omniture

Melvin Lim Dilantik sebagai Pengurus Besar Marina Mandarin Singapore

Meritus Hotels & Resorts
2016-06-24 09:43 953

SINGAPURA, 24 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Meritus Hotels & Resorts melantik Melvin Lim sebagai Pengurus Besar Marina Mandarin Singapore yang terkenal di peringkat antarabangsa -- sebuah hotel perniagaan mewah yang menempatkan 575 buah bilik, di lokasi yang terbaik di tengah-tengah kawasan kewangan Marina Bay.

Melvin Lim - Pengurus Besar Marina Mandarin
Melvin Lim - Pengurus Besar Marina Mandarin

Melvin membawa bersamanya kepakaran dalam industri ini selama lebih 20 tahun menerusi jawatan operasi dan kepimpinan utama yang pernah disandang di seluruh Asia Tenggara bersama syarikat-syarikat hospitaliti yang terkemuka, termasuk InterContinental Hotels Group, Millennium & Copthorne International, The Ascott Limited, Park Hotel Group, dan juga Far East Hospitality.

Beliau menyertai Meritus setelah menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kawasan, Far East Hospitality selama dua tahun dengan jayanya. Beliau bertanggungjawab terhadap segala operasi dan keuntungan tiga buah hotel utama Far East Organisation di Singapura iaitu Orchard Parade Hotel; The Elizabeth Singapore; serta The Quincy Hotel.

Terdahulu, beliau pernah menyandang jawatan Naib Presiden Park Hotel Group bagi memantau prestasi hotel-hotel yang berada dalam portfolio China milik Syarikat tersebut. Ketika menjawat jawatan ini juga, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Inovasi Produk Syarikat bagi menerajui pembangunan dan pelaksanaan standard produk serta perkhidmatan baharu untuk jenama tersebut.

Melvin pernah berkhidmat untuk Millennium & Copthorne International bermula pada tahun 2005 hingga 2012 dan dalam tempoh ini, beliau menyandang jawatan Pengurus Besar secara berturut-turut untuk M Hotel Singapore, Orchard Hotel Singapore, dan Grand Millennium Kuala Lumpur.

Melalui tampuk kepimpinan yang diterajui oleh beliau di Marina Mandarin Singapore, Melvin berharap dapat meningkatkan tahap daya saing dan prestasi perniagaan yang lebih tinggi buat hotel ini. Menerusi kelebihan beliau yang terbukti dalam memimpin kakitangan serta melaksanakan standard produk dan perkhidmatan yang utama dalam industri, Melvin amat layak memimpin Marina Mandarin Singapore bagi mencapai pertumbuhan strategik yang cemerlang.

Maklumat Perhubungan Media:

Janice Azupardo
Naib Presiden Serantau, Penjenamaan & Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
DID: +65-6831-6385
Emel: janice.azupardo@meritushotels.com

Patricia Yong
Pengarah, Komunikasi Pemasaran
Marina Mandarin Singapore
DID: +65-6845-1239
Emel: patricia.yong@meritushotels.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160622/8521604108

Source: Meritus Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Workforce Management/Human Resources Personnel announcements