omniture

FXTM Beri Ganjaran Kepada Pelanggan Menerusi Program Kesetiaan Baharu

FXTM
2016-06-24 23:29 579

LIMASSOL, Cyprus, 24 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Broker pertukaran wang asing global yang meraih anugerah, FXTM melancarkan program kesetiaan paling luas, iaitu Pulangan Tunai Kesetiaan FXTM (tertakluk kepada Terma dan Syarat). Sebagai broker pertama memperkenalkan pendekatan yang inovatif dan mudah agar sentiasa dapat memberi ganjaran kepada pedagang dengan wang sebenar yang boleh dikeluarkan, sekali lagi FXTM membuktikan ia lebih mementingkan pengalaman pelanggan berbanding perkara lain.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160614/378942LOGO )

Program unik ini melibatkan lima tahap rebat dan konsep "Niaga. Peroleh. Ulang," dengan setiap tahap akan meningkatkan nilai yang diperoleh pelanggan apabila berdagang berasaskan lot. Ketika pedagang beralih dari satu tahap ke tahap seterusnya, pedagang akan beroleh wang tunai sebenar, dan bukannya wang maya mahupun mata.

Jameel Ahmad, Naib Presiden Penyelidikan Pembangunan dan Pasaran mengulas: "Program kesetiaan baharu kami ini merupakan cara yang hebat untuk pelanggan aktif kami memperoleh lebih ganjaran hasil daripada dagangan mereka. Kami meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap kesetiaan pedagang kami dan terus komited untuk memupuk pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan buat pedagang kami. Program Kesetiaan FXTM ialah cara untuk kami mengucapkan 'terima kasih' kerana berdagang bersama kami."

Program kesetiaan baharu ini turut melibatkan banyak penyelesaian berfokuskan pelanggan yang dibangunkan oleh FXTM. Ini termasuk Pelaburan FXTM, pendekatan moden oleh syarikat untuk melabur, dan Akaun Saham FXTM, yang membolehkan pelanggan mendagangkan lebih 180 CFD pada saham, hasil hubungan langsung dengan penentuan harga produk NASDAQ dan NYSE. FXTM akan memperkenalkan lebih banyak produk yang terus mengukuhkan status broker yang berwibawa dalam industri ini pada masa terdekat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Kesetiaan FXTM, sila layari: http://fxtm.co/1ZNmOQL.

Amaran Risiko: Terdapat risiko yang tinggi ketika mendagangkan produk berleveraj seperti pertukaran asing dan CFD. Anda tidak seharusnya mengambil risiko lebih daripada apa yang mampu anda tanggung. Anda tidak seharusnya berdagang, melainkan anda benar-benar faham tentang risiko kerugian yang mungkin dihadapi. Jika risiko yang terlibat masih belum jelas, sila dapatkan nasihat kewangan bebas. Sila baca Pendedahan Risiko penuh FXTM.

ForexTime Limited dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (Nombor lesen 185/12) manakala FT Global Limited dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (Nombor lesen IFSC/60/345/TS dan IFSC/60/345/APM).

Source: FXTM
Keywords: Banking/Financial Service New products/services