omniture

NextVR dan FOX Sports bakal Menyiarkan Perlawanan Pembukaan Bundesliga Secara Langsung dalam Realiti Maya

NextVR
2016-08-23 22:28 402

Musim ke-54 Bundesliga, perlawanan bola sepak terulung di Jerman akan disiarkan secara langsung dari Allianz Arena di Munich, Jerman

LAGUNA BEACH, California, 23 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Bagi meneruskan hubungannya dengan FOX Sports, NextVR, peneraju global dalam teknologi penyiaran realiti maya secara langsung, akan menayangkan perlawanan permbukaan musim 2016/2017 Bundesliga dalam realiti maya secara langsung. Sebagai permulaan bagi salah satu perlawanan bola sepak terkemuka Eropah, pada 26 Ogos, NextVR akan menyiarkan Bayern München lwn. Werder Bremen dari Allianz Arena di Munich, Jerman. Perlawanan yang dijadualkan pada jam 8:30 malam UTC ini boleh ditonton oleh peminat di lokasi-lokasi terpilih di seluruh dunia.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160822/400039 
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160217/334088LOGO

Ini merupakan kali pertama Bundesliga akan menyiarkan secara langsung kepada penonton antarabangsa dalam realiti maya. Ini adalah satu lagi penghasilan acara inovatif untuk Bundesliga, yang bermatlamat untuk menerajui usaha bagi inovasi dan teknologi dalam bidang sukan. Sebanyak tujuh buah kamera akan merakamkan aksi, memberikan tangkapan peringkat pic apabila NextVR terus membangunkan platform realiti maya yang menyediakan kandungan untuk kumpulan peminat terbesar di seluruh dunia.

"Realiti maya akan membolehkan peminat seluruh dunia mengalami sendiri perlawanan pembukaan Bundesliga melalui platform yang belum pernah mereka alami," kata Dr Holger Blask, selaku Pengarah Hak Audiovisual dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif. "Bundesliga teruja untuk membawakan teknologi baharu yang menarik ini untuk acara sukan langsung."

Bundesliga menghimpunkan 18 pasukan bola sepak terbaik Jerman dalam satu perlawanan tahunan bagi meraih kegemilangan kebangsaan dan pengiktirafan antarabangsa dalam bidang sukan paling popular di dunia. Penonton kini boleh menonton suapan yang dihasilkan ini dengan kamera yang diletakkan di ruang berdiri, sepanjang garisan tepi, tengah padang dan di belakang pintu gol, apabila Manuel Neuer, Philipp Lahm dan Robert Lewandowski menyasarkan untuk menembusi barisan pertahanan Bayern München dengan juara empat kali iaitu Werder Bremen.

"Kami berasa sangat gembira untuk meneruskan hubungan kami dengan FOX Sports serta peluang untuk menyiarkan perlawanan Bundesliga," kata Brad Allen, Pengerusi Eksekutif NextVR. "Kami teruja dengan peningkatan kepelbagaian portfolio kandungan NextVR ketika kami terus memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat sukan antarabangsa termasuk perlawanan pembukaan musim Bundesliga."

Peminat bola sepak dapat mengalami sendiri perlawanan melalui platform teknologi berdefinisi tinggi NextVR yang sukar ditandingi ini seperti berdiri beberapa inci daripada aksi perlawanan apabila mereka menyaksikan setiap larian, tendangan percuma dan kelecek daripada lokasi terbaik yang tiada tandingan. Acara realiti maya ini turut menyediakan ulasan audio secara langsung oleh bekas pemain bola sepak profesional Amerika dan pemain Bundesliga, Heath Pearce, serta pengulas bola sepak FOX Sports iaitu Mark Rogondino.

"Rancangan untuk menghasilkan kandungan memukau dalam realiti maya terus berkembang apabila kami bekerjasama dengan NextVR, dan perlawanan Bundesliga merupakan peluang untuk memberikan peminat dengan kandungan mengasyikkan bagi sukan paling popular di dunia," kata David Nathanson, Ketua Operasi Perniagaan FOX Sports. "Penyediaan kandungan dalam pasaran baharu untuk penyesuai awal realiti maya membolehkan peminat seluruh dunia menjadi sebahagian daripada aksi perlawanan dan membawakan pengalaman tontonan mereka ke tahap seterusnya."

Pembukaan Bundesliga me acara kelima terbesar bagi tahun 2016 yang merupakan jalinan kerjasama antara FOX Sports dengan NextVR bagi menawarkan kandungan realiti maya secara langsung, termasuk Daytona 500, perlawanan gelaran Premier Boxing Champions (PBC), pertandingan bola keranjang kolej Big East dan kejuaraan golf Terbuka A.S. Usaha berterusan ini adalah sebahagian penting daripada inisiatif FOX Sports Lab, pendekatan yang direka khusus untuk meneroka kerjasama teknikal yang dapat memberi perspektif baharu kepada pengguna dan integrasi sukan yang lebih disasarkan kepada pasukan jualan iklan.

Melalui sokongan penerbitan dan teknikal daripada bahagian penerbitan DFL, Sportcast dan Sky Deutschland, rakan kongsi penyiaran Pay TV rasmi di Jerman, Austria dan Switzerland, perlawanan minggu ini akan disiarkan dalam pasaran berikut: A.S., Kanada, Caribbean, Asia dan beberapa negara terpilih di Eropah.

Cara untuk menonton Bundesliga dalam Realiti Maya

Pengalaman realiti maya untuk perlawanan pembukaan Bundesliga iaitu Bayern Munich lwn. Werder Bremen akan tersedia secara percuma dalam portal FOX Sports melalui platform NextVR, yang buat masa ini serasi dengan set kepala Gear VR. Untuk mendapatkan arahan terperinci, sila ke NextVR.com/GO.

Latar Belakang FOX Sports:
FOX Sports merupakan entiti penaung yang mewakili pelbagai pilihan berbilang platform bagi aset sukan yang berpangkalan di AS untuk 21st Century FOX.  Dibangunkan bersama jenama yang mampu menarik lebih 100 juta penonton dalam satu hujung minggu, FOX Sports melibatkan pemilikan dan minat terhadap rangkaian televisyen linear, pengaturcaraan digital dan mudah alih, platform jalur lebar, beberapa tapak web, perniagaan usaha sama dan beberapa kerjasama pelesenan. FOX Sports turut melibatkan cabang televisyen sukan FOX Broadcasting Company; FS1; FS2; 22 rangkaian sukan rantau FOX, tapak web rantau gabungan mereka dan pengaturcaraan nasional FSN; FOX Soccer Plus dan FOX Soccer 2Go; FOX Deportes dan FOX College Sports. Selain itu, FOX Sports turut merangkumi FOX Sports Digital, yang melibatkan FOXSports.com, FOX Sports GO, Whatifsports.com dan Yardbarker.com.  Turut disertakan dalam Kumpulan ini adalah minat FOX terhadap perniagaan usaha sama Big Ten Network dan BTN 2Go, selain perjanjian pelesenan yang menubuhkan FOX Sports Radio Network.

Latar Belakang NextVR:
NextVR membolehkan transmisi bagi kandungan realiti maya secara langsung dan dalam tempoh masa yang panjang dengan kualiti siaran – menerajui usaha VR secara langsung serta mengikut permintaan bagi menjadi pengalaman arus perdana untuk acara sukan, konsert, tayangan filem dan banyak lagi. Dilancarkan pada tahun 2009, NextVR memperoleh lebih 36 paten atau paten yang masih menunggu kelulusan terhadap rakaman, mampatan, transmisi dan paparan kandungan realiti maya. Platform NextVR membolehkan kandungan yang imersif sepenuhnya disiarkan dengan kualiti paling sempurna menerusi sambungan Internet di rumah dan secara mudah alih masa kini. NextVR diasaskan oleh para veteran dalam teknologi pengimejan stereoskopik, pembangunan perisian dan pembuat filem yang merangkul anugerah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nextvr.com.

Latar Belakang Bundesliga:
Salah satu liga bola sepak terkemuka Eropah, Bundesliga berada di kemuncak sistem liga bola sepak kelab Jerman. Dengan 18 kelab ahli dan berada pada kedudukan pertama di dunia bagi purata kehadiran perlawanan, Bundesliga menarik minat bintang bola sepak dan peminat antarabangsa dari seluruh dunia – yang boleh diakses melalui siaran di kaca televisyen di lebih 200 buah negara. Liga ini diasaskan pada tahun 1962 dan dikendalikan oleh DFL Deutsche Fußball Liga (DFL).

Maklumat Perhubungan Media NextVR:
Karena Bibbins, untuk NextVR
Burson-Marsteller
(310) 309-6663
Karena.bibbins@bm.com

Maklumat Perhubungan Media FOX Sports:
Erik Arneson, Naib Presiden Perhubungan Media
(704) 501-5795
Erik.Arneson@FOX.com

Maklumat Perhubungan Media Bundesliga:
Eliane Zäh, Ketua Perhubungan Awam antarabangsa
+49 151 616 73 663
Eliane.Zaeh@bundesliga.de

Source: NextVR
Related Links:
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Sporting Events Sports New products/services