omniture

Pendidikan Eksekutif ACEM Raih Kedudukan 10 Terbaik di Dunia

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2016-05-26 19:45 425

SHANGHAI, 26 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Antai College of Economics and Management (ACEM) telah mencapai kejayaan baharu menerusi penarafan oleh Financial Times (FT) bagi program pendidikan eksekutif yang disuaikan 2016, dengan menduduki kedudukan ke-9, mendaki enam anak tangga berbanding tahun lalu, dan terus meraih kedudukan tertinggi di Asia selain mencapai kedudukan 10 terbaik global buat pertama kalinya.

Antai College of Economics and Management (ACEM) telah mencapai kejayaan baharu menerusi penarafan oleh Financial Times (FT) bagi program pendidikan eksekutif yang disuaikan 2016
Antai College of Economics and Management (ACEM) telah mencapai kejayaan baharu menerusi penarafan oleh Financial Times (FT) bagi program pendidikan eksekutif yang disuaikan 2016

 

Penarafan FT terkenal di seluruh dunia dengan kriteria yang ketat dan standard yang tinggi. Penarafan bagi tahun 2016 menyenaraikan 85 program tersuai dan 75 program pendaftaran terbuka di seluruh dunia. Penunjuk utama bagi program tersuai ini termasuk kaji selidik korporat, sepuluh indeks yang dinilai oleh syarikat-syarikat yang menerima pentauliahan untuk kursus eksekutifnya, dan lima kriteria yang dinyatakan oleh sekolah perniagaan.

Kolej tersebut menjadi peneraju dunia bagi Nilai untuk Wang, penarafan bagi susunan, pengajaran dan bahan-bahan program, serta kebarangkalian Dimanfaatkan Pada Masa Depan, yang menilai kesediaan pelanggan untuk mengguna pakai program yang sama atau menugaskan semula sekolah perniagaan yang sama bagi menjalankan program tersuai lain pada masa depan.

ACEM turut mendapat skor yang tinggi bagi kategori seperti Susulan (No.2 di dunia), yang menilai tahap dan keberkesanan program susulan yang ditawarkan apabila peserta kursus kembali bekerja, selain kategori Persediaan, Susunan program, kaedah & bahan Pengajaran serta Fakulti (kesemuanya berada pada kedudukan No.7).

'Pendidikan eksekutif ialah platform yang berkesan untuk ACEM menjalankan tanggungjawab sosial serta menyokong pembangunan perniagaan. Program ini bertujuan untuk mendidik pemimpin yang inovatif yang mampu menjadi perintis dalam amalan perniagaan masa kini dan membentuk masa depan dunia. Kami berusaha membantu meningkatkan daya saing korporat dan menggalakkan pembangunan ekonomi dengan memupuk eksekutif yang lebih baik,' kata Dean Zhou Lin.

Pendidikan eksekutif menawarkan program bukan ijazah menerusi latihan perniagaan sama ada khusus untuk pelanggan korporat atau disediakan untuk semua pengurus. ACEM dikhususkan untuk memudahkan jalinan kerjasama antara universiti, kerajaan dan perniagaan selain mewujudkan model pendidikan yang kreatif. Bermula dengan menganalisis dasar makroekonomi kepada usaha mengguna pakai kaedah pembaharuan bekalan, serta Internet+ dan penaiktarafan industri selain peralihan model perniagaan pada era media baharu, dan juga pemupukan bakat dan pembinaan insentif jangka panjang, serta usaha mengaplikasikan teknologi canggih bagi tujuan pengurusan syarikat setiap hari. ACEM menyediakan latihan eksekutif yang berkualiti kepada lebih 1,000 buah syarikat dan 80,000 orang pelajar.

Program eksekutif ACEM membolehkan peserta mempelajari cara menyelesaikan pertikaian antara dasar rasmi dan operasi perniagaan, memikirkan kebaikan dan keburukan proses membuat keputusan oleh kerajaaan dan transformasi syarikat, serta usaha mencari penyelesaian yang berdaya maju serta gagasan pengurusan yang kreatif. Segmen penyelidikan dan perundingan turut disediakan, bagi menjalankan kaji selidik yang terperinci terhadap syarikat-syarikat dan menganalisis secara tepat isu terhangat dalam bidang perniagaan hasil sokongan pasukan pakar yang elit, selain menjalin kerjasama berstrategi bersama sejumlah besar pelanggan baharu.

Program ini juga telah diterima sebagai program terkini bagi Konsortium Universiti Antarabangsa untuk Pendidikan Eksekutif, sebuah konsortium global yang terdiri daripada organisasi pendidikan eksekutif mengikut sekolah perniagaan, yang bermatlamat untuk meningkatkan prestasi organisasi global.

Menerusi Inisiatif Satu Jalur, Satu Laluan yang dilancarkan oleh kerajaan Cina, pasukan pendidikan eksekutif juga berjaya mengadakan empat Program CEO Asia yang terunggul di Singapura, bagi membantu ahli-ahli perniagaan tempatan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang pasaran Cina. Program lain yang bakal diadakan seperti program di Malaysia dan Indonesia sedang diusahakan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160525/0861604975

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Awards Corporate Expansion