omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) 2016 Tampilkan Lebih 3,800 Pempamer apabila Berlangsung pada 18 Mac

China International Furniture Fair
2016-03-15 15:03 682

GUANGZHOU, China, 15 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) yang terkemuka di dunia bakal diadakan di Kompleks Pameran Import dan Eksport China (Kompleks Pazhou) dan Ekpo Pusat Dagangan Dunia Poly (PWTC) pada 18 Mac serta bakal menampilkan lebih 3,800 pempamer dari lebih 30 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia, selain pengunjung dari 190 buah negara dan wilayah.

CIFF 2016 will open at China Import and Export Fair Complex (Pazhou Complex) and Poly World Trade Centre Expo (PWTC) on March 18 and feature more than 3,800 exhibitors from over 30 countries and regions worldwide
CIFF 2016 will open at China Import and Export Fair Complex (Pazhou Complex) and Poly World Trade Centre Expo (PWTC) on March 18 and feature more than 3,800 exhibitors from over 30 countries and regions worldwide

CIFF 2016 akan diadakan di Kompleks Pameran Import dan Eksport China (Kompleks Pazhou) dan Ekpo Pusat Dagangan Dunia Poly (PWTC) pada 18 Mac dan menampilkan lebih 3,800 pempamer dari lebih 30 buah negara dan wilayah dari seluruh dunia

Kini dalam tahun ke-19nya, CIFF (Guangzhou) 2016 mempertingkatkan pameran tersebut dengan menawarkan ruang pameran seluas 750,000 meter persegi untuk menempatkan syarikat yang mengambil bahagian sepanjang dua fasa pameran itu, dengan fasa pertama khusus untuk perabot rumah bermula pada 18 hingga 21 Mac, manakala fasa kedua pula khusus untuk perabot pejabat bermula pada 28 hingga 31 Mac.

Pameran sehenti ini yang merangkumkan semua lapangan daripada industri perabot akan menampilkan dewan bertema, bermula dengan perabot rumah, hiasan rumah dan perkakas rumah, kepada tekstil rumah, kawasan luar rumah dan santai. Ia juga adalah satu-satunya platform dengan fokus khusus pada perabot luar rumah dan gaya hidup luar.

Selain sektor perabot vintaj terbesar di China, CIFF (Guangzhou) memfokuskan trend, teknologi dan produk dengan reka bentuk semasa, selain mempamerkan produk dan juga perkhidmatan terkini di Dewan Reka Bentuk Inovatif dan Astaka Perabot Tempahan Khas.

Satu lagi sektor yang dinanti-nantikan di CIFF (Guangzhou) 2016 ialah penyelesaian kediaman pintar yang mempamerkan sistem automasi kediaman terkini dan teknologi tercanggih.

Syarikat terkemuka daripada industri kediaman pintar termasuk Manwah, Somnopro dan Eon Living akan membuka reruai di pameran itu bagi mempamer produk terkini seperti tilam pintar yang dapat mengesan keadaan tidur serta sofa yang dilengkapi dengan fungsi membaca dan pengecasan tanpa wayar.

"Semakin matang teknologi, kediaman pintar dengan produk termaju dan andal kini menjadi lebih mampu milik," kata seorang jurucakap CIFF. "Kini, orang ramai bukan sekadar dapat mengamalkan gaya hidup yang ringkas dan pintar, malah dapat menikmati pengalaman serba baharu yang menggabungkan hiburan rumah, kawalan pintar dan sistem perlindungan yang bijak."

Sebuah platform antarabangsa untuk industri perabot yang kian berkembang, Dewan Perabot Antarabangsa akan menjadi yang terbesar dalam sejarah dengan ruang pameran seluas 30,000 meter persegi bagi mempamerkan gaya reka bentuk perabot yang berbeza oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang ternama.

Jawatankuasa berkenaan menambah, "Sebagai sebuah platform profesional yang menawarkan peluang yang amat besar untuk pempamer dan pembeli, CIFF (Guangzhou) semakin berkembang setiap tahun. Fokus kami untuk memadankan permintaan pasaran ialah faktor yang menjadikan pameran tersebut pilihan utama dalam kalangan syarikat perabot di seluruh dunia."

Latar Belakang CIFF

Sebagai pameran perabot pertama dan terbesar di China, CIFF kali ke-37 akan dianjurkan oleh Persatuan Perabot Kebangsaan China, Pusat Dagangan Asing China (Kumpulan), Persatuan Perabot Guangdong, Persatuan Dagangan Perabot & Hiasan Hong Kong serta akan dihoskan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp.

CIFF Guangzhou bertempat di Daerah Haizhu dengan akses mudah ke rangkaian pengangkutan tempatan. Pameran tersebut terletak dalam jarak 40 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Baiyun Guangzhou yang menyediakan bas ulang-alik percuma. Pengunjung juga boleh menaiki Metro Line 8 untuk ke Stesen Metro Pazhou atau Stesen Xingangdong.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.ciff-gz.com/.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160314/0861602035

Source: China International Furniture Fair
Related Links:
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news