omniture

amba Taipei Songshan Perkenalkan Oasis Bandar Didorong Rekaan Menghadap Menara Taipei 101 di Timur Taipei

amba Taipei Songshan
2016-07-11 12:08 1138

TAIPEI, Taiwan, 11 Julai 2016 /PRNewswire/ -- amba Taipei Songshan dibuka di kawasan timur Taipei, terletak hanya sejauh lima minit pemanduan dari menara Taipei 101 yang ikonik.

Mercu tanda hotel baharu terhebat di Taipei, amba Taipei Songshan
Mercu tanda hotel baharu terhebat di Taipei, amba Taipei Songshan

Menerusi keindahan rekaan yang mempesonakan, amba Taipei Songshan mengalu-alukan para pengembara yang bijak bagi menikmati oasis bandar yang penuh tenaga, menggabungkan ciri-ciri moden dengan sentuhan Taiwan yang asli. Pemandangan berpanorama Taipei 101 dan Sungai Keelung yang indah merupakan ciri hebat bagi seluruh hotel ini. Kawasan lobinya menyediakan ruang bersosial yang ceria untuk para tetamu bersantai, yang menghadap pemandangan menara Taipei 101. Limpahan cahaya yang penuh magis pula disinari daripada 24 lantera bersaiz besar diperbuat daripada buluh, terletak setinggi tiga meter. Pada waktu malam, cahaya lampu yang berubah warna melakarkan mercu tanda hotel baharu terhebat di Taiwan.

Bilik tamu hotel amba Taipei Songshan menggabungkan reka bentuk, fungsi dan keceriaan menerusi sentuhan pereka
Bilik tamu hotel amba Taipei Songshan menggabungkan reka bentuk, fungsi dan keceriaan menerusi sentuhan pereka

Lebih 70 peratus daripada 189 buah bilik tamu amba menawarkan pemandangan berpanorama Taipei 101 atau Sungai Keelung. Kategori bilik pula bermula dengan Bilik Pintar (27 meter persegi/291 kaki persegi) serta bilik Studio (107 meter persegi /1,150 kaki persegi). Setiap bilik tamu menyediakan sambungan WiFi yang sangat laju secara percuma, TV HD 48 inci, pembesar suara Bluetooth dan juga mesin Nespresso. 

Restoran Que amba ialah sebuah restoran stik moden yang menghidangkan stik premium yang dibakar dengan kayu dan makanan laut yang dipanggang atas kayu pokok buah-buahan natif. Hotel ini cukup sesuai untuk mengadakan mesyuarat kreatif dan majlis perkahwinan yang penuh girang, yang mampu menempatkan sehingga 150 tempat duduk untuk mesyuarat atau 200 tempat duduk untuk majlis jamuan.

Pelancong akan mengagumi lokasi amba yang strategik. Hotel baharu ini terletak di kawasan yang menghubungkan daerah Xinyi, Songshan serta Nangang, dan berhubung terus dengan Stesen Songshan bagi mendapatkan perkhidmatan kereta api bawah tanah dan kereta api. Menara Taipei 101 dan daerah Xinyi terletak hanya lima minit perjalanan dari hotel dengan menggunakan perkhidmatan ulang alik percuma. Pasar Malam Raohe, Kuil Ciyou dan juga Rainbow Bridge juga terletak dalam jarak berjalan kaki sejauh lima minit.

Tawaran Harga Pengenalan yang Hebat

Harga pengenalan menerusi amba-hotels.com bermula pada harga TWD3,500 dan TWD3,900 berserta sarapan pagi, tertakluk kepada caj perkhidmatan dan cukai sebanyak 15.5%. Tetamu yang membuat tempahan Pakej Pengenalan Kenali Songshan sekarang hingga 31 Ogos 2016 akan berpeluang menjelajah Songshan dengan berjalan kaki secara percuma. Untuk membuat tempahan, sila layari amba-hotels.com atau hubungi +886 2 2525 2828.

Latar Belakang amba

Digayakan agar sesuai untuk pengembara masa kini, amba Hotels & Resorts meraikan kreativiti rekaan, penggunaan yang berhemah dan juga pengalaman pelancongan yang menghiburkan serta unik. Hotel amba pertama, amba Taipei Ximending dirasmikan pada tahun 2012 dan dianggap sebagai salah sebuah hotel baharu terbaik di dunia, oleh majalah Wallpaper*. 

amba Taipei Songshan

8, Section 7, Civic Boulevard, Taipei 11562, Taiwan 
+886 2 2653 2828 
amba-hotels.com/en/songshan/ | facebook.com/ambaSongshan

Maklumat Perhubungan Media 
press@amba-hotels.com

Maklumat lanjut

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160630/8521604308-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160630/8521604308-b

Source: amba Taipei Songshan
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion