omniture

Seri Cahaya Vivid Sydney Menerangi Kota

Pesta cahaya, muzik dan idea terbesar di dunia bermula di Sydney
Destination NSW
2016-05-30 09:17 472

SYDNEY, 30 Mei 2016 /PRNewswire/ --

Galeri imej Vivid Sydney boleh didapati di sini

Sorotan siaran berkualiti boleh didapati di sini

Sydney, Australia dibanjiri warna pada malam ini apabila lebih daripada 90 pemasangan lampu menyinari bandar ini sempena pesta tahunan Vivid Sydney, memancarkan seni berwarna-warni ke atas Jambatan Pelabuhan Sydney, Panggung Opera Sydney dan ke seluruh pelosok bandar. Vivid Sydney bermula dengan rasminya pada malam ini, 27 Mei, dan akan berlangsung selama 23 malam sehingga 18 Jun 2016.

Untuk siaran multimedia penuh, sila klik di sini:
http://www.prnasia.com/mnr/vividsydney_201605.shtml

 
VividSydney_ Songlines_Artis Donny Woolagoodja_ihsan Destination NSW
VividSydney_ Songlines_Artis Donny Woolagoodja_ihsan Destination NSW
VividSydney_Songlines_Artis Gabriella Possum_ihsan Destination NSW
VividSydney_Songlines_Artis Gabriella Possum_ihsan Destination NSW

Vivid Sydney merupakan pesta cahaya, muzik dan idea yang terbesar di dunia.  Lebih 150 artis daripada 23 buah negara menghasilkan pemasangan dan pemancaran cahaya yang ditampilkan di lebih daripada lapan kawasan Vivid Sydney yang terletak di seluruh Sydney.  Vivid Sydney turut menampilkan 195 acara Vivid Music dan lebih 500 penceramah sewaktu ceramah dan forum Vivid Idea.

Menteri Kerajaan Negeri New South Wales Mike Baird berkata: "Malam ini beribu-ribu orang membanjiri Sydney untuk menyaksikan saat "memasang lampu" Vivid yang menakjubkan.  Untuk 23 malam berikutnya, mercu tanda Sydney yang paling ikonik bakal dihiasi simfoni warna dan pergerakan, menarik pelancong dari serata dunia.  Vivid merupakan pesta kreatif untuk audiens global dan kemasyhurannya terbukti dengan kehadiran 1.7 juta pelawat di pesta tahun lepas.

Tahun ini Vivid Sydney bakal meraikan budaya Orang Asli Australia dengan pemancaran Songlines di pelayar ikonik Panggung Opera Sydney.  Animasi yang menakjubkan ini menampilkan hasil kerja enam artis Orang Asli: Karla DickensDjon Mundine OAMReko RennieGabriella Possum NungurrayiDonny Woolagoodja dan mendiang Gulumbu Yunipingu. Dihasilkan bersama oleh Destination NSW dan Sydney Opera House, Songlines menzahirkan kerohanian dan budaya Golongan Asal Australia secara langsung, menggambarkan sistem perkongsian yang saling terhubung dan laluan dagangan yang disulam menerusi masa dan jarak, langit dan bumi.

Dengan pemancaran 3D besar yang lain di permukaan Muzium Seni Kontemporari Australia, dan Rumah Budaya, Vivid Sydney menonjolkan Sydney sebagai satu hab industri kreatif, dengan teknologi dan reka bentuk tercanggih yang digunakan dalam mencipta pancaran cahaya yang menakjubkan.

Laser-Dragon Water-Theatre (Laser-Naga Air-Teater) Pelabuhan Darling menampilkan skrin air pertama di dunia yang dipasang pada tangan robotik setinggi 13m yang terapung tinggi di atas lima puluh enam air pancutan. Persembahan Laser-Dragon Water-Theatre ini termasuk empat pancaran video kepada skrin air yang bakal mempersembahkan para penari menari-nari mengikut rentak muzik yang dicipta oleh The Presets.  Pengunjung akan terpesona dengan empat puluh air pancutan menegak setinggi 20m, enam belas air pancuran bergerak dengan ketinggian 25m, dua puluh jet api setinggi 15m dan sepuluh laser yang berkuasa tinggi.  Dalam satu lagi acara yang pertama di dunia bertempat di Pelabuhan Darling, pengunjung boleh mengimbas dan memancarkan wajah mereka sendiri ke skrin air melalui penggunaan teknologi RealSense™ Intel.

Pelabuhan Sydney yang tersohor di dunia akan dipertontonkan kepada seluruh dunia dengan pencahayaan Jambatan Pelabuhan Sydney menerusi pemasangan 1,640 tiub lekapan lampu yang mengandungi 72,000 LED individu, dan 6,700 LED individu dalam 140 Lampu Sorot sebagai sebahagian pemasangan Dress Circle yang membolehkan pengunjung mengawal sendiri warna Jambatan Pelabuhan Sydney.  Feri Pelabuhan Sydney akan turut dihiasi dengan pita LED sehingga 1,480m panjang untuk menerangi persiaran mereka di sepanjang Pelabuhan.

Vivid Sydney menjelajahi bandar dengan Vivid Light Walk, bermula di Panggung Opera Sydney, menggunakan bahagian pelabuhan Taman Botani Diraja bagi merayakan sambutan ulang tahun ke-200nya, dan menggunakan kawasan dermaga itu sehingga ke Walsh Bay.  Pencahayaan dan pemancaran bakal dibuat di Martin Place Sydney, Pelabuhan Darling dan Muzium Maritim Kebangsaan Australia, dan kawasan dalam bangunan yang pertama bagi Vivid Sydney di The Galeries di CBD bandar ini.  Kawasan Central Park dan Chatswood juga menjadi taman permainan malam yang penuh keriangan, begitu juga Taronga Zoo yang disinari lampu-lampu yang bakal menampilkan spesies yang penting bagi menyambut ulang tahun ke-100 Zoo tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW dan Penerbit Eksekutif Vivid Sydney Sandra Chipchase berkata: "Vivid Sydney sekali lagi mempertontonkan persembahan teknikal dan seni menakjubkan yang pertama di dunia sebagai sebahagian daripada Vivid Light.  Program terbesar Vivid Sydney bakal menyajikan barisan aksi muzik daripada rock punk ke bintang besar dunia, bakat tempatan yang meningkat naik, legenda kabaret dan banyak lagi.  Ia dipadankan dengan pelbagai program pengubah trend sosial, termasuk Jenji Kohan, Spike Jonze, Beau Willimon dan Margaret Zhang, yang tampil sebagai sebahagian daripada siri ceramah dan forum Vivid Ideas.  Vivid Sydney 2016 ialah persembahan innovasi dan kreativiti yang sebenar."

Sebagai sebahagian daripada program Vivid Music, pihak penganjur sudah pun mengumumkan persembahan DJ eksklusif daripada ikon pop antarabangsa Boy George, yang akan berlangsung pada 12 Jun 2016 di Cafe Del Mar dalam kawasan Pelabuhan Darling Vivid Sydney.  Ia bakal menjadi satu-satunya persembahan DJ Boy George di Australia.

Vivid Sydney dimiliki, diuruskan dan diterbitkan oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara besar Kerajaan Negeri.  Pada tahun 2015, ia menarik 1.7 juta pengunjung dan menjana lebih $63 juta perbelanjaan pengunjung untuk ekonomi tempatan.

VNR bagi acara memasang lampu malam ini boleh didapati di sini http://vividsydney.com/media-centre.

Kit penuh media termasuk imej beresolusi tinggi dan sorotan siaran berkualiti boleh dimuat turun di http://vividsydney.com/media-centre.

Pertanyaan Media: E: vivid.media@dnsw.com.au

Melissa Wilson, Destination NSW

Jessica Parry, Destination NSW

M: +61-419-093-882

M: +61-439-143-566

Melissa.wilson@dnsw.com.au

E: Jessica.parry@dnsw.com.au

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201605/vividsydney/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160527/8521603420-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160527/8521603420-b

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Leisure/Travel/Hotels Music Travel New products/services