omniture

The Parisian Macao Bakal Membawakan Keanggunan, Keindahan dan Romantisme Paris ke Macau

The Parisian Macao
2016-05-03 14:59 687

MACAU, 3 Mei, 2016 /PRNewswire/ -- The Parisian Macao, ibarat permata mahkota visi En. Sheldon G. Adelson untuk Cotai Strip di Macau bakal dibuka pada pertengahan September 2016. Hotel dan resort yang memiliki kira-kira 3,00 buah bilik tetamu dan bilik mewah yang mengagumkan akan memberikan dimensi baharu kepada Sands® Resorts Cotai Strip Macao apabila ia menonjolkan keajaiban, kekaguman dan kegemilangan "Bandar Cahaya" yang terkenal itu ke Macau.

The Parisian Macao, mahkota bagi Sands China, membawa keajaiban dan kekaguman "Bandar Cahaya" yang terkenal ke Macau.
The Parisian Macao, mahkota bagi Sands China, membawa keajaiban dan kekaguman "Bandar Cahaya" yang terkenal ke Macau.

Sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan berjuta-juta pengunjung setiap tahun dari serata dunia, Paris sememangnya terkenal sebagai bandar paling romantis di dunia. Kini, para pengunjung ke Macau juga akan dapat menikmati ciptaan semula yang sebenar bandar paling menarik dan indah apabila mereka berkunjung ke The Parisian Macao.

Tanggapan pertama adalah penting dan pengunjung ke Cotai Strip akan terpesona dengan penciptaan semula menakjubkan separuh skala Menara Eiffel yang berdiri megah di pintu masuk hotel. Menara asal di Paris memberi inspirasi kepada generasi penulis, artis, sang romantis dan sang pencinta untuk mencapai impian mereka; pengunjung ke Macau juga bakal memperoleh hasil inspirasi yang serupa daripada Menara Eiffel di The Parisian Macao. Dengan dek tinjau yang disediakan bagi memberikan pemandangan tanah besar China, serta pemandangan indah Cotai Strip yang mengagumkan, menara tersebut bakal menyediakan restoran gourmet yang menawarkan tradisi gabungan masakan yang unik antara Timur dan Barat. Menara Eiffel bakal menjadi mercu tanda yang wajib dikunjungi di Macau.

Melangkaui Menara Eiffel dan bahagian hadapan The Parisian Macao yang indah, para pengunjung dapat merasai 'joie de vivre' yang amat hebat, bak kata hikmah Perancis. Perasaan "kegirangan menikmati kehidupan" ini ialah sifat klasik Perancis yang boleh dirasai oleh semua pengunjung apabila mereka mengunjungi The Parisian Macao.

Dengan menawarkan semua yang diharapkan daripada resort Sands China dan banyak lagi, The Parisian Macao akan menyediakan kemudahan bersepadu yang serba lengkap termasuk kira-kira 3,000 bilik tetamu dan bilik mewah, dengan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada seluruh bilik tersebut akan memiliki pemandangan Menara Eiffel yang mengagumkan. Selain itu, Shoppes at Parisian akan menjadi sebuah pusat membeli belah yang tiada tolok bandingan serta bakal menghimpunkan lebih 150 butik pereka fesyen mewah, busana serta jenama gaya hidup yang terkini, kesemuanya bakal ditempatkan di lokasi yang indah, mirip Champs Elysees yang terkenal di Paris. Para pengunjung dan pelawat juga dapat menikmati hiburan yang disediakan setiap hari, bermula dengan watak Streetmosphere bertema Perancis termasuk gabungan eklektik antara artis jalanan, pelakon mimos dan juga penghibur jalanan. Untuk bersantai, turut disediakan taman rasmi, air pancut, pagar sesat, kolam reflektif, karusel, arked dan bistro, semuanya mengingatkan kepada Bandar Cahaya

Paris juga terkenal dengan makanannya yang luar biasa. The Parisian Macao akan mengikut jejak Paris dengan menyediakan pelbagai pilihan untuk menjamu selera yang hebat untuk dipilih oleh para tetamu, termasuk restoran terkenal gaya Pan-Asia hotel tersebut, Le Chine, yang akan ditempatkan di dalam Menara Eiffel itu sendiri. 

The Parisian Macao juga menyediakan ruang mesyuarat yang menakjubkan (lebih 5,200 kaki persegi) termasuk Dewan Tari Menari Paris seluas 3,400 kaki persegi yang akan menjadi latar belakang yang indah untuk majlis perkahwinan dan mesyuarat yang penuh bersemangat. Tujuh ruang mesyuarat lain juga sesuai untuk diadakan pelbagai acara, bermula dengan mesyuarat lembaga hingga acara korporat berskala besar-besaran. 

Selain itu, para tetamu juga dapat menikmati spa yang bertaraf dunia -- Le SPA'tique; kelab kanak-kanak, kelab kesihatan dan peralatan gimnasium terkini serta kolam di luar berserta taman air bertema.

Elemen hiburan ialah kepakaran Sands China Ltd dan di The Parisian Macao, para tetamu dan pengunjung akan dapat menikmati persembahan teater dan hiburan bertaraf dunia di Teater Paris yang dibina khas serta dapat memuatkan sehingga 1,200 orang tetamu.

Persekitaran yang unik serta seni bina The Parisian Macao pastinya memberi inspirasi buat sesiapa sahaja yang mengunjungi resort tersebut dan bakal menjadi latar belakang yang ideal untuk jurugambar dan swafoto. Hiasan yang romantis dan sentuhan yang indah juga akan turut memberikan inspirasi yang sempurna buat pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan yang benar-benar mengagumkan. 

Satu lagi ciri unik The Parisian Macao ialah laluan pejalan kaki yang dihubungkan dengan The Venetian Macao serta Shoppes at Four Seasons yang membolehkan para tetamu dan pengunjung menikmati pengalaman Sands Resorts Cotai Strip yang sepenuhnya.

The Parisian Macao bakal bertapak di Macau dan ia pastinya menjanjikan tres magnifique

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang The Parisian Macao, sila lawati www.ParisianMacao.com.  

Bagi melihat gambar beresolusi tinggi, sila akses salah satu pautan berikut:

Melalui pelayar web: https://we.tl/pT2esdnc1E

Latar Belakang The Parisian Macao  

Bakal dibuka pada enam bulan terakhir 2016, The Parisian Macao ialah pusat peranginan bersepadu hasil inspirasi keajaiban dan kehebatan "Bandar Cahaya" yang terkenal. Menampilkan bangunan sofistikated yang menyerupai Menara Eiffel dengan separuh ketinggiannya, The Parisian Macao menawarkan kira-kira 3,000 bilik tetamu dan bilik mewah serta kemudahan resort integrasi yang serba lengkap, termasuk ruang mesyuarat, restoran, spa, kelab kanak-kanak, kelab kesihatan, dek kolam renang dan teater yang dilengkapi 1,200 tempat duduk. Pusat membeli belah Shoppes at Parisian seluas 300,000 kaki persegi menawarkan fesyen dan busana terkini dalam gaya persekitaran yang mirip jalan-jalan di Paris dengan gabungan eklektik antara artis jalanan, pelakon mimos dan penghibur jalanan yang dapat meningkatkan pengalaman sebenar. Para pengunjung dapat bersantai di taman rasmi, air pancut, pagar sesat dan kolam reflektif serta menikmati karusel, arked dan juga bistro.  

Sebarang maklumat lanjut, sila layari ParisianMacao.com.

Latar Belakang Sands ® Resorts Cotai Strip Macao – Bandar Peranginan Bersepadu Sands China

Sands China Ltd. ialah pemaju, pemilik dan pengendali utama pusat peranginan bersepadu di Macau. Sesuai dengan namanya, Sands Resorts Cotai Strip Macao terletak di kawasan tebus guna antara pulau Coloane dan Taipa, merupakan sebuah destinasi yang menyediakan pelbagai pengalaman yang mengagumkan di tengah-tengah Cotai. Sands Resorts Cotai Strip Macao telah berubah daripada sebuah pasar dengan masa perjalanan selama satu hari, kepada sebuah bandar peranginan bersepadu serta hab antarabangsa untuk pelawat perniagaan dan percutian.

Meriah dengan kehidupan pada waktu malam dan siang, Sands Resorts Cotai Strip Macao menyediakan banyak tawaran kemewahan mampu milik yang tersedia hanya di Macau.  Dengan pembukaan The Parisian Macao, bandar ini bakal mempunyai hampir 13,000 bilik hotel dan bilik mewah, hiburan secara langsung oleh bintang antarabangsa, lokasi membeli belah bebas cukai dengan lebih 800 peniaga yang menawarkan pelbagai jenama yang tiada tandingan, 2 juta kaki persegi (186,000 meter persegi) ruang mesyuarat dan pameran untuk persidangan dan pameran utama di Asia, penyediaan pengangkutan, selain lebih 125 pilihan tempat menjamu selera, termasuk restoran, bar dan juga ruang istirehat berbintang Michelin. Sands Resorts Cotai Strip Macao, sebuah destinasi wajib yang dapat menghadiahi setiap pengunjungnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan keriangan yang tiada tandingan.

Menempatkan The Venetian® Macao; The Plaza™ Macao, menampilkan Four Seasons Hotel Macao; dan Sands® Cotai Central, menampilkan hotel Conrad, Sheraton, dan St. Regis yang terbesar di dunia, selain Holiday Inn. Sands Resorts Cotai Strip Macao, destinasi utama Asia yang kini dalam jangkauan. Bakal diperkenalkan pada tahun 2016, mahkota kebanggaan visi Sheldon G. Adelson untuk Cotai Strip - The Parisian Macao.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://en.sandsresortsmacao.com

Maklumat perhubungan media:

Bahagian Perhubungan Awam, Venetian Macau Limited
Donna Campbell
Tel: +853-8118-2041      
E-mel: donna.campbell@sands.com.mo

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160425/8521602652

Source: The Parisian Macao
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Retail Travel Feature News Releases New products/services