omniture

IGNIS umum Perjanjian Lesen Paten dengan LG Display

IGNIS Innovation Inc.
2016-06-24 08:54 690

WATERLOO, Ontario, 24 Jun 2016 /PRNewswire/ -- IGNIS Innovation Inc. ("IGNIS"), sebuah syarikat pembangun teknologi paparan pancaran, hari ini mengumumkan perjanjian Pelesenan Paten bersama LG Display Co., Ltd. ("LG Display), peneraju global dalam pengeluaran paparan yang berpangkalan di Seoul. Di bawah perjanjian tersebut, IGNIS akan memberikan akses lesen tidak eksklusif teknologi litar milik mereka kepada pihak LG Display untuk mempertingkat prestasi paparan OLED. Seperti yang diperakui oleh peneraju dalam industri paparan, teknologi litar adalah penting dalam aplikasi AMOLED hari ini termasuklah pada TV, IT, telefon beresolusi tinggi, realiti maya, automotif, dan percetakan generasi seterusnya.

"Pasukan kami sangat teruja untuk menerima LG Display, sebuah peneraju global dan inovasi dalam teknologi paparan OLED display, sebagai rakan usaha sama kami," kata Peter Monsberger, Ketua Pegawai Eksekutif di IGNIS Innovation Inc. "Usaha IGNIS dalam tempoh 10 tahun yang lalu adalah memberi fokus kepada teknologi litar sebagai penyelesaian yang berpotensi untuk menyelesaikan isu bahan dan peranti dalam teknologi paparan pancaran. Usaha ini telah membuahkan hasil yang signifikan kepada IGNIS seperti pengetahuan teknologi dan Harta Intelek. Semua itu akan dapat diakses oleh rakan kami termasuklah LG Display. Saya pasti usaha sama antara dua syarikat ini akan menyumbang kepada perkembangan pesat pasaran paparan OLED." Butiran lanjut perjanjian itu tidak didedahkan atas sebab kerahsiaan.

Latar Belakang IGNIS
IGNIS Innovation Inc. adalah syarikat pembangun teknologi paparan yang menyediakan penyelesaian meluas dalam produk paparan pancaran berkualiti tinggi. Syarikat itu berpangkalan di Waterloo, Ontario di tengah-tengah koridor teknologi rantau Ontario. Dengan lebih 300 paten dalam lapangan paparan berpancar, IGNIS adalah peneraju dalam bidang yang mereka ceburi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati
www.ignisinnovation.com.

Latar Belakang LG Display
LG Display Co., Ltd [NYSE: LPL, KRX: 034220] adalah penginovasi dunia dalam teknologi paparan termasuklah paparan cecair kristal transistor filem nipis (TFT-LCD), OLED dan paparan boleh lentur. Syarikat itu mengeluar dan menyediakan panel paparan dalam pelbagai bentuk dan spesifikasi khasnya untuk digunakan pada TV, computer riba, paparan meja, dan pelbagai kegunaan lain seperti tablet, dan peranti mudah alih. LG Display kini mengendalikan kilang fabrikasi di Korea dan China, dan kilang pemasangan di Korea, China, dan Poland. Syarikat itu memiliki sejumlah kira-kira 49,000 kakitangan di seluruh dunia. Untuk berita dan maklumat lanjut tentang LG Display, sila lawati www.lgdisplay.com.

Untuk maklumat lanjut: Peter Monsberger, Ketua Pegawai Eksekutif, pmonsberger@ignisinnovation.com, IGNIS Innovation Inc., 12-50 Bathurst Drive, Waterloo, Ontario, N2V 2C5, Canada, +1 519-772-1136 Samb. 252

Source: IGNIS Innovation Inc.
Related Stocks:
Korea:034220 NYSE:LPL
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements New products/services Patent Law