omniture

Wynn Palace Kini Dibuka di Cotai, Macau

Resort bernilai USD4.2 bilion itu dapat terus menyokong pembangunan Macau sebagai Pusat Dunia Pelancongan dan Riadah
Wynn Resorts
2016-08-23 22:02 922

MACAU, 23 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Steve Wynn, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif Wynn Resorts, memperkenalkan Wynn Palace kepada dunia pada 22 Ogos jam 8.00 malam. Resort tersebut merupakan karya agung En. Wynn yang terkini dan ditempatkan di lokasi strategik di Cotai, sebuah hab pelancongan baharu yang sibuk di Macau. Perasmian Wynn Palace akan turut membantu membawakan era kemakmuran serba baharu untuk Macau dan menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke bandar tersebut.

Untuk melihat siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/wynnpalace_20160822.shtml

Wynn Palace, terletak di tengah-tengah wilayah Cotai, Macau, diperkenalkan secara rasmi kepada dunia menerusi persembahan Performance Lake yang mengagumkan, dikoreografikan menerusi lagunya yang terkenal, 'Elegance'.
Wynn Palace, terletak di tengah-tengah wilayah Cotai, Macau, diperkenalkan secara rasmi kepada dunia menerusi persembahan Performance Lake yang mengagumkan, dikoreografikan menerusi lagunya yang terkenal, 'Elegance'.

 

 

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh En. Chui Sai On, Ketua Eksekutif Rantau Pentadbiran Khas Macau; En. Ho Hau Wah, Naib Pengerusi Jawatankuasa Nasional Persidangan Perundingan Politik Rakyat China; En. Yao Jian, Timbalan Pengarah Pejabat Perhubungan Kerajaan Pusat Rakyat bagi Rantau Pentadbiran Khas Macau; En. Cai Si-ping, Timbalan Pesuruhjaya Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Rakyat China bagi Rantau Pentadbiran Khas Macau; En. Leong Vai Tac, Setiausaha Ekonomi dan Kewangan bagi Rantau Pentadbiran Khas Macau; En. Tam Chon Weng, Setiausaha Hal Ehwal Sosial dan Budaya bagi Rantau Pentadbiran Khas Macau, diiringi oleh En. Steve Wynn, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif Wynn Resorts.

"Wynn Palace tidak dinafikan merupakan hotel paling cantik di dunia, yang merupakan suatu perkara yang baik untuk diperkatakan," kata Steve Wynn. "Tetapi, ia bukannya di London, Paris, New York mahupun Rome. Ia terletak di Cotai, Macau dan ditempatkan di kawasan ini untuk dikunjungi dan disaksikan oleh seluruh dunia. Ia merupakan hadiah kami buat masyarakat, kepada golongan awam. Hotel ini akan berada di sini selamanya dan kita mungkin tidak dapat lagi menyaksikan mana-mana hotel dengan skop dan hasil seni sebegini sepanjang hayat kita."

"Secara jujur, bagi menjadi hotel paling cantik di dunia, adalah suatu yang boleh dibeli oleh wang dan citarasa yang hebat. Namun, untuk menjadi hotel terbaik di dunia adalah suatu yang berbeza secara keseluruhannya," kata Wynn. "Menerusi mana-mana perniagaan dalam bidang hospitaliti, hanya dua perkataan yang diambil kira – pengalaman tetamu. Perkara lain adalah tidak relevan manakala kesemua marmar dan kandil kristal, serta kesemua citarasa hebat yang diterapkan ke dalam bangunan ini dikhususkan hanya untuk elemen itu sahaja – pengalaman tetamu. Tempoh selama enam setengah tahun diambil untuk mencipta bangunan hebat seperti ini dan ya, nama yang dipaparkan ialah Wynn Palace. Namun, pada malam ini, tempat ini menjadi istana buat mereka yang bekerja di sini dan merekalah yang akan menjadikan hotel ini sebagai hotel terbaik di dunia."

Antara intipati utama resort tersebut ialah Performance Lake seluas lapan ekar dan persembahan air pancut yang menggunakan 1,195 jet air yang meletuskan lapan juta gelen air ke udara menerusi lebih dua belas persembahan air pancut yang dikoreografikan mengikut rentak muzik dengan begitu teliti. Hasilnya: air pancut yang mengikut rentak pelbagai program lagu, aria opera dan nombor muzik Cina, Eropah dan juga Amerika. Tetamu dapat menyaksikan persembahan air pancut itu dan memasuki terus ke kawasan di tengah-tengah resort itu melalui perjalanan menakjubkan menggunakan Sky Cabs yang berhawa dingin yang membuat perjalanan lebih 90 kaki di atas Performance Lake.

Tema bunga memainkan peranan utama di resort ini. Serta merta meraih populariti dalam kalangan tetamu yang hadir pada malam perasmian itu ialah dua ukiran bunga bersaiz besar yang terletak di Atrium Lobi Selatan dan Utara. Setiap ukiran yang penuh warna warni itu, iaitu Carousel dan Ferris Wheel, diperbuat daripada lebih 100,000 kuntum bunga sebenar yang bergerak mengikut rentak muzik. Ukiran tersebut direka khusus oleh pereka bunga terkenal, Preston Bailey.

Turut dipaparkan di seluruh Wynn Palace adalah ribuan karya seni halus dan hiasan, yang dipasang selama lebih enam tahun lamanya yang memperlihatkan jumlah pelaburan yang dibuat iaitu melebihi USD125 juta. Kebanyakan hasil karya itu meneruskan usaha Steve Wynn untuk membawa pulang hasil seni Cina, termasuk empat pasu bunga porselin zaman dinasti Qing yang merupakan antara contoh terbaik chinoiserie di dunia. Satu lagi kuartet seperti itu berada di Istana Buckingham, London. 

Pilihan tempat makan mewah dan juga restoran kasual yang disediakan adalah termasuk Wing Lei Palace, dengan paparan rekaan hebat oleh ketua reka bentuk Wynn Resorts, Roger Thomas. Wing Lei Bar yang terletak bersebelahan pula menampilkan kandil kristal abad ke-18 yang bernilai lebih USD25 juta. SW Steakhouse mengalu-alukan kehadiran tetamu yang hadir pada malam perasmian itu dengan enam vignet hiburan yang pelbagai yang dimainkan ketika menjamu selera di atas pentas yang dibina khas.

Resort tersebut menyediakan 1,706 buah bilik, suite dan vila yang indah serta serba lengkap, selain pelbagai sentuhan peribadi oleh Steve Wynn. Spa yang disediakan pula merupakan yang terbesar di Macau dan menyediakan 22 buah bilik rawatan, manakala kolam renang resort dan juga restoran tepi kolam renang itu terletak berhadapan Performance Lake.

Wynn Palace Esplanade ialah pusat membeli belah mewah dengan kawasan seluas 18,580 meter persegi dan menempatkan lebih 50 jenama paling terkemuka dalam bidang perniagaan.

Tempahan bilik boleh dibuat dengan menghubungi (853) 8889 3888 (Talian Bebas Tol Hong Kong: 800 961 198), menghantar e-mel kepada roomreservations@wynnpalace.com atau melayari wynnpalace.com.

Untuk melihat lebih banyak foto, sila lawati Wynn Palace Press Room dengan butiran log masuk yang berikut:

URL: http://pressroom.wynnpalace.com/ 
Nama pengguna:
media_user
Kata laluan: wp2016opening

LATAR BELAKANG WYNN RESORTS
Wynn Resorts, Limited (Nasdaq: WYNN) didagangkan melalui Nasdaq Global Select Market bawah simbol saham WYNN dan adalah sebahagian daripada S&P 500 dan NASDAQ-100 Indexes. Wynn Resorts memiliki dan mengendalikan Wynn and Encore Las Vegas (www.wynnlasvegas.com) serta Wynn and Encore Macau (www.wynnmacau.com).

Wynn and Encore Las Vegas mempunyai dua menara hotel mewah dengan sejumlah 4,748 bilik hotel, suite dan vila yang luas, kira-kira 186,000 kaki persegi ruang kasino, 34 outlet makanan dan minuman dengan cef terkenal, dua spa yang memenangi anugerah, padang golf yang mempunyai 18 lubang di padang, ruang mesyuarat, kira-kira 99,000 kaki persegi ruang niaga selain dua bilik pameran; tiga kelab malam, termasuk Intrigue yang dibuka pada April 2016 serta kelab pantai.

Wynn and Encore Macau ialah destinasi kasino yang terletak di Rantau Pentadbiran Khas Macau bagi Rantau Republik Rakyat China dengan dua menara hotel mewah dilengkapi dengan sejumlah 1,008 bilik dan suite yang luas, kira-kira 280,000 kaki persegi ruang kasino, ruang makan santai dan juga mewah dalam lapan buah restoran, kira-kira 57,000 kaki persegi ruang niaga, kemudahan rekreasi dan santai, termasuk dua kelab kesihatan, dua spa serta kolam renang.

Wynn Palace ialah kemuncak kerjaya Steve Wynn selama lebih 45 tahun dalam bidang hospitaliti, memperkenalkan piawaian baharu bagi kemewahan dan keanggunan.
Wynn Palace ialah kemuncak kerjaya Steve Wynn selama lebih 45 tahun dalam bidang hospitaliti, memperkenalkan piawaian baharu bagi kemewahan dan keanggunan.

 

Tetamu dapat menikmati privasi di dalam bilik peribadi restoran yang direka begitu unik, sambil mengamati keindahan utamanya: Performance Lake yang mengagumkan.
Tetamu dapat menikmati privasi di dalam bilik peribadi restoran yang direka begitu unik, sambil mengamati keindahan utamanya: Performance Lake yang mengagumkan.

 

Setelah sibuk seharian, tetamu dapat berehat dalam pied-à-terre peribadi mereka yang mempunyai tiga buah bilik mewah dilengkapi dengan segala yang mungkin mereka perlukan.
Setelah sibuk seharian, tetamu dapat berehat dalam pied-à-terre peribadi mereka yang mempunyai tiga buah bilik mewah dilengkapi dengan segala yang mungkin mereka perlukan.

 

Satu penghormatan kepada tahun-tahun keemasan, Ferris Wheel juga melambangkan pencapaian dari segi kepintaran, dihiasi dengan lebih 103,000 kuntum bunga dan seberat lebih lima tan metrik.
Satu penghormatan kepada tahun-tahun keemasan, Ferris Wheel juga melambangkan pencapaian dari segi kepintaran, dihiasi dengan lebih 103,000 kuntum bunga dan seberat lebih lima tan metrik.

 

Tetamu yang merasmikan minum ucap selamat sempena perasmian Wynn Palace.
Tetamu yang merasmikan minum ucap selamat sempena perasmian Wynn Palace.

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201608/wynn0822/video.mp4
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160821/399886
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160821/399889
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160821/399887
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160821/399888
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160821/400089
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160821/400090

Source: Wynn Resorts
Related Stocks:
NASDAQ:WYNN
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services