omniture

Grupo Carso Dan Pelukis Romero Britto Mengumumkan Perjanjian Pelesenan

Britto Central
2016-05-27 00:19 423

MIAMI, 27 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Grupo Carso dan Romero Britto mengumumkan satu perjanjian pelesanan untuk menjual produk Britto yang eksklusif ke seluruh Mexico dan Amerika Latin melalui Grupo Carso, iaitu konglomerat gedung jualan milik Carlos Slim. Slim, seorang dermawan dan penaung seni sejak dahulu lagi, serta Britto, seorang pelukis yang terkenal di peringkat antarabangsa, akan berkongsi minat mereka terhadap seni bersama orang ramai menerusi produk pengguna.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160525/372242

"Sekian lama, wawasan saya adalah untuk menyediakan hasil seni kepada semua individu di seluruh dunia. Ini benar-benar satu penghargaan buat saya kerana dapat bekerjasama dengan Carlos serta syarikat beliau, iaitu peneraju industri perniagaan di Mexico dan Amerika Latin." 

Kolaborasi tersebut melibatkan perjanjian pelesenan dalam pelbagai kategori, bagi mengeluarkan pakaian, kasut, beg tangan, aksesori dan hiasan rumah, antaranya. Barang-barang ini akan diedarkan menerusi Grupo Carso melalui gedung jualan Sears Apparel, Sanborns, Saks Fifth Avenue Mexico, Telmex, Telcel, DAX, Philosophy Jr. Studio, Museo Soumaya dan juga Claro-Shop. Britto amat teruja untuk menjalin kerjasama dengan jenama-jenama yang terkenal di seluruh dunia ini.

Program pelesenan Britto telah diselaraskan dengan pelbagai syarikat besar dan juga jenama-jenama terkenal antarabangsa, seperti Walt Disney, Coca-Cola, Mattel, Hublot serta Bentley, dan akan mengembangkan lagi pengedaran produk untuk rakan niaga di seluruh dunia. Kerjasama ini memperlihatkan satu lagi pencapaian penting dalam rancangan pengembangan peringkat global oleh pelukis tersebut, seperti yang diumumkan awal tahun ini berkaitan pemindahan beliau ke dua bahagian kedai hadapan baharu di gedung beli belah yang terkenal di Lincoln Road, South Beach yang bakal dibuka pada Musim Panas 2016.

Britto telah menjalin hubungan yang kukuh bersama pengumpul dan peminat beliau di Mexico sepanjang kerjaya beliau. Hasil lukisan beliau berada di seluruh negara tersebut iaitu di beberapa buah galeri seni yang turut menjalin kerjasama dengan beliau. Pada tahun 2011, ukiran monumental Britto, Goli, yang disaluti 290,000 jubin mozek kaca, dipamerkan di Hall de Fama de Futbol. Pada tahun 2013, Maria Elena dan Carlos Slim Domit mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-50 buat Pelukis tersebut di Museo Soumaya yang amat disukai oleh Carlos Slim. Acara tersebut turut melibatkan pameran istimewa yang mempamerkan lebih 20 lukisan asal serta ukiran dengan pelbagai campuran bahan, dan ini menjadikan Britto sebagai pelukis pertama yang mengadakan pameran di muzium tersebut.

Satu sidang akhbar akan diadakan pada hari Rabu, 25 Mei 2016 di Museo Soumaya. Peminat berpeluang untuk bertemu pelukis tersebut dan mendapatkan autografnya pada hari Rabu, 25 Mei pada jam 6 ptg di Sears Plaza Tlalne Fashion Mall. Pengumuman rasmi akan dibuat menerusi E Entertainment, Sony Picture Television Channel –rancangan Amerika Latin 'Cuídate de la Cámara' yang dihoskan oleh personaliti TV terkenal dan bintang sensasi fesyen Edy Smol bermula pada hari Isnin, 13 Jun 2016, bersama Britto sebagai tetamu kehormat.

LATAR BELAKANG ROMERO BRITTO

Dilahirkan di Brazil dan membesar di Miami, Romero Britto ialah seorang pelukis antarabangsa yang menggunakan corak yang bertenaga, berani dan berwarna-warni yang menonjolkan pandangan optimistik beliau terhadap dunia di sekelilingnya. Britto telah mencipta teknik komunikasi visual berkaitan harapan dan kebahagiaan yang tersendiri yang boleh ditanggapi oleh semua dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta individu. Mula belajar sendiri pada usia yang muda, Britto mula melukis pada sisa kertas atau kadbod mahupun sebarang medium yang diperoleh sebelum benar-benar menguasai teknik lukisan dan kemudian mengembara ke Paris serta mula diperkenalkan dengan hasil karya Matisse dan Picasso. Kekaguman beliau terhadap para pelukis hebat ini mempengaruhi beliau untuk mencipta gaya yang ikonik seperti yang dinyatakan oleh The New York Times, "memancarkan nilai kemesraan, optimisme dan cinta."

Hasil seni Britto dipamerkan di galeri dan muzium yang berada di lebih 100 buah negara, termasuk pameran Salon de la Société Nationale des Beaux Arts di Carrousel du Louvre yang diadakan pada tahun 2008 dan 2010. Pada tahun 2013, Maria Elena dan Carlos Slim Domit menjemput Romero menjadi pelukis pertama yang mengadakan pameran di Museo Soumaya. Beliau turut mengadakan pameran seni umum untuk 02 Dome di Berlin, Lapangan Terbang John F. Kennedy New York, Cirque Du Soleil di Super Bowl XLI, dan mendapat pujian menerusi ukiran monumental terbesar dalam sejarah Hyde Park di London. Britto juga merupakan pelukis rasmi untuk Piala Dunia 2010, Duta Piala Dunia FIFA 2014 Brazil dan baru-baru ini turut diundang bagi menjadi pembawa obor kehormat sempena Suka Olimpik 2016 Rio. Sejak itu, kepekaan pop Britto menyebabkan beliau banyak menerima undangan kolaborasi dengan jenama-jenama antarabangsa seperti Audi, Bentley, Coca-Cola, Walt Disney, Evian, Hublot, dan Mattel, antaranya.

Romero juga ialah seorang aktivis yang terlibat dengan beberapa pertubuhan amal di seluruh dunia, dan paling utama, beliau merupakan seorang pelukis yang percaya bahawa "seni amat penting untuk dikongsi bersama." Britto telah memperuntukkan masa, seni dan sumber terhadap lebih 250 pertubuhan amal. Bukan seorang aktivis pasif, Britto terpilih menjadi penceramah bagi topik seni sempena Forum Ekonomi Dunia di Switzerland. Selain itu, Romero Britto dengan bangganya dipilih sebagai Dermawan Pengasas Pertama bagi Program Perundingan Antarabangsa Harvard. Beliau juga merupakan ahli bagi beberapa lembaga seperti Best Buddies International, serta Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude, dan baru-baru ini turut dilantik menjadi ahli lembaga badan amal YAM Putera Wales, The Prince's Trust. Seorang yang percaya terhadap peranan yang dimainkan oleh pelukis sebagai agen perubahan yang positif, Romero Britto komited dalam membangunkan dan menyokong peranan seni yang akan terus dimainkan dalam menangani isu-isu dunia.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN AS

MAKLUMAT PERHUBUNGAN AMERIKA LATIN

Nicole Bostick 

Evelyn García

Britto Central, Inc. 

Sears Operadora México

n.bostick@britto.com 

esgarcia@sears.com.mx

786.334.6005 

52.55.5325.9396        

 

Source: Britto Central
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Fashion Textiles Contracts Hispanic-oriented news Licensing/marketing agreements