut akan berada dalam platform teknologi revolusioner Cachet World dan terletak di pelbagai bandar, lapangan terbang dan kawasan pinggir bandar termasuk hotel-hotel CHG yang dijenamakan bersama. www.cachethotelgroup.comwww.aizunke.com.

Reka Bentuk Dalaman
Reka Bentuk Dalaman

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160229/0861601605-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160229/0861601605-b

Source: Cachet Hotel Group
Keywords: Commercial Real Estate Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Real Estate Travel Corporate Expansion