omniture

BAILEYS® Memperkenalkan Likueur Berkrim, Cognac dan Minuman Beralkohol sebagai Produk Eksklusif Bebas Cukai

BAILEYS XC™ merupakan inovasi baharu daripada jenama likueur nombor satu dunia*
Diageo Global Travel
2016-07-29 08:00 784

LONDON, 29 Julai 2016 /PRNewswire/ -- BAILEYS®, jenama yang membawakan inovasi dalam wiski Ireland bersama krim, hari ini memperkenalkan produk yang menarik, baharu dan premium yang tersedia secara eksklusif kepada pembeli di lokasi bebas cukai - BAILEYS XC™.

BAILEYS XC menggabungkan krim, Cognac serta minuman beralkohol dan mendapat namanya daripada likueur 'Krim Luar Biasa' yang terdapat dalam campuran mewah ini.  

BAILEYS XC membawakan inovasi dalam gabungan minuman daripada BAILEYS, menyatukan krim, Cognac dan minuman beralkohol yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan rasa yang sedap dan mengasyikkan serta pengalaman rasa yang serba baharu untuk peminat likueur.

Diinspirasikan daripada kecanggihan Perancis yang tidak lapuk dek zaman dan peningkatan populariti likueur mewah dalam kalangan pembeli di lokasi bebas cukai, BAILEYS XC menyediakan produk baharu kepada pelancong, yang tidak boleh dibeli di tempat lain.

Dipersembahkan dalam botol berwarna emas dan biru yang menarik, yang direka bentuk secara halus serta menampilkan kesan hologram yang menarik perhatian, BAILEYS XC direka untuk menarik minat para pembeli yang mencari sesuatu yang unik dan mampu memenuhi keinginan.

Peter Fairbrother, Pengarah Pemasaran Global Diageo Global Travel, berkata, "Kami berasa teruja untuk memberikan produk baharu yang eksklusif daripada BAILEYS kepada pembeli di lokasi bebas cukai ini. BAILEYS XC merupakan likueur berkualiti tertinggi, mengandungi bahan yang premium serta pembungkusan yang cantik, dan rasanya yang sedap setanding pembungkusannya."

"Kami sedia maklum bahawa BAILEYS secara tradisionalnya lebih terkenal dalam kalangan pembeli wanita serta mereka yang mahukan sesuatu yang luar biasa, dan kami yakin produk mewah baharu ini akan dapat menarik minat pelanggan BAILEYS yang baharu dan juga sedia ada."

Direka dengan penuh daya tarikan untuk dipamerkan dalam kabinet minuman, produk ini sesuai dijadikan hadiah menerusi gayanya yang menarik, dan berharga £15.00/€16.00/$22.50 (RRSP) bagi botol 50cl.

Mulai hari ini, para pelancong boleh membeli BAILEYS XC daripada lapangan terbang terpilih di seluruh dunia.

LATAR BELAKANG BAILEYS 

Baileys® ialah likueur berkrim Ireland pertama dunia, gabungan unik krim Ireland yang halus dengan minuman beralkohol serta wiski yang berkualiti. Ia telah merangkul sejumlah besar pingat berbanding mana-mana pesaingnya dalam 'kategori likueur berkrim' bagi anugerah minuman beralkohol dunia San Francisco yang berprestij dan merupakan Pemenang Pingat Emas tahun 2012. Baileys® merupakan jenama likueur nombor satu dunia, dengan lebih 70 juta botol dijual di 150 buah negara setiap tahun.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati tapak web Baileys: http://www.baileys.com  

LATAR BELAKANG DIAGEO 

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan pelbagai koleksi jenama hebat termasuk minuman spirit, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuk Johnnie Walker, Crown Royal, JεB, wiski Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray serta Guinness.

Diageo ialah sebuah syarikat global, dan produk kami dijual di lebih 180 buah negara seluruh dunia. Syarikat ini disenaraikan dalam Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO).  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Lawati sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.  

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Sila minum secara berhemah, lawati http://www.DRINKiQ.com

Perkataan dan logo yang berkaitan dengan BAILEYS adalah tanda dagangan © R&A Bailey & Co 2016 

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160727/393430
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160727/393432

Source: Diageo Global Travel
Related Stocks:
LSE:DGE NYSE:DEO
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services