omniture

BiologicTx® Mengumumkan Perluasan Antarabangsa Perisian Derma Berpasangan BiologicTx MatchGrid™

BiologicTx
2016-06-25 03:29 603

Pertukaran Buah Pinggang Pertama Menerusi Empat Hala Diselesaikan Dalam Tempoh Dua Bulan Setelah Dilaksanakan Di Peringkat Antarabangsa

TOTOWA, New Jersey, 25 Jun 2016 /PRNewswire/ -- BiologicTx® hari ini mengumumkan Perisian Derma Berpasangan, BiologicTx MatchGrid™, kini dilaksanakan di peringkat antarabangsa, di Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan Raja Faisal di Riyadh, Arab Saudi, di bawah seliaan Dr. Khlaid Almeshari, Pakar Nefrologi Transplan dan Pakar Imunologi serta Pengerusi Jawatankuasa Derma Buah Pinggang Berpasangan serta Pemindahan Organ Buah Pinggang HLA dan ABOi. Sejak melaksanakan MatchGrid pada 1 April 2016, Hospital Raja Faisal mampu mengenal pasti dan berjaya menjalankan pertukaran buah pinggang pertama 4 hala yang pertama, dengan bantuan perisian tersebut.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130520/LA16505LOGO

Perisian Derma Berpasangan MatchGrid BiologicTx ialah satu aplikasi perisian perusahaan termaju yang menyediakan instrumen yang diperlukan oleh para doktor dan pakar perubatan untuk memadankan penderma organ yang masih hidup secara pantas dan tepat, dengan pesakit yang mempunyai penderma yang layak dan sihat, namun tidak serasi. Dengan menggunakan algoritma pemadanan dan pengoptimuman termaju, bagi sebuah pusat, MatchGrid dapat menilai kesemua padanan yang berpotensi menerusi kombinasi daripada 2 hala hinggalah 12 hala atau bagi senarai negara lebih panjang hanya dalam masa beberapa minit, dan ini dapat memendekkan masa selama berbulan-bulan lamanya yang diambil oleh pusat-pusat pemindahan sebelum ini untuk menilai hanya sedikit pasangan pemindahan organ. Perisian ini juga dapat mengoptimumkan bilangan pemindahan organ bagi sejumlah pasangan penderma/penerima, yang memastikan bilangan pemindahan organ untuk individu yang paling sukar dipadankan, dengan padanan yang tertinggi kualitinya untuk setiap pusat pemindahan yang berada dalam jaringan derma organ buah pinggang berpasangan.

"MatchGrid BiologicTx membolehkan kami memadankan dan memindahkan organ dengan jayanya bagi pertukaran buah pinggang 4 hala yang hampir mustahil dijalankan. Dua daripada empat orang pesakit yang terlibat dalam rantaian ini amat sensitif terhadap bakal penderma, sehinggakan penyahpekaan bukan lagi satu pilihan dan pencarian organ yang sepadan adalah hampir mustahil tanpa MatchGrid," kata Dr. Almeshari. "Kami amat teruja dengan potensi yang ditunjukkan oleh MatchGrid bagi mengenal pasti pasangan lain dan mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa."

"Pertukaran buah pinggang 4 hala yang pertama ini menjadi satu bukti, bukan sahaja terhadap kepakaran Dr. Almeshari, malah terhadap kehebatan MatchGrid BiologicTx," kata Todd Krasinsky, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pembangunan di BiologicTx. "Langkah kejayaan pertama dalam usaha perluasan ke peringkat antarabangsa ini akan terus memberi peluang kepada kami untuk melebarkan sayap ke negara-negara lain dan menyelamatkan nyawa di seluruh dunia."

Latar Belakang BiologicTx®
BiologicTx® ditubuhkan sebagai pembekal infusi dan farmasi pertama yang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengurusan terapi biologik dan terapi oral pemindahan organ. Sejak itu, BiologicTx mengembangkan perkhidmatannya bagi menyepadukan terapi pemindahan organ, dengan teknologi kesihatan digital, menyediakan gambaran lengkap tindak balas pesakit terhadap terapi. Pasukan kami terdiri daripada ahli-ahli profesional yang berdedikasi, yang berusaha memajukan rawatan penyahpekaan, imunosupresif dan penolakan di seluruh dunia, bagi memberikan hasil yang progresif serta bermanfaat buat pesakit. Kami menyediakan perkhidmatan yang cekap dan lengkap, dengan mewujudkan perkhidmatan terapeutik di rumah dan juga di klinik. Kesemua perkhidmatan ini dijalankan bersama pasukan perubatan pusat pemindahan organ. Dengan berbuat demikian, kami dapat memberi harapan dan kualiti kehidupan yang lebih baik untuk pesakit kami. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di: www.BiologicTx.com.

Maklumat Perhubungan Media:

Tara Marchese


Tel: 877-567-8087


E-mel: tmarchese@biologictx.com

 

Source: BiologicTx
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Sales reports