omniture

Asia Plantation Capital Berhad Dengan Bangganya Menyokong Persidangan Kewangan Islam 2016

Asia Plantation Capital Berhad
2016-03-29 11:52 495

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Mac 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu syarikat pemilik produk yang mendapat status patuh syariah awal tahun ini daripada IBFIM (sebelum ini dikenali sebagai Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia), Asia Plantation Capital Berhad kini berbangga menjadi salah satu penyokong Persidangan Kewangan Islam 2016 yang berlangsung hari ini.

Sesi Persidangan Kewangan Islam di Mahkota 3 Ballroom, Istana Hotel, Kuala Lumpur.
Sesi Persidangan Kewangan Islam di Mahkota 3 Ballroom, Istana Hotel, Kuala Lumpur.

Dianjurkan bersama oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan IBFIM, persidangan tahun ini yang diadakan selama sehari ini membawakan tema "Perbankan Masa Hadapan dalam Era Kemajuan Teknologi". Ia dirangka bagi mengukuhkan kecekapan pengurusan kanan serta profesional dalam industri kewangan Islam, dengan matlamat untuk memberi maklumat berguna tentang isu praktikal dan penyelesaian dalam memajukan kewangan Islam.

Perbincangan hari ini meliputi topik seperti "Mentakrifkan Semula Model Perniagaan: Apakah Perubahan yang Diperlukan Untuk Berjaya dalam Pasaran yang Kompetitif?, "Akaun Pelaburan Sebagai Tawaran Produk Baharu kepada Pelanggan", "Impak Teknologi Kewangan (Fintech) ke atas Kewangan Islam", "Instrumen Kewangan MFRS 9 – Impak dan Cabaran untuk Institusi Kewangan Islam", "Pengumpulan Modal: Strategi Pendanaan Korporat dalam Persekitaran Ekonomi Semasa", dan "Pembangunan Bakat Insan dan Syariah untuk Industri Kewangan Islam"'.

Semua isu kontemporari penting ini telah dibincangkan pakar terkemuka dalam industri kewangan Islam, seperti Badlisyah Abdul Ghani (Presiden pengasas Institut Profesional Kewangan Islam Berkanun), Profesor Dr Mohamed Akram Laldin (Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah dalam Kewangan Islam), Profesor Datuk Dr Syed Othman Alhabshi (Timbalan Pengarah Akademik Pusat Antarabangsa untuk Pendidikan dalam Kewangan Islam, INCEIF), dan Profesor Madya Dr Aznan Hasan (ahli Majlis Khidmat Nasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia), antara lainnya.

"Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kewangan Islam mendapat pengiktirafan seluruh dunia," kata Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Asia Pasifik, "dan nampaknya sifatnya yang beretika dan bertanggungjawab daripada segi sosial turut menarik orang bukan Islam juga. Kami di Asia Plantation Capital, sangat gembira dapat memenuhi permintaan dalam pasaran pelaburan Islam dengan produk kami yang mendapat perakuan IBFIM untuk status pematuhan Syariah pada bulan Februari tahun lepas. Perakuan IBFIM untuk produk Asia Plantation Capital telah memberikan pelabur Malaysia dan Timur Tengah kami keyakinan dan jaminan yang mereka sedang melabur dalam produk Islamik yang kukuh dan bertanggungjawab daripada segi sosial yang mematuhi kepercayaan agama mereka sepenuhnya. Oleh itu kami sangat berbangga," kata beliau sebagai mengakhiri kata, "dapat berada di sini bagi menyokong Persidangan Kewangan Islam 2016 sebagai Penaja Emas, dan dapat mempamerkan produk kami."

Walaupun beroperasi secara persendirian sejak 2002, Plantation Capital secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2008 di UK, sebelum diperbadankan menjadi Asia Plantation Capital di Sri Lanka pada 2009, diikuti dengan Thailand, Hong Kong, Singapura, dan Malaysia. Dengan tenaga kerja seramai lebih 2,000 orang dan 126 ladang seluruh dunia, syarikat itu merancang untuk memperluas lagi dalam produk perhutanan lain seperti buluh dan kayu jati dalam masa terdekat.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Zaahira Muhammad
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran Kanan
E-mel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +60 122 035 344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Telefon Bimbit: +65 9144 0933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia, membangunkan ladang dan kilang baharu bagi pengeluaran kayu gaharu dan produk berkaitan lain untuk pasaran eksport antarabangsa. Syarikat itu sedang mengukuhkan lagi kehadirannya di Malaysia dengan memindahkan ibu pejabatnya ke pusat bandar Kuala Lumpur, setahun selepas membuka kilang penyulingan dan pemprosesan kayu gaharu terbesar di Asia Tenggara di Johor Bahru, Malaysia.

Asia Plantation Capital Group merupakan syarikat pengurusan dan pengendali ladang lestari yang memenangi banyak anugerah, dengan projek merentasi empat benua, dan tenaga kerja global melebihi 2,000 orang. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Khidmat Nasihat Saintifiknya terdiri daripada ilmuwan terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland, dan Emiriah Arab Bersatu), yang masing-masing telah membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem peneraju industri.

Dengan fokus terhadap projek perladangan komersil serta perniagaan tersepadu secara menegak yang menawarkan kombinasi faedah komersil, alam sekitar, dan masyarakat, Asia Plantation Capital telah mencipta syarikat dengan tanggungjawab kewangan, alam dan sosial yang berjaya dan dinamik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160324/8521601968

SUMBER: Asia Plantation Capital Berhad

Source: Asia Plantation Capital Berhad
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Environmental Products & Services Trade show news