omniture

G2A.COM Limited Raih Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global 2016 bagi kategori Perniagaan Pesat Berkembang Terunggul

G2A.com
2016-05-26 23:43 313

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 26 Mei 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM berjaya meraih Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global 2016 di London bagi kategori Perniagaan Pesat Berkembang Terunggul.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160524/371610)

G2A.COM ialah sebuah syarikat yang meraih pelbagai anugerah dan merupakan pasaran permainan digital yang paling pesat berkembang di dunia, dibangunkan oleh para profesional daripada pelbagai bidang termasuk permainan digital, pengurusan, kewangan, IT, perhubungan awam dan juga kepakaran pemasaran. G2A berjaya meraih Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global 2016 bagi kategori Perniagaan Pesat Berkembang Terunggul, berlangsung di London, UK pada April 2016. Saban hari, G2A berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan pasaran permainan digital yang hebat buat peminat permainan video http://www.g2a.com.  

Mengulas tentang kejayaan G2A.COM yang menjadi pemenang bagi kategori Perniagaan Pesat Berkembang Terunggul, pengerusi barisan hakim Anugerah Kecemerlangan Global berkata: "Dengan menumpukan kepada aspek keselamatan dalam talian bagi perkhidmatan pembayaran dan khidmat pelanggan yang cemerlang, pasaran permainan digital G2A.COM, yang dilancarkan pada Disember 2010, mengalami pertumbuhan yang amat pantas. Ia menawarkan lebih 30,000 produk permainan digital, yang berjaya menarik jumlah pelanggan yang mengejutkan iaitu 10 juta pelanggan dari seluruh dunia. Selain itu, beribu-ribu pelanggan baharu turut diterima pada setiap bulan. G2A memperoleh lebih 67 juta 'hits' komputer bagi carian organik (Laporan Penanda Aras Carian Pemasaran Similarweb 2015). Tiada pertumbuhan perniagaan yang lebih pantas berbanding yang dialami oleh G2A. Ia menunjukkan jika anda melabur dengan betul dan memahami pelanggan anda, perniagaan permainan digital dapat berkembang ke peringkat global begitu pantas sekali." http://www.gbeawards.com

Ketika dimaklumkan tentang anugerah tersebut, Bartosz Skwarczek, Pengasas Bersama/Ketua Pegawai Eksekutif G2A.COM berkata: "Kami berbesar hati kerana hasil usaha kami saban hari dalam membangunkan G2A Shield dan G2A Pay serta lebih 100 kaedah pembayaran antarabangsa mendapat pengiktirafan dan dihakimi oleh barisan hakim antarabangsa. Ini merupakan satu penghargaan kerana berjaya menjadi pemenang bagi anugerah ini dan ia turut memberi motivasi kepada pasukan kami. Kegembiraan pelanggan mencipta G2A.COM." https://pay.g2a.com/ 

Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global mempunyai sejumlah besar barisan hakim yang bebas dan pakar bagi memilih pemenang mengikut kriteria yang ketat bagi setiap kategori dan sektor; fokus terhadap keputusan kewangan, inovasi, pelanggan, kakitangan, pelaburan, dan faedah kepada masyarakat. Ia melibatkan proses yang serius dan kompetitif serta memberi impak antarabangsa.

Jacqueline Purcell, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Global, G2A berkata: "Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global ialah salah satu anugerah berprofil tertinggi di dunia dan pengiktirafan yang diterima ini membuktikan kualiti kerja G2A. Memandangkan anugerah ini berprofil tinggi, Anugerah ini menarik minat pelbagai penyertaan dari seluruh dunia, bermula dengan PLC Antarabangsa besar dan organisasi daripada sektor awam kepada SME yang dinamik serta inovatif." Beliau menambah: "Kesemua pemenang mempunyai satu persamaan, iaitu mereka benar-benar memperlihatkan kualiti kecemerlangan dalam setiap yang mereka lakukan dan G2A.COM berjaya membuktikannya menerusi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global yang diraih bagi kategori Perniagaan Pesat Berkembang Terunggul bagi tahun 2016."

Layari:

http://www.g2a.com 

http://www.facebook.com/G2Acom  

Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com

SUMBER  G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Awards