omniture

Khidmat Butler Sebenar di Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island

Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
2016-03-29 10:02 568

BEIJING, 29 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island sedang menjalankan latihan khidmat butler yang sebenar selama sembilan hari mulai 21 Mac hingga 29 Mac. Tiga jurulatih butler profesional dari Heilbron Hospitality South Africa sedang menjalankan kursus latihan tersuai khusus untuk sepuluh kakitangan terpilih dari destinasi itu. Sehubungan dengan itu, Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island bakal melancarkan Khidmat Butler Mewah sendiri bagi pelanggan istimewanya. Kami berbangga dapat menjadi hotel pertama di China yang menawarkan perkhidmatan ini.

Khidmat Butler Sebenar di Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
Khidmat Butler Sebenar di Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island

Semasa tempoh ini, tiga profesor yang berprestij itu akan mendidik, mempersiapkan, dan melatih kakitangan kami yang berdedikasi dan memastikan mereka akan menjadi profesional dalam "Seni Khidmat Sebenar". Untuk menjadi seorang butler sebenar, mereka perlu menjadi halimunan dan bijaksana. Ia kedengaran mudah tetapi ia memerlukan usaha mental dan fizikal yang sangat tinggi.

Khidmat Butler Sebenar di Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
Khidmat Butler Sebenar di Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island

 

Khidmat Butler Sebenar di Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
Khidmat Butler Sebenar di Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island

"Sebagai jenama hotel mewah tertua di Eropah, kami komited untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan para tetamu kami - diilhamkan gaya Eropah yang penuh kehalusan. Kami percaya hidup perlu dijalani dengan penuh bergaya," kata Brice Pean, Pengurus Besar Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island.

"Ini merupakan kali pertama kami menyediakan latihan perkhidmatan butler yang spesifik bagi sebuah hotel di tanah besar China. Kami teruja dapat membawakan khidmat butler yang sebenar ke China," kata Marc van Bergen, pengasas dan Pengarah Urusan Heilbron Hospitality, yang mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam kerjaya butler ini. Beliau merupakan Pengarah dan Jurulatih Butler Kanan di Akademi Butler Antarabangsa. Sebagai Jurulatih Butler yang berkelayakan, beliau memberi latihan di seluruh dunia. Beliau akan mengetuai latihan para butler Kempinski.

Jurulatih lain ialah:

Stewart Kaplan, seorang Jurulatih Keprihatinan diperakui dari Centre of Mindfulness di Amsterdam, merupakan pengasas bersama Heilbron Hospitality dan mempunyai pengalaman selama lebih 17 tahun dalam khidmat pelanggan dan hubungan pengunjung hotel. Kerjaya beliau dalam industri perhotelan sama hebat dalam Kesejahteraan, Keprihatinan, Terapi Tubuh, dan Haptonomi.

Rika Doyle ialah salah seorang jurulatih kanan di Heilbron Hospitality. Kerjaya beliau  melebihi 25 tahun, di mana kemampuan dan kemahiran beliau dalam sains tingkahlaku serta kemahiran insani telah dibentuk dan diasah sehingga ke paras masa kini. Pada tahun 2001 beliau dilantik sebagai wanita pertama di Afrika yang menjadi perunding sains tingkahlaku.

Bagi tetamu suite, Butler Kempinski akan menyediakan khidmat penuh mewah dan keselesaan terunggul, menjangkakan dan memenuhi setiap keperluan dan keinginan tetamu.

Hubungan Media:

Linda Wu
Pengarah Pemasaran & Komunikasi
Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
Yanqi Lake, Daerah Huairou, Beijing, China
Telefon: +86-10-6961-8888 (Samb. 3600)
E-mel: linda.wu@kempinski.com 

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160328/0861602640-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160328/0861602640-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160328/0861602640-c

Source: Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Licensing/marketing agreements New products/services