omniture

Shisen Hanten by Chen Kentaro Raih Dua Bintang menerusi Michelin Guide Singapore Edisi Pertama

Mandarin Orchard Singapore
2016-07-22 22:08 772

SINGAPURA, 22 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Restoran Szechwan eponim Mandarin Orchard Singapore, Shisen Hanten by Chen Kentaro, menerima anugerah dua bintang menerusi Michelin Guide Singapore 2016 – senarai hotel dan restoran berbintang Michelin pertama di Singapura. Anugerah yang diraih itu menjadikan Shisen Hanten by Chen Kentaro sebagai restoran Cina berbintang Michelin tertinggi di seluruh pulau tersebut.

Iron Chef Cina, Chen Kenichi bersama anak lelakinya, Cef Eksekutif Shisen Hanten, Chen Kentaro
Iron Chef Cina, Chen Kenichi bersama anak lelakinya, Cef Eksekutif Shisen Hanten, Chen Kentaro

 

"Kami amat teruja dan berterima kasih kerana melayakkan kami berada sebaris dalam senarai eksklusif bagi tempat makan terbaik di dunia," kata Cef Eksekutif Chen Kentaro. "Sewaktu kami melancarkan restoran ini pada tahun 2014, kami sedia maklum bahawa penting untuk kami berusaha lebih bersungguh-sungguh agar dapat menonjolkan restoran kami dalam suasana masakan yang sungguh pelbagai dan mengagumkan di Singapura. Penerimaan pengiktirafan yang amat didambakan daripada Michelin ini merupakan satu penghormatan yang memberi inspirasi kepada kami untuk terus berusaha dengan lebih giat demi mencapai kejayaan."

"Saya ingin berkongsi kejayaan ini bersama pasukan kami di Shisen Hanten dan Mandarin Orchard Singapore, serta paling utama, para tetamu kami yang paling bermurah hati menyatakan sokongan mereka," tambah Cef Kentaro.

Shisen Hanten by Chen Kentaro tercetus daripada warisan kulinari yang dibanggakan, bermula dengan penubuhan restoran Szechwan pertama di Jepun pada tahun 1958 oleh Chen Kenmin, yang dikenali sebagai "Bapa hidangan Szechwan di Jepun."

Individu yang meneruskan tradisi keluarga ini ialah anak sulung beliau, Chen Kenichi, yang digelar "Szechwan Sage" serta disanjung sebagai salah seorang Iron Chef paling terkenal di Jepun. Chen Kenichi yang bertanggungjawab mengembangkan perniagaan keluarga tersebut, menubuhkan cawangan di seluruh Jepun selain menerapkan sentuhan peribadi beliau terhadap hidangan menu di Shisen Hanten.

Shisen Hanten by Chen Kentaro ialah penceburan pertama jenama tersebut di luar Jepun, diterajui oleh generasi ketiga Chen Kentaro. Sebagai bintang kulinari yang sedang menempa nama di Jepun, Cef Kentaro memperlihatkan kemahiran beliau yang teliti bagi hidangan Szechwan menerusi menu yang kreatif yang menggabungkan bahan-bahan bermusim yang segar bagi meraikan citarasa Shisen Hanten yang terkenal.

Hidangan paling popular dalam menu tersebut ialah Chen's Mapo Doufu, resepi keluarga Chen yang sebenar menggunakan doubanjiang (pes kacang parang bercili) yang diperam selama tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah hidangan tauhu yang luar biasa lembut bak sutera yang paling enak dinikmati bersama semangkuk nasi Hokkaido yang wangi. Hidangan lain yang mesti dicuba ialah Chen's Original Spicy Noodle Soup (Mi Sup Pedas Asli Chen)Stewed Fish Fillet in Super Spicy Szechwan Pepper Sauce (Filet Ikan Direbus bersama Sos Lada Hitam Szechwan Amat Pedas); serta Sautéed Szechwan Chilli Pepper and Chicken (Cili dan Ayam Szechwan Sautéed).  

Agar menepati selera yang lebih sederhana, tahap kepedasan makanan Szechwan di Shisen Hanten by Chen Kentaro akan diselaraskan mengikut permintaan. Turut disediakan dalam menu tersebut ialah pilihan hidangan Kantonis asli yang lazat.

Sebarang maklumat lanjut tentang Shisen Hanten by Chen Kentaro, layari www.shisenhanten.com.sg.

Maklumat Perhubungan Media:

Ikram Zainy 
Pengurus, Bahagian Komunikasi Pemasaran 
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus 
T +65-6831-6051 
M +65-9168-2740 
ikram.zainy@meritushotels.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160722/8521604729
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160616/8521603966LOGO

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Restaurants Travel Awards