omniture

Telairity Kukuhkan Kedudukan di Asia dengan Kejayaan melalui Sri Lanka Telecom

Telairity, Inc.
2016-08-23 22:33 416

Telairity Encoders dan Integrated Receiver Decoders dipilih untuk rangkaian video pelbagai bandar yang dipasang pada Rangkaian IP "Generasi Baharu" Sri Lanka Telecom.

SANTA CLARA, California, 23 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Telairity, Inc. yang berpangkalan di A.S., iaitu peneraju industri penyiaran bagi teknologi pengekodan H.264/MPEG4, yang menjalin kerjasama dengan penyepadu sistem Mitter International Pvt. Ltd., hari ini mengumumkan satu pencapaian baharu dalam menyediakan peralatan teknologi pengekodan ke negara-negara rantau Asia Pasifik: jualan pengekod dan IRD keluaran Telairity sebagai enjin pemampat/penyahmampat untuk rangkaian video IPTV canggih yang dipasang di beberapa lokasi seluruh Sri Lanka.

Mitter International, yang berpangkalan di Colombo, ialah penyedia utama peralatan telekomunikasi dan sokongan selepas jualan untuk Sri Lanka. Sri Lanka Telecom ialah penyedia perkhidmatan jalur lebar dan prasarana tulang belakang utama negara kepulauan itu yang berkhidmat untuk lebih 6 juta pelanggan, termasuk kebanyakan syarikat bersaiz besar dan kecil, pelanggan daripada sektor awam, dan juga sektor perniagaan.

Sistem penyiaran IPTV secara langsung dan baharu, yang dilaksanakan oleh Sri Lanka Telecom bagi pihak salah satu pelanggan utama mereka, menghubungkan lokasi-lokasi di Colombo, Union Place, Mount Olephant, dan juga Depanama.

Menurut CEO Mitter International, Mindika Hettiarachchi, "Mitter terus menilai produk baharu yang kami percaya boleh memberi manfaat kepada pelanggan kami. Kombinasi prestasi, keandalan, kualiti, dan sokongan selepas jualan yang diberikan oleh Telairity menjadikan peralatan mereka sebagai pilihan tepat oleh pelanggan seperti Sri Lanka Telecom yang memerlukan pembekal yang bukan sahaja dapat memenuhi piawaian profesionalisme kami yang tinggi, malah mampu menyediakan produk terbukti yang dapat memberikan nilai luar biasa sepanjang hayat mereka."

Tambah Steve Wang, Pengurus Besar Telairity Asia Pasifik, "Kejayaan yang diraih menerusi Sri Lanka Telekom ini menjadi tambahan kepada kejayaan-kejayaan terdahulu melalui penyedia Syarikat Telekomunikasi serantau lain yang utama termasuk China Telecom, dan CAT Telecom dari Thailand. Malah, pemilihan peralatan Telairity untuk menstrimkan acara Sukan Pasifik 2015 baru-baru ini, jelas menunjukkan pengekod dan IRD keluaran Telairity telah menjadi jenama utama yang menjadi pilihan syarikat-syarikat di Asia Pasifik yang ingin menyediakan perkhidmatan video baharu atau meluaskan operasi sedia ada mereka. Penerimaan meluas ini bukan sahaja membuktikan kualiti penyelesaian kami, tetapi juga hubungan kukuh yang terjalin bersama rakan niaga seperti Mitter International dan pelanggan seperti Sri Lanka Telecom. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak atas peluang yang diberikan untuk terlibat dalam inisiatif video digital baharu yang penting ini."

Telairity dan AVClairity ialah tanda dagangan Telairity, Inc. Semua tanda dagangan lain dalam artikel ini adalah kepunyaan pemilik masing-masing.

Hubungi Telairity:
Harlan McGhan
Telairity
Tel: +1 (408) 764-0270 x518
E-mel: harlan@telairity.com

Source: Telairity, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Asian-related news Licensing/marketing agreements