omniture

OUE Perkenal OUE Skyspace LA dan Skyslide Pertama Seumpamanya di U.S. Bank Tower

OUE Limited
2016-06-28 03:02 1041

SINGAPURA, 28 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pemaju hartanah bersepadu yang tersenarai pada Papan Utama Bursa Singapura OUE Limited ("OUE" atau "Syarikat") mengadakan upacara memotong riben sempena pelancaran OUE Skyspace LA yang amat dinanti-nantikan di U.S. Bank Tower yang ikonik.

Timbalan Datuk Bandar LA Raymond Chan dan Pengerusi Eksekutif OUE Stephen Riady memulakan upacara memotong riben OUE Skyspace LA dan turut disaksikan oleh Timbalan Pengerusi OUE Christopher Williams
Timbalan Datuk Bandar LA Raymond Chan dan Pengerusi Eksekutif OUE Stephen Riady memulakan upacara memotong riben OUE Skyspace LA dan turut disaksikan oleh Timbalan Pengerusi OUE Christopher Williams

 

Tarikan terkini di LA ialah Skyslide kaca pada bahagian luar US Bank Tower
Tarikan terkini di LA ialah Skyslide kaca pada bahagian luar US Bank Tower

OUE Skyspace LA serba baharu ini merupakan dek tinjau ruang terbuka yang tertinggi di California pada ketinggian hampir 1,000 kaki dari pusat bandar Los Angeles dan destinasi utama bagi melihat pemandangan bandar itu secara 360 darjah, bermula dari Hollywood Hills ke Lautan Pasifik.

Pengalaman menerusi OUE Skyspace LA melibatkan pelbagai titik sentuh pengunjung yang interaktif di tingkat 2, 54, 69 dan 70. Selain menikmati panorama hebat dari dek tinjau setinggi dua tingkat di bahagian atas, pengunjung dapat meninjau bandar tersebut yang belum pernah disaksikan sebelum ini daripada destinasi tarikan Skyslide yang mengagumkan ini. Diperbuat sepenuhnya daripada kaca, dengan ketebalan 1 1/4 inci, Skyslide merupakan gelongsor kaca bahagian luar yang pertama seumpamanya yang dipasang pada bahagian luar U.S. Bank Tower, berukuran 45 kaki panjang dari tingkat 70 hingga tingkat 69, bagi menyediakan pengalaman yang sememangnya tiada tandingan buat pengunjung.

OUE Skyspace LA ialah sebahagian daripada kerja-kerja peningkatan aset yang komprehensif, dipimpin oleh OUE bagi mengubah U.S. Bank Tower, yang diambil alih pada tahun 2013, daripada sebuah bangunan komersial menjadi destinasi perniagaan, sosial dan pelancongan yang menarik. Kerja-kerja yang dibuat untuk dek tinjau dan Skyslide bermula pada Disember 2014, dengan kos mencecah hampir US$ 31 juta.

Selain itu, pengubahsuaian lobi pejabat yang mencecah US$ 26 juta juga selesai, yang kini menyediakan salah satu dinding seni dengan video beresolusi tinggi dalam bangunan pejabat yang terbesar di negara ini.

"Kami berbesar hati kerana bakal meraikan selesainya kerja-kerja peningkatan aset di U.S. Bank Tower. Sebagai kemuncak transformasi bangunan ini, OUE Skyspace bakal menjadi destinasi tarikan pelancong yang terkenal dan mengukuhkan kedudukan U.S. Bank Tower sebagai ikon unggul di latar langit Los Angeles," kata Dr Stephen Riady, Pengerusi Eksekutif OUE.

Turut bersetuju dengan kenyataan ini, Lucy Rumantir, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Benua Amerika, OUE berkata, "Pembukaan OUE Skyspace LA akan memberi nafas baharu buat mercu tanda tertinggi di LA. Tawarannya yang unik ini bakal menyediakan peluang untuk menikmati bandar tersebut daripada perspektif baharu yang mengujakan kepada penduduk tempatan dan juga pelancong."

Maklumat perhubungan media:

John Gamboa
Tel: +1-213-337-3952
Emel: johngamboa@oue.com.sg

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160627/8521604176-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160627/8521604176-b

Source: OUE Limited
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Real Estate Travel New products/services