omniture

Asia Plantation Capital Berhad Peroleh Lesen MPPG di Malaysia

Asia Plantation Capital
2016-08-26 18:29 1123

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan ladang mampan yang merangkul anugerah, Asia Plantation Capital, secara rasminya memperoleh lesen pengeluaran dan pemprosesan penuh, setelah proses penilaian yang dijalankan terhadap kemudahan penyulingan gaharu dan pusat penyelidikannya. Lesen tersebut disampaikan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG: Majlis Perbandaran Pasir Gudang), pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Pasir Gudang, Johor Baru - lokasi yang menempatkan kemudahan yang canggih itu - selain kawasan-kawasan lain di wilayah Iskandar, Malaysia.

Kilang penyulingan gaharu dan pusat penyelidikan Asia Plantation Capital di Pasir Gudang, Johor Bahru, Malaysia.
Kilang penyulingan gaharu dan pusat penyelidikan Asia Plantation Capital di Pasir Gudang, Johor Bahru, Malaysia.
kemudahan ini juga menempatkan makmal wangian dan minyak pati, pengeluaran sistem inokulasi Asia Plantation Capital dan sistem analisa MSDS.
kemudahan ini juga menempatkan makmal wangian dan minyak pati, pengeluaran sistem inokulasi Asia Plantation Capital dan sistem analisa MSDS.

Pada dasarnya, lesen MPPG ini merupakan satu skim penanda aras untuk setiap industri bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan seperti kriteria keselamatan, alam sekitar, operasi dan pemprosesan, antaranya lainnya. Menerusi lesen yang diterima ini, Asia Plantation Capital diberi kebenaran untuk mengeluarkan, menghasilkan dan memproses semua produk gaharu dan yang berkaitan seperti minyak Oud, serpai kayu, 'bakhoor', kayu setanggi dan banyak lagi. Lesen tersebut juga menggalakkan pengiktiran produk ini oleh pasaran dan memperlihatkan tahap kecemerlangan yang dicapai dalam kawalan kualiti.

Bagi memperoleh lesen ini dan mendapatkan dokumen sokongan, satu pemeriksaan yang teliti dan menyeluruh telah dijalankan selama beberapa bulan, bukan sahaja oleh MPPG, bahkan oleh badan-badan pemeriksaan lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Asia Pasifik berkata, "Kriteria ujian yang ketat oleh MPPG memperlihatkan piawaian terkini dalam industri ini dan kami amat berbesar hati kerana Asia Plantation Capital berjaya memenuhi kesemua keperluan yang berkaitan. Ini menjadi satu lagi pencapaian penting buat kami di Asia Plantation Capital, ketika kami menyambut ulang tahun pertama bagi kemudahan penyulingan kami. Pensijilan ini menjadi bukti terhadap usaha bersungguh-sungguh yang kami berikan dan ia menjadikan sijil ini bukan sekadar satu sijil malah sesuatu yang lebih bermakna buat kami. Ia sekali lagi membuktikan sejauh mana pentingnya komitmen kami untuk menghasilkan Gaharu yang berkualiti tertinggi dengan cara yang mampan dan mementingkan alam sekitar. Selain itu," simpul Watts, "ia turut mengukuhkan prinsip kami sebagai peneraju pasaran. Kami akan terus meningkatkan proses dan sistem kami secara berterusan bagi memastikan kami menjadi peneraju dalam industri ini."

Kemudahan Asia Plantation Capital ini terdiri daripada sistem penyulingan minyak Oud, pusat pemprosesan serpai kayu, kilang kayu minyak wangi dan pusat penyelidikan, serta menempati kawasan berkeluasan 44,000 unit kaki persegi di Taman Perindustrian Masai. Turut disediakan dalam bangunan kompleks itu ialah sebuah pusat pelawat, berserta kedai borong barangan kilang yang menyediakan pelbagai produk gaharu yang terus bertambah, hasil keluaran APC. Kemudahan itu juga menyediakan sebuah makmal untuk menghasilkan minyak wangi dan minyak pati, pengeluaran sistem inokulasi Asia Plantation Capital serta sistem analisis MSDS.

Dilengkapi dengan unit penyulingan wap pertukaran haba yang terkini menggunakan air yang ditapis - selain sistem tenaga kuasa suria bersih bagi memastikan kecekapan ekonomi yang tertinggi - kilang tersebut menggunakan sistem tenaga yang lestari dan mesra alam untuk seluruh operasinya.

Selari dengan etos Asia Plantation Capital, sebahagian daripada matlamat MPPG adalah untuk berusaha membangunkan bandar makmur yang lestari dengan menekankan ciri-ciri persekitaran bandar yang mesra alam. Komitmen dan dedikasi Asia Plantation Capital yang berterusan terhadap 'kelestarian yang holistik' tidak hanya terhad kepada operasinya semata-mata, malah diperluaskan lagi menerusi penglibatan masyarakat setempat, dengan membuat pelaburan dalam masyarakat tersebut dan mewujudkan usaha sama bersama peladang tempatan bagi menyediakan serta menjamin pekerjaan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel: zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 9144 0933

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160608/8521603739-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160608/8521603739-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Awards Conservation/Recycling Licensing/marketing agreements