omniture

Pengubahsuaian VR Pengguna dan Kediaman Pintar Menjadi Tumpuan di Pameran Perabot Antarabangsa China

China International Furniture Fair
2016-04-28 23:38 556

GUANGZHOU, China, 28 April 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) kali ke-37 melabuhkan tirai dengan jayanya pada bulan Mac dengan pencapaian terbaik menerusi jumlah pempamer sebanyak 3,868 dan pengunjung seramai 168,881 orang sepanjang acara yang berlangsung selama 8 hari itu.

Di CIFF (Guangzhou) 2016, Landbond melancarkan "bilik persalinan" untuk perabot yang membolehkan pengguna "mencuba" perabot tersebut dalam kediaman mereka sendiri menggunakan set kepada VR.
Di CIFF (Guangzhou) 2016, Landbond melancarkan "bilik persalinan" untuk perabot yang membolehkan pengguna "mencuba" perabot tersebut dalam kediaman mereka sendiri menggunakan set kepada VR.

CIFF 2016 (Guangzhou) diadakan di Kompleks Pameran Import dan Eksport China dan Ekspo Pusat Dagangan Dunia Poly menerusi tema "pintar dan pengubahsuaian" mempamerkan produk dan reka bentuk terkini yang dibawakan oleh jenama-jenama perabot yang terkenal di peringkat antarabangsa, iaitu dari China, A.S., Singapura, Itali dan banyak lagi.

Memandangkan realiti maya semakin mendapat tempat dalam pasaran pengguna, syarikat-syarikat perabot berusaha dengan aktif bagi mencari kaedah untuk menggabungkan teknologi VR bagi membina kediaman impian masa depan. Landbond mengadakan sidang akhbar dan memperkenalkan sistem pengalaman VRHome pertama, iaitu "bilik persalinan" perabot yang membolehkan pelanggan menggunakan set kepala VR bagi "mencuba" perabot tersebut dalam kediaman mereka sendiri sebelum membeli.

Selain kediaman pintar dan produk-produk pejabat seperti perabot ruang tamu diintegrasikan dengan fungsi audio & visual semua dalam satu, tilam pintar yang boleh merekod dan menjejak pola tidur, dan juga meja pejabat elektronik dengan fungsi penyelarasan ketinggian, model-model baharu dengan teknologi seperti lengan robot, pencetakan 3D, cat semburan secara automatik dan kawalan sensor pintar turut dipamerkan kepada orang awam.

Paul Dotta, naib presiden kanan bahagian perniagaan China di Ashley Furniture China, menyatakan setiap tahun CIFF (Guangzhou) membantu syarikatnya mewujudkan hubungan kerjasama yang baik. 

"CIFF tahun ini menawarkan persembahan pameran dan peluang promosi yang lebih baik untuk jenama kami," kata Dotta. "Kami menerima banyak maklum balas dan galakan daripada pelanggan kami serta memperoleh sejumlah besar bakal rakan kongsi, yang amat penting dalam mengekalkan kadar pertumbuhan perniagaan."

CIFF (Guangzhou) kali ke-37 bukan sekadar mempamerkan beratus-ratus jenama dan syarikat yang terkenal di peringkat antarabangsa, bahkan turut mengadakan forum dan pameran kesenian bagi mewujudkan kerjasama jangka panjang.

Tom Conley, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif High Point Market Authority, mengumumkan pada majlis perasmian pameran tersebut pada 18 Mac, High Point akan menjalin kerjasama strategik dengan CIFF. Artis Sepanyol Cristobal Gabarron turut mempamerkan sembilan hasil seni beliau daripada pameran arcanya yang terkenal, "The Mysteries of Columbus" ke CIFF Sepanyol bertema Festival Gaya Hidup Taman Global Pertama.

CIFF (Shanghai) bakal menyusul tidak lama lagi dan mengumumkan CIFF (Shanghai) kali ke-38 akan berlangsung selama empat hari bermula pada 7 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai dengan kawasan pameran seluas 400,000m2. Acara tersebut kini mendapat sokongan pusat komersial yang beroperasi sepenuhnya dengan perkhidmatan yang lebih bermutu berserta kumpulan pameran dari negara-negara termasuk Itali, Jepun, Turki dan Korea Selatan yang bakal mengadakan pameran.

Latar Belakang CIFF

Dimulakan pada tahun 1998, Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) berlangsung dua kali setahun iaitu di Guangzhou (Mac) dan Shanghai (September). Menerusi pengalaman kejayaan dalam 37 sesi yang diadakan sebelum ini, CIFF diterima baik sebagai Kayu Ukur Industri Perabot China, Sumber Perolehan Perabot Asia dan Platform No.1 yang Bertaraf Dunia.

Paul Dotta, naib presiden kanan bahagian perniagaan China di Ashley Furniture China, berkata setiap tahun CIFF (Guangzhou) membantu syarikatnya mewujudkan hubungan kerjasama yang baik.
Paul Dotta, naib presiden kanan bahagian perniagaan China di Ashley Furniture China, berkata setiap tahun CIFF (Guangzhou) membantu syarikatnya mewujudkan hubungan kerjasama yang baik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160427/0861603878-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160427/0861603878-b

Source: China International Furniture Fair
Keywords: Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news