omniture

Lenovo dan Microsoft perkukuh kerjasama strategik melalui peranti

Microsoft Corp.
2016-08-23 22:25 572

REDMOND, Washington dan BEIJING, 23 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. dan Lenovo mengumumkan satu kerjasama strategik yang lebih mendalam pada Jumaat lalu. Lenovo akan memasang aplikasi produktiviti Microsoft – termasuk Microsoft Office, OneDrive, dan Skype – pada beberapa peranti Lenovo terpilih yang menggunakan sistem pengendalian Android™. Lenovo menyasarkan untuk memasarkan berjuta-juta peranti Android ini ke seluruh dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kolaborasi yang dilanjutkan antara Microsoft dengan Lenovo ini turut melibatkan perjanjian pelesenan silang paten yang merangkumi peranti Lenovo serta Motorola.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO

"Microsoft sangat teruja kerana aplikasi produktiviti kami akan diprapasang pada peranti premium Lenovo," kata Nick Parker, naib presiden korporat Jabatan OEM, Microsoft. "Penyatuan aplikasi Microsoft dengan peranti Android keluaran Lenovo akan membolehkan pengguna di seluruh dunia menjadi lebih produktif, lebih terhubung dan mencapai lebih banyak kejayaan."

"Kerjasama kami dengan Microsoft akan mewujudkan peluang baharu kepada pelanggan kami yang ingin memanfaatkan aplikasi Microsoft yang paling popular," kata Christian Eigen, Ketua Gabungan Korporat, Lenovo. "Memasang aplikasi dan perkhidmatan Microsoft pada peranti kami akan menambah nilai untuk pelanggan kami di seluruh dunia."

Komitmen Microsoft terhadap pelesenan IP

Perjanjian paten merupakan satu lagi contoh peranan penting yang dimainkan oleh harta intelek (IP) dalam memastikan wujudnya ekosistem teknologi yang baik dan pelbagai. Sejak Microsoft melancarkan program pelesenan IP pada Disember 2003, ia telah memeterai lebih 1,200 perjanjian pelesenan. Untuk maklumat lanjut tentang program pelesenan Microsoft, sila layari http://www.microsoft.com/iplicensing.

Latar Belakang Lenovo

Lenovo (HKSE: 992) (ADR: LNVGY) ialah sebuah syarikat Fortune 500 bertaraf global yang bernilai US$45 bilion dan merupakan peneraju dalam menyediakan teknologi pengguna, komersial, dan perusahaan yang inovatif. Portfolio kami mengandungi produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dan selamat merangkumi PC (termasuk produk legenda Think dan jenama pelbagai mod YOGA), stesen kerja, pelayan, storan, TV pintar dan rangkaian produk mudah alih seperti telefon pintar (termasuk Motorola), tablet, dan juga aplikasi. Temui kami di LinkedIn, ikuti kami di Facebook atau Twitter (@Lenovo) atau lawati kami di www.lenovo.com.

Latar Belakang Microsoft Technology Licensing

Microsoft Technology Licensing LLC ditubuhkan pada tahun 2014 untuk mengambil alih, mengurus dan memberi lesen kepada portfolio paten produk Microsoft.

Latar Belakang Microsoft

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) ialah platform utama dan syarikat yang menumpukan nilai produktiviti untuk dunia yang mengutamakan mudah alih serta awan, dan matlamatnya adalah untuk membantu memperkasa setiap individu dan setiap organisasi di seluruh dunia bagu meraih lebih banyak kejayaan.

LENOVO ialah tanda dagangan Lenovo. MOTOROLA ialah tanda dagangan Motorola Trademark Holdings, LLC. Android ialah tanda dagangan Google, Inc.

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
HongKong:992 NASDAQ:MSFT OTC:LNVGY
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet Licensing/marketing agreements