omniture

Syarikat Titik Jualan Mudah Alih Berpangkalan di Singapura, SoftPay Mobile, Bersedia untuk Pertumbuhan Pesat dengan Pengambilalihan Syarikat mPOS Vietnam

SoftPay
2016-04-20 09:00 455

SINGAPURA, 20 April 2016 /PRNewswire/ -- SoftPay Mobile International, sebuah syarikat Titik Jualan mudah alih (mPOS) berpangkalan di Singapura, telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk memperoleh Vietnam MPOS Technology JSC, syarikat mPOS terkemuka yang beroperasi di Vietnam. Di bawah terma Perjanjian ini, SoftPay Mobile akan menjadi pemegang saham majoriti syarikat Vietnam ini. Selain itu, ia akan membolehkan SoftPay Mobile merealisasikan wawasannya untuk menjadi syarikat Fasilitator Pembayaran mPOS utama di Asia Tenggara.

cara mPOS SoftPay digunakan dalam kumpulan teksi terbesar Vietnam
cara mPOS SoftPay digunakan dalam kumpulan teksi terbesar Vietnam

Pelanggan Vietnam MPOS Technology JSC termasuk Mai Linh Taxi Group, salah satu kumpulan teksi yang terbesar di Vietnam, serta syarikat-syarikat insurans. Lazada Vietnam, kumpulan e-dagang terbesar di negara itu, juga merupakan pelanggannya.

SoftPay Mobile ialah syarikat mPOS bersandarkan usaha niaga dengan operasi di Vietnam, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Sejak penubuhannya pada akhir 2014, SoftPay Mobile telah berkembang pesat di Asia Tenggara.

Para pelabur termasuk dana teknologi kewangan berpangkalan di Singapura, Life.SREDA.

Vietnam adalah salah satu negara yang ekonominya paling pesat berkembang di rantau ini dengan pelaburan asing yang melambung berbanding tahun sebelumnya.

mPos, sebagai satu teknologi, telah terbukti sangat popular di Asia Tenggara dengan majoriti besar mereka yang tinggal di kawasan luar bandar tidak mempunyai akses kepada infrastruktur perbankan tradisional. Dengan kemajuan teknologi mudah alih, terima kasih kepada telefon pintar murah dan kos data yang lebih rendah, peranti mPos seperti terminal mudah alih SoftPay dapat mengambil peluang daripada peranti-peranti ini untuk menyediakan peniaga di mana-mana sahaja dengan suit penuh pilihan untuk menerima pembayaran.

"Kami telah mengkaji syarikat ini selama beberapa bulan. Kami mendapati syarikat ini sangat sesuai dengan SoftPay Mobile. Syarikat ini terdiri daripada pasukan yang sangat baik dengan banyak pelanggan yang menggunakan mPOS. Dengan pelaburan ini, SoftPay Mobile akan dapat bekerjasama erat dengan syarikat MPOS Vietnam kami yang baharu untuk mengukuhkan lagi kedudukan pasaran kami sebagai syarikat MPOS terkemuka di Asia Tenggara," kata Christopher Low, Ketua Pegawai Eksekutif SoftPay Mobile.


HUBUNGI:
chris@softpay.mobi
Telefon:+65-98165187

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160322/8521601887

Source: SoftPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Acquisitions, mergers, takeovers