omniture

Media Memperhalusi Konsep Rekaan Perkakas Dapur dan Rumah di IFA 2016 Berlin

Midea Kitchen Appliance Division
2016-09-12 09:14 582

BERLIN, 12 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar perkakas pengguna yang terkemuka, Midea mempamerkan perkakas dapur dan rumah terkini sempena pameran perdagangan IFA 2016 mulai 2 hingga 7 September di pusat pameran antarabangsa Messe Berlin di Berlin, menonjolkan pendekatan berpusatkan pengguna yang memperhalusi konsep rekaan oleh syarikat ini agar dapat menjadikan kehidupan yang lebih mudah buat setiap keluarga.

A star product at the 2016 IFA exhibition is the 16D vacuum cleaner, Midea's first ever cordless vacuum cleaner with hair detangle function at the charging dock.
A star product at the 2016 IFA exhibition is the 16D vacuum cleaner, Midea's first ever cordless vacuum cleaner with hair detangle function at the charging dock.

"Selain untuk mencapai matlamat inovasi berteknologi yang mampu meningkatkan fungsi dan penjimatan tenaga, strategi rekaan perkakas baharu Midea turut memberi tumpuan utama untuk memenuhi keperluan mendesak pihak pengguna," kata Danielle Boils, pengarah Penjenamaan dan Pemasaran, Jabatan Jualan & Pemasaran Luar Negara, Bahagian Perkakasan Dapur Midea.

Produk tumpuan sempena pameran IFA 2016 ini ialah pembersih vakum 16D, pembersih vakum tanpa wayar pertama oleh Midea dengan fungsi mengurai rambut pada dok pengecasan. Direkayasa untuk memudahkan pembersihan rumah, pembersih vakum 16D mempunyai sistem siklon yang dapat memberikan hasil pembersihan yang lebih baik serta beroperasi menggunakan kuasa yang lestari dan menjimatkan tenaga daripada bateri Litium boleh cas semula. Pemegang boleh lipat dengan ciri kawalan juga memberikan kebolehkendalian yang lebih baik dan akses lebih mudah pada bahagian sudut yang sukar dicapai. Midea turut mempamerkan robot pencuci lantai serta robot pencuci tingkap yang amat cekap.

Kesemua perkakasan dapur generasi baharu Midea mempunyai reka bentuk anggun yang boleh dimuatkan dalam kebanyakan dapur. Antara muka kawalan sentuh pada penyedut asap dapur, tungku dapur dan ketuhar juga dapat meningkatkan pengalaman pengguna dengan begitu ketara.

Produk-produk utamanya termasuk ketuhar gelombang mikro daripada Midea yang mempunyai rongga bersalut antibakteria bagi menyediakan keadaan memasak yang bersih. Ketuhar gelombang mikro Midea yang disanjung ramai itu kini dilengkapi dengan sensor yang dapat melaraskan tempoh memasak dan kadar kuasa mengikut kuantiti serta keadaan makanan, manakala teknologi penyongsang dapat menyahfros serta memasak dengan lebih cepat dan menjimatkan tenaga.

"Kami ingin membantu pengguna kami memahami semula maksud kediaman dengan memberi perhatian terhadap setiap butiran kecil dalam kehidupan seharian. Aktiviti memasak dan membersihkan rumah kini lebih ceria dengan produk kami," kata Boils.

Latar Belakang Bahagian Perkakasan Dapur Midea

Bahagian Perkakas Dapur Midea adalah sebahagian daripada Midea Group, salah satu pengeluar perkakas rumah terbesar di China. Ditubuhkan pada tahun 1968, Midea ialah salah satu pembekal perkakas dapur terbesar di dunia dan hasil perolehan jualan tahunannya mencecah lebih USD2.7 bilion, selain merupakan pengeluar ketuhar gelombang mikro No.1 dan mesin pencuci pinggan No.3 di dunia. Ia mengendalikan tiga buah kemudahan pengeluaran dan dua buah pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di China, selain sebuah kemudahan pengeluaran di Belarus dan sebuah pusat R&D di Bologna, Itali.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160909/0861609113

Source: Midea Kitchen Appliance Division
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Trade show news