omniture

Terapi Strok revolusioner berasaskan Antara Muka Otak-Komputer dan Neuroteknologi

g.tec medical engineering GmbH
2016-05-27 10:00 428

SCHIEDLBERG, Sepanyol, Mei 27, 2016 /PRNewswire/ --  Puan Savin tiba-tiba diserang strok. Ia berlaku tanpa sebarang petanda dan menyebabkan lengan kanannya lumpuh sepenuhnya. Selepas menjalani terapi recoveriX, tidak lama kemudian beliau dapat menggerakkan lengan kanannya semula. Terapi recoveriX menggunakan neuroteknologi canggih yang membuahkan hasilnya walau dalam kes-kes yang melibatkan penyakit kronik.

Kami berpeluang untuk menemu bual Puan Savin setelah beliau selesai menjalani terapi recoveriX. Tontoni temu bual tersebut di: https://youtu.be/8a2s_Mo7xSk

Strok – Penyakit yang Kian Menular

Setiap tahun, kira-kira 15 juta individu diserang strok. Hampir satu pertiga daripada individu-individu ini meninggal dunia, manakala satu pertiga lagi menanggung kecacatan fizikal yang berpanjangan. Dalam sesetengah kes, mereka kekal lumpuh. recoveriX dapat menghubungkan semula fungsi otak dan tubuh. Selain itu, apabila terapi biasa tidak lagi menunjukkan hasil yang memberangsangkan, recoveriX dapat memberi peluang kedua untuk sembuh.

Kuasa Minda

Strok mungkin menghalang keupayaan untuk bergerak, tetapi tidak menghambat keupayaan untuk membayangkan pergerakan! Semasa menjalani terapi recoveriX, pesakit membayangkan pergerakan oleh tangan atau kaki mereka. Antara Muka Otak-Komputer dapat memantau aktiviti otak mereka. Realiti Maya pula menunjukkan pergerakan yang dipaparkan pada skrin yang dapat memberi maklum balas secara visual pada masa sebenar. Dalam masa yang sama, pergerakan yang dibayangkan itu mencetuskan pergerakan sebenar menerusi stimulasi yang diberikan pada otot yang terjejas. recoveriX mengaktifkan neuron cerminan yang membantu otak mencari kaedah baharu untuk kembali membuat pergerakan secara bebas.

Dr. Christoph Guger: "recoveriX menggandingkan proses kognitif dengan pergerakan, dan proses inilah yang menjadikan pemulihan ini berkesan. Dalam satu kes, kami menerima pesakit yang lengannya telah lumpuh selama 4 tahun. Setelah menjalani hanya 10 sesi terapi recoveriX, pesakit ini dapat menggerakkan lengannya semula."

Gimnasium recoveriX

Terapi recoveriX dijalankan di salah sebuah gimnasium recoveriX yang berada di Schiedlberg (Austria), Albany (NY, AS) atau Barcelona (Sepanyol). Dapatkan maklumat lanjut melalui +43 7251-222-40-18 atau office@gtec.at.

Hubungi

Armin Schnürer
g.tec medical engineering GmbH

E-mel: schnuerer@gtec.at
Tel: +43-7251-22240-18
www.gtec.at | www.recoveriX.at

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160524/371685
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160524/371686

Source: g.tec medical engineering GmbH
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services